Khamis, 6 Mei 2010

SENJA

senja waktu yang paling indah
kerana waktu ini kita dapat melihat matahari terbenam
tapi mungkinkah bila matahari itu terbit semula kita dapat melihatnya
atau kita akan terus berada dalam kegelapan terpejam.

waktu senja juga semua beburung berkeliaran lari pulang ke sarang
kembali kepada tempat ia datang.
begitu juga dengan manusia
yang pada azalinya bukan mesin ciptaan
tapi hanyalah manusia yang biasa
yang ada ketika perlu masa
untuk berehat dari bekerja.

pada waktu ini juga semua lampu dipasang
kerana tidak mahu bergelap
sesungguhnya manusia memang takut akan kegelapan
dan bila terang lupa kesedaran.

aku melihat senja dari sudut berbeza
dan hakikatnya aku takut melewati senja
kerana takut esok takkan menjelma.

senja mengingatkan aku
senja menyuruh aku bersedia
kerana hidup tidak selalu cerah
sampai masa hening seketika
dan kemudiam terus gelap senyap.

Isnin, 3 Mei 2010

Dekat Dan Jauh

MATI PALING DEKAT DENGAN KITA

NAMUN SYURGA TERLALU JAUH

*SEMENTARA HIDUP INGATLAH PADA MATI DAN IGT AMALAN KITA YG AKAN MENDEKATKN ATAU MENJAUHKAN KITA DGN SYURGA

Sabtu, 1 Mei 2010

Lupa

DIA TERLAMPAU HANDAL BERMAIN MUZIK
SEHINGGA DIA LUPA KALI PERTAMA DIA BELAJAR MUZIK

DIA TERLALU PETAH BERCAKAP
SEHINGGA DIA LUPA UNTUK DIAM

DIA ASYIK MEMAKAI SELIPAR
SEHINGGA DIA LUPA CARA MENGIKAT TALI KASUT

DIA SELALU LUPA
HINGGA DIA TAK SEDAR APA YANG DIA LUPA!!!!

Pengalaman

DIA SELALU MENGIKUT JALAN INI

TAPI DIA SELALU TERJATUH

JATUH SEKALI DIA BANGUN

JATUH LAGI SEKALI DIA BANGUN

MASUK KALI KETIGA JATUH DIA TETAP BANGUN

AKHIRNYA DIA MENUKAR KE JALAN LAIN

DAN TAKKAN MENGIKUT JALAN INI LAGI

Perantau

DIA PERGI MELALUI JALAN INI

TAPI DIA PULANG MELALUI JALAN LAIN

Jumaat, 30 April 2010

Ceritera Cinta Manan

AKU TULIS NOTA-NOTA CINTA

DI PERMUKAAN PASIR DI TEPIAN PANTAI

*MANAN*

Isnin, 26 April 2010

Laguku

ku cuba petik lagu-lagu indah melalui not-not gitar

ku cuba bunyikan not-not piano menjadi lagu romantis

tapi yang ku dengar kini hanya hentakan gendang-gendangan yang tak keruan!