Khamis, 30 Disember 2010

HARIMAU MALAYA KEMBALI MEMBAHAM

Hari ini tercatat dalam lembayung sejarah, buat pertama kali dalam sejarah 14 tahun kemunculan AFF Suzuki Cup atau dulu dikenali Tiger Cup apabila Malaysia atau dengan jolokan Harimau Malaya buat pertama kali menjadi juara dengan mengalahkan Si Egois Indonesia Garuda kepala kambing hitam dengan agregat 4-2 yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta. Sungguhpun Malaysia kalah kepada tuan rumah yang beraksi di depan puluhan ribu penyokong fanatik a.k.a sengal, 2-1 namun bekalan selesa 3-0 yang Malaysia perolehi di Stadium Nasional Bukit Jalil sudah cukup memadai. Lantaklah pada mat-mat Indon yang tak reti-reti nak terima kekalahan, nak mencaci nak carik alasan tapi yang penting Malaysia tetap juara. Tahniah kepada Safee Sali dinobatkan penjaring terbanyak kejohanan sebanyak lima gol, seorang deadly striker. Terima kasih kepada Fahmi Che Mat goalkeeper yang memang terer walaupun bolos dua hari ini. Akhir sekali tahniah kepada pasukan Malaysia keseluruhannya dan terima kasih kerana menaikkan kembali imej pasukan bola sepak negara. Terima kasih Rajagobal, anda jurulatih yang sangat hebat. To the Indon's we win not because of laser, but because we have a good team and heavy spirit just accept the fate that our team is better than yours. Indonesia u have been defeated.!!!

buat julung kali menjulang Piala AFF Suzuki

Kegemilangan telah kembali!!! kita sekarang adalah kuasa besar bola sepak Asia Tenggara
MALAYSIA BOLEH!!!


*kenangan tak boleh dilupakan bila aku dan kawan2 tersalah masuk ke restoran. Ingat restoran Pelita mamak, rupanya Restoran Pelita nasi padang Indonesia. Tapi itu tak mengekang kami daripada membuat bingit dan kecoh sampai hilang suara, siap bertekak gurau-gurau dengan kakak-kakak indon kat situ. Kita bertamadun, kenelah hidup secara bertamadun, tak perlu nak berperangai haiwan. Last sekali time bayar, aku cakap' "kak, kalah menang adat permainan"! "yeaa!!! selamat ya", balas kakak indon.

Sabtu, 25 Disember 2010

Pejabat Pos

Hari ini merupakan hari Sabtu. Hari cuti am. Tapi bila berada di sekitar Chow Kit atau kota raya kita akan berasa seolah-seolah kita di negara luar. world sungguh! banyaknya orang indon, ramai nye orang bangla tak terkecuali kulit hitam. Di waktu-waktu begini remaja berpeleseran di mall-mall berhampiran, waktu-waktu cuti camnie lah nak bersosisal tapi kekadang sial yang lebih. "dye pilih klcc doe, dye tak pilih kau." dapat comolot je terus senyap dekat depan warga-warga kotaraya disaksikan abang bond trafik 50 meter di belakang. "wei dye boh racun doe, jgn kiss." "Dah macam kat hollywood syial!". Bila tegur cakap suka jaga tepi kain orang, kubur lain-lain lah ustaz. tapi kalau kau mati nanti kau sendiri tanam mayat kau ke?
tapi sebagai insan yang berdedikasi dan integriti walaupun gua tak clear maksud integriti, hari ini sedangkan remaja lain bersosial gua terpaksa ke pejabat pos bukan untuk berenang tapi untuk mengambil duit kwsp atuk sedara gua. Gua bukan apa, orang tua nie kenelah tolong sebagai cucu prihatin, lagipun untung gua, bila teman dia pegi amek, konfom ada huloq-huloq dan setiap kali dapat duit atuk ni yang memang dari dulu tak kahwin-kahwin akan menggagihkan sedikit sumbangan pada kami cucu-cucu kesayangan dia. Disebabkan gua buat keje lebih escort dia, gua akan dapat lebih.

Sesudah mencarik parkir yang sangat susah, memang ingat nak merempit je tapi atuk sedara gua ni gerun naik motor dari dulu lagi bukan sebab gua mat rempit. Sampai di pintu kaca gua tolak dengan penuh perasaan. Walaupun di dalamnya ramai, tapi ada juga rezeki kami untuk mengalaskan punggung di kerusi kusyen merah yang ada. seblum tu cam biasa kene amek nombor. Kertas nombor yang kekadang tak keluar-keluar sebab salah picit button menunjukkan nombor 905 tapi di skrin berteknologi tinggi baru saja menjengah no 882. Sabar tu separuh dari iman. gua kembali mengambil tempat duduk, yang dari awal lagi gua dah suruh atuk gua jaga jangan bagi sesape dudok. Seperti orang yang tabah imannya, gua menunggu. Rugi gua tak bawak kolektion zine yang ada kat umah, kan best kalau ada MUSTIKA, patutnya gua beli Harian Metro tadi. Macam-macam bahan bacaan berlegar di ruang kotak fikiran. Dengan mata yang dikurniakan, gua menggunakan sepenuhnya. Bila bosan-bosan dan berada di dalam tempat yang ramai, paling gua benci bila orang asyik pandang-pandang muka gua, tahulah muka gua cam pelakon terkenal tapi takyah menampakkan sangat. Carik gadoh betul! Tapi gua maintain walaupun gua tahu orang usha gua sebab gua ni hodoh,gemok tapi gua dah bese. Kesian tengok Pak Daud yang baru mengerjakan haji tersengguk-sengguk menanti giliran. Sofea yang cantik gebu pulak terpaksa berdiri, gua cuba jadi gentleman nak bagi seat tapi bila pikir balik, tak berbaloi. Itulah bahan bacaan gua buat masa ni, hanya membaca mimik muka penanti-penanti dan buat andaian memandai. Gua jengahkan pandangan ke luar pejabat pos melalui dinding gelas. Gua ternampak Abang Li bekas pesara tentera sedang berjalan bersama seorang perempuan. gua ingat dia Kak Limah, isteri abang Li. Setahu gua, Kak Limah sedang sarat bunting anak mereka tapi kenapa perempuan tu langsing?soal bicara sifat jah gua. Bila belek-belek balik mata gua dan gua yakin gua masih muda,sihat dan belum rabun tua, gua pasti itu bukan Kak Limah tapi Melah janda. Melah ialah seorang janda anak dua, badannya langsing, nasi lemaknya mahal, mukanya seperti kulit oren seolah-olah dia makan jamu dari kecik. Ini kisah hangat ni, dan kalaulah nampak dek Mak Timah penjual nasi lemak dan part time wartawan sampingan memang dah dicanangnya satu kampung, sialp-silap meroyan Limah bunting kat rumah. Mak Timah ni lebey effisien dari berita kat RTM, dia juga adalah WiFI bagi penduduk kampung. Segala maklumat hal ehwal semasa klik je kat dia mesti dia tahu. Silap-silap pos laju pun tak selaju dia. sudah-sudah lah gua nak amek tahu pasal orang lain, tiba-tiba tedengar suara ayu kakak komputer "905"! sebanyak dua kali. Gua dan atuk bangit dan meluru ke kakak pakai tudung yang selalu tu, dan "kak, cam bese nak kluar duit."kata gua kat dia.

