Ahad, 13 Mac 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Tengah hari tadi saya berkesempatan untuk menonton filem epik Hikayat Merong Mahawangsa. Kegusaran mendapatkan tempat kerana tayangan akan bermula pukul 12.45 tapi kelewatan beberapa minit hanyalah sandiwara. Bilangan penonton kali ni tidak seramai dan seGah masa saya menonton hantu kak limah di pawagam yang sama. Pawagam tidak penuh bahkan banyak lagi kerusi yang terbiar kosong.

Secara keseluruhan, untuk filem epik pertama Malaysia, filem Hikayat Merong Mahawangsa ini bolehlah dibanggakan. Yusry bijak mengarah filem ini sehingga mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan. Filem ini tidaklah membosankan perjalanan ceritanya. Namun terdapat beberapa kekurangan yang boleh diperbaiki. Penggunaan cgi sangat berkesan untuk filem ni walaupun terdapat beberapa kekurangan. Ini bukan Hollywood yang kita boleh harapkan lebih dari apa yang Yusry buat. Cgi yang kurang menarik ialah semasa awal-awal babak pertempuran semasa Puak Geruda menyerang kawasan persinggahan Rom dan China. Babak-babak seperti kapal terbakar, kapal karam dan lain2, sedikit kurang menarik dan tidak sempurna. Namun harus dipuji. Walaupun begitu aksi-aksi pertempuran samada berlawan menggunakan pedang atau tenaga semata sangat berkesan. Saya suka dengan koreografi pertempuran dan aksi-aksi yang ditunjukkan dalam babak-babak pergaduhan. Tetapi satu yang saya kurang suka ialah pengakhiran bagi babak-babak pergaduhan yang kurang sempurna dan terlalu mudah. Bayangkan lanun Geruda yang masih ramai semasa cuba mendapatkan Merong di atas menara kayu, mereka menjatuhkan menara itu dan secara tiba-tiba semuanya rebah ke bumi. Selain itu, babak-babak pergaduhan memang sangat berkesan.

Penggunaan pemuzik-pemuzik professional dari Philharmonic Orchestra Malaysia sangat memberi kesan kepada filem ini. Skor muziknya menarik dan mempunyai jiwa yang selari dengan setiap babak yang dilakonkan. Yusry berjaya mensynchornisekan muzik dengan setiap babak dengan berkesan. Begitu juga dengan sound efek ataupun kesan bunyi.

Pelakon-pelakon dalam Filem ini juga sangat menjiwai watak. PEmilihan-pemilihan pelakon sangat bersesuaian dengan watak yang diberikan. dialog-dialog yang diucapkan juga menarik dan berbunga-bunga. Saya rasa lebih baik memasarkan filem tersebut dalam skala bahasa Melayu yang dipasarkan di negara kita daripada memasarkan dalam bahasa inggeris. Ada satu scene yang mata saya dapat menangkap dengan baik ialah semasa Puteri China sedang mandi dalam kolah. Fuhyoo nampak kot. HAHA.

Konklusinya, filem ini boleh dibanggakan. Saya cadangkan siapa yang belum tengok, harus menontonnya di pawagam. Daripada 10 bintang saya bagi 8 bintang. Gudjob Yusry dan angkatan-angkatan krewnya. TAHNIAH!

3 ulasan: