Sabtu, 30 April 2011

Cinta Pertama

Pertama kalinya
aku rasa bahagia cinta
bila kau hadirkan diri

Hadir nama hawa
mengukir dinding hati
memenuhi ruang dada
membelai jiwa

Kerana kau
aku punya alasan
untuk membiarkan diri
bercinta pertama kali

Sempurnakan jiwa lelakiku
buatku teguh berdiri
langkahku kini berani
bunga hatiku berwarna pelangi

Kini
aku bisikkan doa
dalam kalimah cinta
hanya pada satu nama
berbahgia selamanya

Rabu, 27 April 2011

Perasaan vs. Perasan

Aku cuba buka seluas-luasnya pintu gerbang hati kecil aku ini untuk dia. Tapi tiba-tiba aku seolah-olah terasa dinding hatiku diselaputi huruf-huruf p.e.r.a.s.a.n. Helaian-helaian huruf ini seakan tidak membenarkan aku membuka satu-satunya pintu hati aku. Hatiku penuh semak. Aku cuba cantikkan dengan bunga dan sekali lagi perkataan itu menghantui dan mencemarkan taman-taman dalam hati aku. Aku mengaku jiwa aku tidak kuat. Perkataan perasan tue lagi kuat dari aku. Langsung membuatkan perkataan perasaan tidak mempunyai makna apa-apa dalam kamus jauhari aku. Sekarang aku hanya bertuankan perkataan p.e.r.a.s.a.n itu. Aku biarkan sahaja perasaan aku sendirian. Aku sembunyikan dalam-dalam. Sebab aku hanya seorang lelaki perasan yang mengemis secebis cinta dari seorang perempuan.

*hahahaha...bapak geli syial. tak sangka gua boleh tulis camnie. pffft!

Ahad, 17 April 2011

L O S E R

naseb baik gua takde banyak kekasih-kekasih. kalau tak mesti sekrang gua tengah dihantui oleh hantu-hantu kekasih-kekasih lama gua. rasa berapa banyak hujan tangisan yang gua kecewakan dan lihat berapa banyak tisu yang digunakan untuk mengesat air mata yang mengalir dari mereka. Tapi gua naseb baik sebab gua takde awek. Gua tak ada kekasih. L O S E R kan gua? yeah!

*terpengaruh dengan filem Ghosts of Girlfrens Past. gua suka dengan Matthew McConaughey. Tapi gua bukan gay. gua rasa Matt ni ngan Shia Labeouf macam adik beradik. Lebey kurang sama lakonan pun serupa kurang. Sape setuju sila buat status di FB(siapkan diri utk kruk kruk kruk)

Ahad, 13 Mac 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Tengah hari tadi saya berkesempatan untuk menonton filem epik Hikayat Merong Mahawangsa. Kegusaran mendapatkan tempat kerana tayangan akan bermula pukul 12.45 tapi kelewatan beberapa minit hanyalah sandiwara. Bilangan penonton kali ni tidak seramai dan seGah masa saya menonton hantu kak limah di pawagam yang sama. Pawagam tidak penuh bahkan banyak lagi kerusi yang terbiar kosong.

Secara keseluruhan, untuk filem epik pertama Malaysia, filem Hikayat Merong Mahawangsa ini bolehlah dibanggakan. Yusry bijak mengarah filem ini sehingga mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan. Filem ini tidaklah membosankan perjalanan ceritanya. Namun terdapat beberapa kekurangan yang boleh diperbaiki. Penggunaan cgi sangat berkesan untuk filem ni walaupun terdapat beberapa kekurangan. Ini bukan Hollywood yang kita boleh harapkan lebih dari apa yang Yusry buat. Cgi yang kurang menarik ialah semasa awal-awal babak pertempuran semasa Puak Geruda menyerang kawasan persinggahan Rom dan China. Babak-babak seperti kapal terbakar, kapal karam dan lain2, sedikit kurang menarik dan tidak sempurna. Namun harus dipuji. Walaupun begitu aksi-aksi pertempuran samada berlawan menggunakan pedang atau tenaga semata sangat berkesan. Saya suka dengan koreografi pertempuran dan aksi-aksi yang ditunjukkan dalam babak-babak pergaduhan. Tetapi satu yang saya kurang suka ialah pengakhiran bagi babak-babak pergaduhan yang kurang sempurna dan terlalu mudah. Bayangkan lanun Geruda yang masih ramai semasa cuba mendapatkan Merong di atas menara kayu, mereka menjatuhkan menara itu dan secara tiba-tiba semuanya rebah ke bumi. Selain itu, babak-babak pergaduhan memang sangat berkesan.

