Isnin, 30 Mac 2015

Consciousnessessary

Aku rasa macam dah lama tak menulis blog. Kali terakhir, apabila aku jatuh dalam satu lembah yang dimana orang ramai menghulur tangan untuk membantu. Padahal mereka cuma acah-acah. Pernah tak dalam hidup kau merasa kecewa? Selalu kan. Jika kekecewaan adalah subjek mata pelajaran, tentu aku antara yang mendapat markah tertinggi. Kawan baikku adalah kekecewaan yang sentiasa buat aku rasa berteman. Aku tak salahkan takdir, sememangnya tiap yang berlaku ada alasannya dan kita perlu belajar mengenainya. Aku patut mahir mengenainya kerana setahun mengambil masa mengkaji tagedi dan katarsis. Mungkin aku tak sedar atau mungkin aku terlalu ralit menikmati apa yang sedang berlaku sehingga aku lupa aku ni bukan siapa-siapa. Aku minta maaf jika aku terlalu berperasaan/berperasan. Benda tu percuma sehingga aku seronok berbelanja. Padahnya kalau tak menyediakan bajet. Aku mengaku terbawak-bawak dalam apa jua yang aku rasakan. Aku cuba mendayung keluar semula dari terusan perasaan ini, tapi hakikatnya arusnya terlalu laju membuatkan aku tersangkut di dalamnya. Salah aku juga, padahal aku yang sepatutnya mengawal kederasan arus tersebut. Tapi aku lemah, macam bapok. Haa mintak maaf lagi sekali.
Tak ada siapa yang akan faham perasaan masing-masing. Bukan maknanya bila orang cakap, "aku paham perasaan kau," dia memaknakan terma itu. Terma itu hanyalah untuk menunjukkan sedikit respon kepada penceritaan kau. Kau akan jatuh banyak kali dalam kehidupan ini, tapi sakitnya tak pernah sama. Kau ingat kau siapa nak orang lain consider perasaan kau? Consider apa yang kau rasa? Kau bukan siapa-siapalah. Lagi-lagi kau Paan! Tak ada siapa yang anggap kau sebagai sesuatu. Kau cuma sebutir entiti yang tujuan asalnya bukan untuk dikenali, tapi hanya sebagai pelengkap kepada ekosistem keseimbangan sejagat. Hidup kau menyusahkan orang lain, menyemakkan orang lain, tinggal lagi kau banyak makan ruang. In this world there are 90% of people are negative to you, including your parents sometimes. But on my side, me myself included in that 90% towards my own self. I will not forget untill when when what we have been gone through because the moment is one the best in my life. Atleast for me. I miss my twitter. I have nothing except my family and alhamdulillah for that, but still, I am nothing.