Isnin, 6 Disember 2010

Selamat Maal Hijrah

" Manusia takkan pernah berhenti berhijrah sepanjang kehidupan.
Manusia hanya akan berhenti berhijrah apabila mati mendatang.
Sesiapa yang berhenti daripada melakukan penghijrahan adalah
manusia yang telah mati. Mereka sudah mati sebelum Allah matikan.
Justeru itu, selagi Allah beri peluang untuk kita hidup, maka sentiasalah
berhijrah kepada kebaikan."

Dato' Dr Haji Muhammad Fadzilah Kamsah
Pakar motivasi terkenal

Jurnal Cuti Sekolah (majlis makan2, ronok-ronok dan karok-karok)

5 aribulan 12 2010

aktiviti aku pada kali ni adalah bersuka ria bersama femly femly sumenya. Memang susah nak plan hari yang sume free. Tapi berkat kesungguhan masing-masing kami berjaya gak mencari tarikh yang paling sesuai iaitu pada 5 aribulan 12. Sume dikehendaki mengosongkan jadual dan diwajibkan hadir ke majlis makan2 nie. Macam arahan dari Panglima Tentera. Majlis ini diadakan untuk kira cam majlis resepsi lepas majlis kahwin mak cik aku aritu. Waktu majlis kahwen aritu pulak ada macam-macam masalah timbul, kesian kat orang yang datang. Nak menyedapkan ati makcik aku dan pasangannya sambil nak mengubat duri terhadap MJ katerer paling Bangsat!!! tu kami adakan satu lagi majlis tapi kali nie keluarga sedara mara terdekat kedua-dua belah pihak dan kawan-kawan yang hampir. Lauk pauk sume kami sendiri yang sediakan dan dijamin takkan ada cirit birit lagi, plus mmg tiptop sedapnya sbb ak tlg masak...haha. Aku tangguhkan entry ni sbb nak tggu sedara aku masokkan gamba lauk pauk tapi aku rasa sampai semester baru tamat takkan ada. Sorry arr gamba2 lauk pauk takde. Selain dari makan-makan, ada jugak sesi berkarok-karok, inilah masa nak lontarkan sore yg tak bape sedap nie...hehe

Sebenarnya dua gambar di bawah ni bukanlah diambil pada hari majlis tu, tapi time ada majlis hari jadik adek sedara aku. Saja letak gamba2 nie sebab titik tolak kat majlis nie lah kami sepakat memilih tarikh untuk majlis pada 5 Aribulan 12 tue.

kami bukan freemason

meriah tak? hehe

Hari yang kami nanti-nanti pun tiba. Setelah penat membanting tulang(poyo je) menyediakan makanan dan persiapan untuk majlis makan-makan, majlis pun bermula. Majlis dimulakan dengan sedikit bacaan doa oleh Uncle Ahmad Jais (bkn penyanyi 60-an). Lepas je dia sebut aminn apa lagi sume pun mulalah makan lauk pauk yang sedap lagi menyelerakan. Tapi sebaliknya kami yang telah sarapan besar pagi tadi, terus melalak berkarok karok...hehe. Bak kata ibu, rugi tak nyanyi sebab kita dah bayar. Jom nyanyi! hehe

pilih bang jgn x pilih! macam nak order makanan mahal


mula2 segan2 malu2 nyanyi blakang tiang. kan malu tu perisai org beriman..hehe


dah ada sikit keyakinan.

mendalam sungguh nyanyian penyanyi ni sehingga menitis air mata pendengar kat belakang ada yang kesat air mata lagi...haha



sabar separuh dari iman. tgh tggu giliran nak nyanyi. femly sebelah sana lak conquer

terover lak tarik sore...naseb x pecah klu x maluu..

bajet comel lak kau!

wajah penuh keseronokan

wajah penuh kepuasan

kesimpulannya, 5 aribulan 12 2010 akan dikenang sampai bila-bila. Memang menyeronokkan dan menghiburkan. Man of the day aritu tak lain tak bukan Farhan Ramli. Sedap gak sore mamat tue...haha. Sabtu lepas jugak first time dlm sejarah salasilah keluarga femly ramai2 masuk bilik karoke kat Wangsa Walk. Harap aktiviti2 camnie berterusan dan pakcik2 dan makcik2 sekalian rajin2lah klwa duit sbb duit bukan leh bawak mati pun...haha. kasar dowh. bodoh punya anak buah! Haha. Chiow