Penggunaan pemuzik-pemuzik professional dari Philharmonic Orchestra Malaysia sangat memberi kesan kepada filem ini. Skor muziknya menarik dan mempunyai jiwa yang selari dengan setiap babak yang dilakonkan. Yusry berjaya mensynchornisekan muzik dengan setiap babak dengan berkesan. Begitu juga dengan sound efek ataupun kesan bunyi.

Pelakon-pelakon dalam Filem ini juga sangat menjiwai watak. PEmilihan-pemilihan pelakon sangat bersesuaian dengan watak yang diberikan. dialog-dialog yang diucapkan juga menarik dan berbunga-bunga. Saya rasa lebih baik memasarkan filem tersebut dalam skala bahasa Melayu yang dipasarkan di negara kita daripada memasarkan dalam bahasa inggeris. Ada satu scene yang mata saya dapat menangkap dengan baik ialah semasa Puteri China sedang mandi dalam kolah. Fuhyoo nampak kot. HAHA.

Konklusinya, filem ini boleh dibanggakan. Saya cadangkan siapa yang belum tengok, harus menontonnya di pawagam. Daripada 10 bintang saya bagi 8 bintang. Gudjob Yusry dan angkatan-angkatan krewnya. TAHNIAH!

Zine

SURAT TAK RASMI ni aku tulis
khas buat kau GADIS BERTOPANG.
Maafkan, kali pertama aku lihat kau aku terbuat DOSA-DOSA GRATIS.

Selasa, 8 Mac 2011

NYONYA

Hari ni gua singgah ke kedai runcit cina sebelah kedai runcit india. Petang tadi gua masuk jap kedai runcit India tu nak beli bola tennis. "Main roundres ha?" tanya ane tu. " Ha'ah, u pun ada main jugak"? jawab gua sambil melontarkan soklan. " Doloo kicik-kicik saya ada main juga". jawabnya. Gua pun tinggalkan 80sen yang selebihnya Diah yang bayar. RM2.80sen semuanya.

Malam ni gua makan kedai kayu yang gua lepak ngan dak kelas petang tadi. Gua tak makan. Minum kopi tarik je. Kaw cam lancaw. Tengok sorang kawan kelas gua makan nasi goreng tomyam buat gua teringin. Makan malam tadi gua melempiaskan nafsu teringin gua untuk makan nasi tu. Memang sedap. Lepas dah makan dan mengurangkan tempoh sisa hidup gua dengan menghisap asap maut, gua menuju ke kedai runcit cina tu yang jarang sekali gua singgah. Kedai runcit india tu mengatasi populariti.

Gua nak bayar duit keropok buatan Kelantan tapi nyonya tu suh tunggu kejap. Ingat nak habiskan urusan jual beli dengan Idham. Kemudian dia capai jugak gua punya RM2. Masa gua nak ambik baki 40sen dia suh kejap lagi. Tiba-tiba dia letak newspaper atas meja sambil tunjuk muka seseorang. Gua hanya nampak gamba orang dengan tulisan mandarin. Nyonya tu diam. Mungkin dia nampak muka gua macam pakwe Cina hensem dia muda-muda dulu. Gua dengan Idham hanya terpaku melihat newspaper tu. Mata kami terdiam. Akhirnya Nyonya tu menerangkan kepada kami alkisah dalam newspaper tu. " Dloo dia ni gemok! Skang haa dia jumpa doktor ni dia sudah kurus. Dia Melayu maa!" terang nyonya tu satu-satu kepada kami. " Dia masukkan ni bende dalam perot dengan air garam, nanti lagi satu tahun dia bukak sudah boleh potong berat badan. Ni laki May tahun lepas dia taruk sikalang dia bukak sudah hilang 40kg woah!" terang Nyonya tu lagi. Gua hanya boleh mengangguk. Gua cuba carik alasan supaya Nyonya tu berhenti. " Lu tengok sikalang dia sudah kurus. Dloo dia 135 kg. Sikalang sudah kurus, manyak ensem," nyonya tu berusaha menyakinkan gua. " Okeylah auntie, nanti gua cuba. Terima kasih." tutup gua dalam perbualan tu. Lepas tu gua ngan Idham pun beredar dari kedai tu. Jauh sikit dari kedai tu kitorang gelak lekek-lekek. Gua janji nak post hal ni dalam blog. Gua tunaikan janji.

*Nyonya! Terima kasih concern kat gua.

Ahad, 6 Mac 2011

Menanti Siang

Malam,
ku menyelusuri denai-denai angan
menciptakan imaginasi sendiri
untuk bekalan di hari esok.

Malam,
ku lihat bulan ku sudah ingatkan matahari
ku lihat bintang telah ku kenangkan awan
esok penentu hari seterus ku.

Malam,
untuk ku menggeledah seluruh almari mimpi

Siang,
aku mahu merencana segenap usaha.

Apa yang boleh ku harapkan, moga di hujung siang nanti akan ada pelangi.