Khamis, 2 Disember 2010

Entry ke - 100

Wah! Tak sangka gua, akhirnya blog ni sampai ke entry yg ke 100. Hidup lagi tulisan gua kat blog ni. Rasa nak menangis pun ada. kali pertama titik tulisan dalam blog ini ialah pada tanggal 25/2/2010. Tak sampai setahun jagung pun blog ni, tu pasal lah tak matang lagi kan, kalau ada kekurangan mintak ampun dan kalau boleh bagi nasihat dan kritikan membina sebab gua pun budak baru belajar kalau ada galah tolong jolokkan tapi gua taknak lu orang jolokkan tapi gua nak lu orang ajar gua camne nak jolok. Cam bese arr cerita sejarah sikit pasal Blog Kepunyaan Aan nie. Blog ni dicreate pada tanggal 25/2/2010 dengan title 'Karya Aku suka Aku'! dan entry pertama dalam tulisan merah ialah 'first time kowt'! Mulanya gua nak jadikan blog ni untuk meluahkan rasa rasa yang ada dan mencipta hasil-hasil tulisan ikut pale gua. Gua pantang dan benci betol nak tulis diari dalam blog ni, tapi apakan daya gua dah terjebak beb! Gua tak dapat tahan nafsu jadi gua pun tertulis entry pasal diari hidup gua seharian tapi bukanlah hari-hari. Tulah sebabnya gua tukar title kepada 'Blog Kepunyaan Aan"! comel tak? HAHA. Tapi gua tetap teruskan dengan meluahkan segala rasa di dalam blog ni dan masih mencipta hasil-hasil gampang! Penulis blog ni sebenarnya verstail kerana bukan saja tulisan biasa malahan ada mempunyai ulasan-ulasan sukan dan lain-lain juga.*angkt bakul HAHA. Terlalu banyak memori gua dengan blog ni, semakin lama gua berblog semakin mesra lak gua dengan blog ni, tapi tulisan jelah kalau bab-bab nak modified nak upgrade bagi cantik sume gua memang tak mesra, bukan gua tak cuba, gua dah cuba geli-geli dengan teknologi yang ada tetapi semakin gua cuba semakin teruk jadinya. Tapi gua tengah belajar dan makin pandai sikit-sikit. Tengok blog ni, romantik kan? HAHA. At last but not least Gua whish to thank to all my blogger fren because leaves some comments and always read my entry and support me. I'm really appreciate all my blogger fren. Thats all for the entry yang ke 100 gua, and gua harap u all will not putus-putus support me and I will support u back. *ignore my grammar, i never get A's for English. Haa no wonder lah kan. HAHA. THANX!!! :)

* Welcome December! How fast u come back to us kan...masa kecik-kecik December lah yang paling best tapi sekarang walaupun cuti gak tapi It will never be the same feeling again. " Wake me up when December ends"! Thats what I'm always do, memanjang tidor and when January tiba kejut gua, we will enter the new sem, Sem 4. :)

Isnin, 29 November 2010

Aku Bukan Sesiapa

Aku bukanlah seorang Penulis
yang boleh mencatit bait-bait ayat menjadi kata-kata indah
boleh mengajak pembaca menggeledah dunia imaginasinya
dan mempercayai lafaz-lafaz tulisannya.

Aku bukanlah Penyajak
Deklamatorkan karya-karya agung dengan berkesan
penuh jiwa dan rasa yang boleh menggoncangkan perasaan
dan melahirkan semangat dalam diri seorang ke seorang.

Aku bukanlah seorang Penyanyi
bersuara emas bila mengalunkan not-not melodi lagu,
irama cinta, ketuhanan, sedih dan tawa
dengan penuh kejujuran dan keikhlasan.

Aku bukanlah Pelakon
boleh menghidupkan watak yang mati
memberi jiwa buat raga penonton
melayarkan emosi dari hati ke hati.

Aku bukanlah Pengarah
Bisa jadikan imaginasi kepada realiti
menukar tulisan menjadi cerita
membuat kisah biasa kepada penceritaan luar biasa.

Aku bukan sesiapa
Aku hanya manusia biasa
Tapi aku mahu mencuba semuanya
kerana dunia bukan untuk dibiarkan lesu
Jiwa perlu berisi dan segenap rasa perlu diselerakkan
biar dunia tahu Aku adalah Aku.

*biarpun aku tak bisa terbang untuk melihat dunia dari atas tapi sekurang-kurangnya aku akan sentiasa berpijak di atas bumi.

Sabtu, 27 November 2010

Jodoh

Allah telah menetapkan jodoh buat kita. Jadi jangan terlampau mendesak perasaan ini untuk bercinta. Jangan serahkan segalanya selagi belum diijabkabul. memang nafsu amat seronok untuk dipuaskan namun akibatnya akan mendapat kesusahan. Wanita adalah tulang rusuk bagi kaum Adam dan ini bermakna Hawa bukannya untuk dihinjak pijak-pijak dan bukannya untuk ditatang atas kepala sampai mereka memijak. Lelaki memerlukan wanita dan juga sebaliknya. Lelaki mahukan wanita sentiasa berada di sebelahnya dalam apa jua masalah dan keadaan. Lelaki memang kuat dan bertenaga tetapi tanpa wanita di sebelahnya lelaki adalah nothin'. Ada dua jenis pasangan bercinta menurut pandangan penulis. Pertama ialah pasangan bercinta kerana nafsu dan kedua adalah bercinta kerana Allah. Bukan senang mahu mencintai seseorang dan kekal mencintainya selama hayat ada.

Di bawah ini adalah antara tanda-tanda jodoh kita:

1. Bersahaja
Bila berhadapan pasangan kita ni takkan ada masa nak berlakon, nak cover cantik. tiada unsur-unsur lakonan dalam perbuatan dia semasa bersama kita. Dia akan sentiasa bersikap neutral dan semua yang dilakukannya adalah spontan dan bukannya dibuat-buat.

2. Senang atau selesa bersama
walau selalu bersama, tak kira masa asyik bergayut dalam talian, handfon sentiasa di tangan menanti sms tak pernah rasa bosan dan bila berjauhan mula rasa gelisah dan resah. Seboleh-bolehnya tak nak langsung berjauhan.

3. Terima kita seadanya
Pernah dengar lagu Kita Insan Biasa? kes dia lebey kurang camni. pasangan kita sudi terima kita seadanya walaupun sebusuk mana kita sebelum ini. Manusia bukan sempurna konfom ada melakukan kesilapan dan pasangan kita menerima kita seadanya. Lupakan yang lalu yg ku tahu kini kau dan aku akan bersama.

4. Sentiasa jujur
sentiasa bersikap jujur. Jujur adalah jambatan apabila kita berjauhan. kalau dia atau kita boleh berjujur dan cuak untuk curang dalam hubungan kebahagian akan tercipta dan InsyaAllah ada jodoh.

5.Percaya mempercayai
Sikap ini amat penting dalam perhubungan. Apabila sudah benar-benar bercinta dan yakin dia lah jodoh kita maka akan timbul sifat ini dan segala hal dan cerita boleh dikongsikan dan segala rahsia akan disimpan bersama.

6.Senang bekerjasama
dalam berpasangan segala hal haruslah ada kerjasama. macam lagu wonderpets. Apa yg penting? Kerjasama! Haa...kene wujud kerjasama dan teamwork yg baik.

7.Memahami diri kita
Bukan senang untuk orang memahami diri kita sedangkan kekadang kita pun tak paham diri sendiri kan. Tapi pasangan kita ni cukup mengenali diri kita, dia tahu apa yang kita mahukan begitu juga sebaliknya. buatkan pasangan rasa seronok bersama

8.Tampilkan kelemahan
Tiada manusia yang sempurna dan kalau ada dia tipu, konfom! pasangan yang selesa dia akan menjadi dirinya yang sendiri walaupun dia mempunyai banyak kelemahan. Berkongsi kelemahan masing-masing dengan pasangan dan rahsia bersama. Kita memerlukan antara satu sama lain.

9.Kata hati
memang ramai yang boleh membantu dalam membuat keputusan namun di akhirnya anda sendiri yang membuatnya. Dengar kata hati, dan tanya adakah dia jodoh yang paling sesuai buat aku? Semuanya terletak di tangan Allah dan kita serahkan hanya padanya.

10. Mimpi
Kita boleh membuat solat sunat Istikharah dan memohon supaya Allah memberi petunjuk jodoh kita. InsyaAllah kalau diizinkan petunjuk akan muncul dalam mimpi. Kalau dialah jodoh kita maka terima seadanya dan kalau bukan tolak dengan sebaik-baiknya.

P/S: jangan percaya sangat penulis memandei je tue. HAha

Jumaat, 26 November 2010

MAHUKU UNTUKMU

Cuba kau lihat bintang-bintang di langit waktu malam. Cantik bukan?
Kerana itu,
Aku mahu terbang
mencari bintang-bintang
akan aku kutip satu satu
untukku hadiahkan kepada kau
agar kau simpan dalam kotak hati.

Lihat laut terbentang luas membiru. Indah bukan?
Sebab itu,
Aku mahu berenang selam
sedalam-dalamnya dasar lautan
dan membawa pulang butir mutiara
untuk ku persembahkan pada kau
di hari majlis kita.

Tapi kau dan aku tak mungkin akan bersama
Kerna langit terlalu tinggi
dan laut tersangat dalam

Kini aku mahu melihat kau bahagia
biar tak bersama aku
dan aku suka melihat kau gembira
hanya itu mahuku untukmu.

ecececeh.. haha

Rabu, 24 November 2010

Kami Berbeza! (dia didepan, aku dibelakang)

Semasa di dalam kelas selalunya dia duduk di baris hadapan
manakala aku sentiasa duduk di belakang

Ketika di dalam bas yang ramai dia akan berada di hadapan
sementara aku selalu di belakang

Bila masa untuk mengambil gambar dia akan berada di baris hadapan
aku pula akan berada di baris paling belakang

*Aku dengan dia tak mungkin dapat bersama

P/S: tak ada kene mengena langsung dengan penulis.

Selasa, 23 November 2010

Jurnal Cuti Sekolah (mini reunion skola rendah)


Aktiviti kalau dah masa cuti-cuti ni konfom adalah reunion dengan budak-budak skola lama. Dengan kesempatan yang ada, aku dengan beberapa lagi rakan sekola rendah yg lain telah merancang untuk mengadakan mini reunion dak2 kelas masa darjah enam dulu. Dengan peluang yang ada kami pun plan sehabes baik...haha. Pertemuan kali ni lebih sempurna kerana setelah sekian lama menghilang akhirnya dapat gak jumpa Haszraaf, Syuk Azmi dengan Nazirul. Lama betul tak jumpa dan semesra semalam. Rumah je dekat-dekat tapi hampeh nak lepak sekali. Tapi Haszraaf terkecuali sbb dye duk Putrajaya, sggp dye turun semata-mata nak lepak ngan kitorang kat the Castle Kg Baru. Yang ada semalam kat Castle, aku, nazri, raaf, mueiz, tokwan, nazirul ngan syuk azmi then kak pah datang bersama aweknya fatin...haha. dye suka mueiz...haha. Kat situ kami tak makan just melayan shisha sampai lebam pastu gelak-gelak sampai kebas mulut. Asal jumpa mesti ada nak ungkit kisah lama, lawak gle klu igt balik. sambil tu mula bahan-bahan kengkawan. carik nama bapak lah, ejek cara org makan cam jengkaut arr...haish macam-macam...haha. Dah berjam-jam dok havoc kat situ, dak2 laki sume pegi kat
La Cusine lak kami pergi supper. Memang best gle berborak-borak sbb da lama x jumpa kan...Akhir sekali pukul 3 lebey baru selesai perjumpaan kami. Dan di bawah ini antara gamba2 kenangan di skola rendah dloo smpi gamba malam semalam.


zaman kocik-kocik
zaman kegemilangan...haha


bak kata tokwan, hotstuft!
terbaekk!!
sume nie brado-brado...haha

* Malam semalam sangat menyeronokkan, harap semlam akan berulang lagi di masa hadapan dan kali ini akan lebih ramai. HAHA

Sabtu, 20 November 2010

SEPAK TAKRAW

Sepak takraw merupakan sukan rakyat yang sangat popular bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh rantau Asia Tenggara. Sukan ini juga semakin popular di luar Asia seperti di Barat dan USA Kalau korang nak tahu sukan ini telah lama dimainkan sejak di zaman kesultanan Melayu dulu. Ada mengatakan sukan ni permainan oleh bangsa-bangsa diraja dan sukan Istana. Secara perlahan-lahan sukan ini telah menular dalam masyarakat Melayu status rakyat biasa ketika itu. Sejak dari tu sukan ni jadik hot dikalangan mereka. Dimana-mana saja ada sekumpulan anak muda yang bermain permainan ini. Nama Sepak Takraw ini telah dipersetujui untuk diberikan hasil gabungan nama meayu bagi sukan ini iaitu sepak raga dan dalam bahasa Thai ialah Takraw. Hasil persetujuan kedua-dua negara pelopor sukan ni, sukan ini telah diperkenalkan di peringkat antarabangsa dengan nama Sepak Takraw. Di Filipina ia dipanggil 'sipa', di Burma 'chinlone' dan di Laos dipanggil 'kator'. Lagak dan seni dalam permainan ini amat menghiburkan dan terpesona untuk dilihat kerana keindahan yang terdapat di dalam permainan ini.


sepak takraw zaman dolu-dolu takde kale


taiko killer M'sia dulu-dulu Uncle Adnan Saidin

tekong

skills yg tggi seorang killer sama ada merejam atau membuat blocking

rejaman pari

musuh tradisi M'sia dan Thai

seni dalam sepak takraw

trio terakhir dapat emas sukan sea kalahkan Thai

Sedih bila melihat prestasi skuad sepak takraw negara kebelakangan ini. Kalau di zaman dulu M'sia merupakan jaguh mutlak dalam sukan ini namun berjaya dipintas oleh Thailand dan mereka telah mendominasi sukan sepak takraw ini dengan begitu cemerlang dan menjadi gergasi. Sekarang ini juga kita dapat lihat negara-negara Asia lain mula bangkit dalam sukan ini seperti Korea Selatan, Jepun dan China. Kalau pasukan M'sia lepa sikit je dan tertidur maka negara-negara ini akan mudah-mudah memakan kita sedangkan kita adalah pelopor sukan ini. Lihat sahaja bagaimana kepayahan M'sia untuk melangkah ke final ketika bertemua Korea Selatan di separuh akhir sukan asia yg sedang berlangsung. Mereka terpaksa berhempas pulas untuk menewaskan pasukan yang kita sendiri menjadi cikgu untuk mereka. Belum tahu apa nasibnya M'sia di final bertemu raja sukan sepak Takraw sekarang iaitu gergasi Thailand. HARAP M'SIA AKAN MEMBUAT SEHABERS BAIK DALAM PERTEMUAN FINAL SUKAN ASIA GUANGZHOU. KAMI DOAKAN M'SIA DAPAT MEMBUAT KEJUTAN DAN MEMBAWA PULANG PINGAT EMAS DAN MERAMPAS MARUAH NEGARA KITA YANG TELAH LAMA DIHINJAK THAILAND DALAM SUKAN INI. M'SIA BOLEHH!!

P/S; harap syarikat-syarikat pembuat-pembuat filem dan semua yang terlibat dalam bidang media tv khusunya, tolong terbitkan sebuah animasi seperti anime Jepun mirip Slam Dunk dan sukan-sukan lain berkonsepkan M'sia dan terapkan mengenai sukan Sepak Takraw. Dengan cara ini dapat mengembalikan minat rakyat M'sia teruatama anak muda untuk bersepak takraw dan menambahkan bilangan pencinta sukan ini. Gua yakin kalau anime yang dibuat nanti mempunyai standard anime Jepun maka tak mustahil Sepak Takraw akan mengalami zaman 'HOT' semula.

Rabu, 17 November 2010

Jurnal Hari Raya Haji / Qurban

secara kesimpulan awalnya tentang hari raya nie ialah.
" Hari ni raya ke?" (paham2 sendiri)

pagi terbangun lambat tak dapat pegi solat raya
kul 1o baru bgn mandi pegi melantak
lepas tu tgk tv ngan sedara-sedara(nmpk x permainannya)
lewat tgh hari sikit makan lagi dengan sedara-dara
tengok tv balik sambil2 berfesbuk
semasa sedang menulis nie ada pak teh mak teh datang umah sedang kencang
lepas ni rasanya pergi makan jelah lagi.

bila da besar nie dah tak rasa raya lebeihan pula ni raya haji, lagi lah tak terasa. hari nie rasa cam ada kenduri dara je femly datang longgok satu umah makan-makan. kalau kecik2 dloo lepas makan2 besar nie dah tertonggok kat masjid jamek tgk org sembelih lembu kekadang sehari sebelum raya dah pegi masjid nak suai kenal ngan lembu2 bertuah kekadang kalau ada unta rasa jakun lebih sikit tapi sekarang semangat tu dah takde. Harap akan kembali ke zaman kecik2 dloo. CHIOWW!

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA SEMUA!!!

Isnin, 15 November 2010

QUIZ

1. Bila anda mula bersekolah?
umur 6 tahun

2. Bagaimana pelajaran anda?
bukan pelajar cemerlang tapi pernah dapat 4A masa UPSR

3. Pernah tak gagal dalam hidup?
selalu. sekali masa amek SPM gagal akaun

4. Kenapa malas nak kerja time cuti?
memang dari dulu pemalas bukan time cuti je

5. Suka tak dapat kereta?
suka sangat walaupun kereta lama tapi dah modified

6 Adakah anda pelupa?
sangat2. selalu lupa letak barang katne(kunci motor hilang seminggu baru jumpa) selalu lupa keluarkan duit dalam poket. selalu-selalu lupa.

7. Bila anda start gemok?
masa form 1 keatas. dulu comel lotte je.

8. Masa anda kurus anda aktif sukan?
aktif sangat. tiap-tiap hari main bola. selalunya main sukan ikut musim. kalau tak bola, badminton, takpon takraw kekadang guli

9. Suka isteri yang macam mana?
yang banyak cakap sebab saya ni pendiam. yg pandai masak. dan karakter dye mesti best tak kira arr cantik ke kurang cantik ke janda ke. HAHAHA

10. Dalam banyak-banyak penyanyi, sape yang anda paling suka?
Jamal Abdillah

11. Cita-cita nak jadi P. Ramlee atau Albert Einsten?
cita2 nak jadik diri sendiri yang orang lain boleh ikuti.

Secara kesimpulan anada layak untuk berkerjaya sebagai....
~ PILOT/ JURUTERBANG ~

Jumaat, 12 November 2010

Jurnal Cuti Sekolah 2

Sekarang ini musim demam. Ramai yang mengalami demam selesema dan penyakit yang berkaitan. So sebagai orang yang mementingkan kesihatan aku perlu menjaga kesihatan dengan sebaik-baiknya. Kene banyak minum air, kurangkan minum ais *baru balun koko kranch dgn milo ais* dan jangan main hujan. Yeah! Dah jarang hisap rokok skang nie satu peningkatan (smbl jari telunjuk dan tengah disilangkan). Akan menyiapkan diri dengan segala armor bg membendung demam seperti menyediakan panadol, paracetamol, the mall, dan yang sekutu dengannya. Harap tak mengidap demam cuti nie sbb nnt takde peluang nak skip klas...haha. Poket masih kosong, dapat duit je blanje barang dapur mana tak habis. Haish!

Kata-kata bijak pandai: u have to walk in ur life n sometimes u have to run slowly but never ever skip/jump in ur life becoz u will miss ur period of life. (srry for da grammar...hehe)

Khamis, 11 November 2010

MAAFKAN ABANG SAYANG

Sayang, mana sayang pergi abang rindukan sayang
sayang merajuk dengan abang ke
abang tahu abang salah
tapi nak buat camne
dia lagi sedap dari sayang
tapi walaupun begitu abang tetap sayangkan sayang
abang mintak maaf dengan sayang
abang pinggirkan sayang
abang janji lepas ni abang akan tumpukan sepenuh kasih kat sayang
abang dah tak carik dia lagi dah
pulanglah sayang abang rindukan sayang
dah lama abang tak hidup dengan sayang
sayang mana sayang hilang, puas abang carik merata-rata

wahai kunci manalah engkau, kaulah kunci untuk aku berasmara dengan motorku
aku janji kalau kau pulang aku dah tak naik scrambler adek aku, sayang!

moral of the story: dapat barang baru, barang lama jangan diabaikan. dan juga simpan kunci motor elok2 jangan letak sepah-sepah nanti tak jumpa. pesanan khas dari khidmat masyarakat ajk masjid jamek!

Rabu, 10 November 2010

Jurnal Cuti Sekolah!

hari ni Alhamdulillah ada duit masuk. Pagi-pagi makteh dah bilang, "An, petang ni jalan mesin samperit boleh"!. Aku terus sambut boleh sangat. Duit tue! dapatlah sikit buat-buat beli barang dapur aku...haha. Sedang-sedang aku jalan mesin tiba-tiba havok kat depan rumah dengan kereta-kereta dan lori banyak. kemudian masuk dua tiga bijik kerete dalam laman rumah. Satu kereta volvo besar di dalamnya terdengar corat coret pekikan dalam bahasa utara. "Saya tumpang keta jap na!!". rupa-rupanya tu Lan Pet Pet nak tumpang parking sebab kat depan rumah aku ada shooting untuk Jangan Pandang Belakang Congkak the Series. Aku minat kot Lan Pet Pet ni time kecik2 dulu time tu senario tengah hot. First time jumpa dye agak sporting arr...selamba badak kehulur hilir tak berbaju semua. Sempoii! Buat masa ni tu je yang aku jumpa sebab dorang baru nak mula shoot. Tapi yang tak bestnya kalau ada shooting2 nie jalan akan jadi sempit nak keluar masuk susah. Haish!

P/S: nama entry nie jurnal cuti sekolah bukan laporan cuti 1/2, harap dapat bezakan dan takde niat nak meniru atau ditiru. :)

Selasa, 9 November 2010

BYE

gembira dapat interview

gemuruh sebelum interview

mengalah selepas interview

happy dapat masuk jugak

semester satu kebingungan

semester dua mula merangkak

semester tiga dah boleh berjalan slow-slow

tapi.....

selamat tinggal kawan-kawan, cukup seronok bersama kalian. sangat-sangat bermakna. di lain masa kita jumpa lagi. InsyaAllah!

Isnin, 8 November 2010

CUBAAN MENCARI GITAR

Paan(bkn nama sebenar) sungguh bersemangat di hari Isnin yang indaj ini. Secara tiba-tiba dia terus mengajak adek lelakinya untuk menemannya ke sebuah kedai alat muzik bernama Do Re Mi. Dengan berbekalkan semangat dan kesungguhan dia telah memaksa adeknya untuk turut serta. Dia telah mengorek semula duit raya yang dikumpulnya dahulu. Sebenarnya duit tu dia nak gunakan untuk membeli fon baru tapi tak berkesempatan. Dia mencapai rm200 sebagai bekalan. Mereka pun merempit ke kedai muzik tersebut. Masuk saja kedai paan disambut oleh seorang brader yang lebih pendek dari dia. "Adek, nak carik pe?" tnye bandek(brader+pendek) nie. " Saya nak carik gitar arr bang". jawab paan dengan comel. "Kau nak gitar apa? gitar karan ke gitar akustik?" bandek terus menanya. " Kalau boleh saya nak akustik je bang." paan terus buat muka comel. " kau punya bajet bape"?. bandek bertanya. Paan mennjawab lesu, "Adalah dalam rm200." "hahaha! memang tak dapat arr dek. sini semua paling murah pun RM400." sambil buat muka palat. paan rasa sangat-sangat malu dan tertekan. Modal yang dibawa hanya rm200 tapi gitar yang ada lebih dari kemampuan. Paan cuba carik gitar second hand tapi bandek kata takde. Hancur luluh impian dia untuk memiliki gitar hari ini dan lebih memilukan semasa kejadian berlaku kedai tersebut sedang memasang lagu Ella yang berbunyik "hati ini hancur dan luluh keranamu"! serius tak tipu. Cubannya untuk memiliki gitar hari ini tidak berhasil harapannya hampa. Mungkin di lain kali! SHIT!

P/S: org nak ada gitar dia pun nak ada gitar! tak sedar diri modal ciput nak masuk kedai mahal-mahal. Gitar, mungkin kita akan bersama di lain kali... :(

Ahad, 7 November 2010

KUASA CINTA

ombak boleh merubah pantai
tapi cinta boleh menghancurkan harapan

matahari boleh menyinari siang dan bulan menerangi malam
tapi cinta sentiasa menerangi hati tak kira masa

baja boleh menyuburkan tumbuhan
namun cinta boleh membuat hati berbunga-bunga

cinta penuh magik, cinta penuh misteri, cinta penuh duka, cinta penuh suka, cinta membawa bahagia, cinta boleh membawa derita, cinta meninggalkan memori bahagia, cinta boleh meruntuhkan kenangan indah, cinta penuh bermakna.

cari cinta yang boleh membuat kau bahagia, supaya nanti cinta boleh menyembuhkan kamu
cari cinta yang suci supaya nanti akan membawa kamu berdua ke syurga
jangan risau cinta untuk kamu telah Allah adakan, pasangan kamu pasti muncul bila-bila masa, berdoa padanya agar kamu dianugerahkan pasangan yang terbaik. Allah maha kuasa dan Maha Penyanyang. Terus cintakan Allah nescaya Allah akan mencintai kamu dan sesungguhnya Allah adalah kekasih awal dan akhir kamu.

MARI KAWAN KAWAN

mari kawan kawan semua
sem depan kan kita kena wat lirik
so mesti ada performance
gua rasa kita dah kena praktis muzik cuti sem nie
gua dah tekad nak geli-geli belajar gitar
duit dah ada tinggal nak pergi beli
insyaAllah boleh belajar kord2 basic pun jadilah
sape yang tak reti main muzik leh belajar mulai sekarang
sape yang dah lama tak main muzik seperti piano, keyboard ke dah boleh mula lembutkan balik tangan mula main balik. HAHA
sem depan kita jadi komposer ramai-ramai. HAHA

P/S: gua ada keyboard tapi sebab tak reti main tinggal berhabuk tak tersentuh. Sape leh ajar gua main?

Sabtu, 6 November 2010

DIA DAH LAIN DOE!

Aiman anak seorang taukeh cendol. Mungkin ramai yang dengar akan tergelak namun jangan terkejut bapak Aiman sekarang pakai kereta Proton Waja kaler biru cair dan kalau mahu dia boleh beli kereta luar negara yang lebih mahal cuma dia terlalu sayangkan negaranya sebab itu dia membeli kereta nasional bagi membantu meningkatkan ekonomi negara. Gerai yang pada mulanya hanya dimulakan di bawah pokok besar di tepi Jalan Fletcher, kini telah menjadi restauran besar dan mempunyai pekerja seramai 6 orang. Aiman tidak belajar tinggi kerana dulu kehidupan keluarganya tidak sesenang begini. Dia hanya menolong-nolong bapanya di restauran dan kini menjadi pewaris tunggal untuk restauran itu. "Bapak mau nanti bila bapak dah takde, kau ambil alih ini gerai". wasiat ayahnya. Berkat rajinnya juga dia berjaya membeli sebuah motor idamannya sejak lama iaitu Yamaha 135lc berwarna putih.

Secara tiba-tiba dengan kuasa Tuhan ketika dia duduk di kaunter menunggu kastemer datang membayar, dia ternampak di luar kedai seorang gadis berambut panjang berbaju kurung putih silver baru turun dari teksi. Gadis itu menuju masuk ke dalam kedai dan merapatinya. " Hai Aiman!" kata gadis. "Hai", jawab Aiman terpinga-pinga. " Kau tak kenal aku ke?" tanya gadis itu penuh manja. Aiman cuba mengembalikan memorinya yang dia sendiri tidak tahu berapa megabyte. Semasa kecil dia selalu termakan semut mungkin itu membuatkan dia pelupa. mungkin kerana lama menunggu respon dari Aiman terus gadis tersebut mengenalkan dirinya. " "Wei Aiman, aku ni Tieka, kita dulu selalu bermain sama-sama, sampai hati kau lupa aku." " MasyaAllah, Tieka kau dah lain! Kenapa kau dah perempuan!"

Tieka seorang gadis manja yang sering menjadi rakan permainan Aiman ketika kecil. Sungguhpun manja dia seorang yang berperangai seperti lelaki, apa sahaja yang Aiman main ketika kecil mesti dia turut serta. Mereka berdua merupakan jiran sebelah menyebelah. Kedua-dua keluarga mereka ketika itu bukanlah orang senang. Tangga merah di rumah cik Senah anak penghulu kampung dulu selalu menjadi tempat pertemuan mereka. Kerana di situlah tempat mereka dan kawan-kawan lain bermain. Tieka seorang je perempuan yang turut serta dalam geng Aiman. Tapi semasa kecil segala permainan mereka main takda rasa malu atau janggal. Kadang-kadang mereka bermain batu seremban bersama, main kad tepuk, guli, baling selipar dan ada jugak main kahwin-kahwin. Selalunya pasangan suami isteri adalah Aiman dan Tieka, yang lain semua menjadi anak-anak. sampai ada tahap tak perlu lagi nak buat lat taa li lat dah memang konfom Aiman dan Tieka akan dijadikan suami isteri. Mereka memang tidak pernah puas bermain bersama. mula-mula ramai yang ada di tangga merah tu, lepas tu makin sikit demi sikit balik sehinggalah hanya tinggal mereka berdua di tangga itu. Sampaikan cik Senah terpaksa hambat Aiman dengan Tieka balik rumah kerana sudah senja. Lepas penat bermain mereka ke gerai bapak Aiman menjamah cendol di sana. mereka hanya duduk di satu meja memandang satu sama lain sambil menikmati dalam-dalam keenakkan cendol untuk menghilangkan dahaga kehausan di tekak mereka. Satu hari Tieka bagitaw Aiman satu berita sedih. Keluarganya terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur kerana di sana ada peluang pekerjaan lebih baik. Berita itu betul-betul menjatuhkan semangat Aiman untuk terus hidup. "Tieka nak pergi, aku dah takde kawan lagi",raung hatinya. Masih ingat wajah Tieka yg sedih sangat dan mereka berdua menangis pipi basah dengan airmata. Aiman pun menghulurkan tangan dan Tieka mencapainya kami pun berjabat...kemudian jabat kami pun terlerai perlahan-lahan. itulah kali terakhir Aiman menatap wajahnya dan kali terakhir merasai kelembutan tangan manjanya.

kini setelah hampir 20 tahun, Tieka muncul kembali dalam hidup Aiman. Banyak kenangan yang mereka cipta ketika kecil dan jauh usia jarak pengalaman yang mereka ingin ceritakan. Tieka gadis kecil berambut pendek dan comel-comel dulu kini sudah besar dan makin manis dan penuh sifat kewanitaan manakala Aiman budak laki yang comot-comot ketika kecik dulu dah membesar menjadi lelaki dewasa yang lebih kemas dan matang. Setelah hampir 20 tahun, akhirnya mereka kembali makan cendol bersama di bawah pokok besar di sebelah gerai semula.

PUISI DUA PULUH LIMA (SIAPA AKU)

saja je buat entry ni. sebelom ni ditag oleh rakan. ingat mula-mula malas nak buat tapi memandangkan kebosanan tahap melampau melanda maka bolehlah diisi masa dengan melakukan ini. sambil-sambil tu boleh mengenal diri sendiri. pertama-tama nak cakap pemilik blog ini bukanlah orang yang menyeronokkan tapi kalau dah baca tinggalkan komen please...haha

1. muhammad farhan bin ramli nama penoh
2. dipanggil abang/An oleh keluarga dan dulu kawan selalu panggil An
3. kebelakangan ni je kawan-kawan panggil Paan. xtaw nape.
4. sangat pemalu.
5. tak banyak cakap
6. kalau budak sekolah rendah gua baca nie yg gua pemalu tak banyak cakap mesti dia kata penipu
7. pernah jadi gila-gila tak reti diam selalu buat bising dalam klas time skola rendah
8. pengawas paling pemalas masa darjah enam.
9. pernah kena denda jalan itik sepanjang korridor, malu gila
10. seorang yang gemok dan tak hensem (ini kenyataan)
11. suka menyanyi dalam bilik air
12. suka dudok lama2 dlm bilik air berangan(bukan yg bukan-bukan)
13. pandai memasak sikit-sikit(tanak nasi, jerang air, maggi pelbagai perisa dan nasi goreng cili padi serta banyak lagi)
14. pernah gagal dalam hidup (akaun time Spm)
15. selalu suka bergurau kadangkala terlampau smpi dah beratur orang pompuan nak lempang aku...haha
16. pernah eksiden motor...parut sampai skang ada
17. anak sulong (lantak arr tak ikut turutan)
18. suka merepek yang bukan-bukan
19. penyanyi kegemaran adalah jamal abdillah
20. cita-cita jadik pilot
21. tapi skang cam nak jadi pengarah filem pulak
22. kereta baru keluar bengkel...haha....lepas nie ad kete sendiri
23. tak pernah ada awek sbb aku hodoh...haha
24. masa kecik pernah berkasih sayang dengan awek ni. (bukan cinta tapi kasih sayang yg tggi antara kami, time 6tahun)
25. aku adalah aku tak kira Abang, An, Paan, Mamat kalid, Ahmad busu ke...aku tetap pemilik nama muhammad farhan bin ramli.

patutnya kena tag rakan-rakan blog yang lain lepas buat 25 nie. tapi ada dua sebab aku tak tag orang lain. satu, aku tak ramai kawan blogger bukan cam sesetengah rakan yang lain follower blog sahaja kalah aku punya frenlist kat fesbuk. kedua, aku tak reti tag orang...haha.
Ok, Chiow!

Jumaat, 5 November 2010

KEMBALI SEBELUM MATI

Alang sedang duduk di kerusi panjang batu di dalam sel penjara. Datang seorang lelaki berkopiah putih dan berbaju Melayu.

USTAZ AZMI
Assalamualaikum!

ALANG
(melihat wajah ustaz)

USTAZ AZMI
Saya Azmi. Saya ditugaskan untuk membimbing kamu.

ALANG
Untuk apa? Ustaz datang sini hanya buang masa. Aku dah terlambat.

USTAZ AZMI
Takkan pernah terlambat untuk bertaubat. Allah Maha Pengampun. Sedara masih punya masa. Berubahlah sementara ada peluang sebelum mati.

ALANG
Aku ini hamba yang dilaknat. Aku membunuh. Aku mengambil tugasNya dengan menamatkan nyawa Hana.

USTAZ AZMI
Manusia tidak sempurna. Allah tahu segalanya. Allah yang menentukannya.

ALANG
Aku takut ustaz. Aku takut mati. Aku tak sanggup berjumpa dengannya.

USTAZ AZMI
Bagus mempunyai rasa takut kepada Allah. Ianya akan mendekatkan lagi sedara denganNya. Sempat lagi untuk berubah.

ALANG
(tersekat-sekat)
Ustaz....bantu aku....aku takut ustaz. Tak lama lagi aku akan digantung. Aku takut...Allah terima ke aku? Aku tak kuat ustaz nak menempuh mati.

USTAZ AZMI
Mati adalah pasti cuma bila yang kita tidak ketahui. Tapi kamu sudah tahu akan mendatang mati. Kamu bertuah. Kamu punya masa untuk berubah. Taubat kamu hanya Allah yang tahu dan hanya Dia yang berhak menolak atau menerima taubat dari hambaNya.

ALANG
(menagis teresak-esak)
Bantu aku ustaz. Aku benar-benar takut. Aku bodoh. Aku lupakan Dia. Aku bertindak mengikut perasaan. Aku terlalu mahukan kekasih sejati dan mengecap kebahagian yang pada dasarnya hanya bersifat sementara.

USTAZ AZMI
Kunci kepada kebahagiaan adalah Allah. Sedara terlalu mengejar kekasih di dunia sehingga sedara lupakan kekasih sebenar, kekasih awal dan akhir, kekasih azali dan sebenar-benarnya. Tapi sedara, Allah tak sesekali melupakan kita. Dia sentiasa ada untuk kita. Dia sentiasa menerima kita semula. Pulanglah kepada Allah, nescaya sedara akan merasai kebahagiaan dunia akhirat.

ALANG
Bawa aku pulang kepadaNya ustaz.

USTAZ AZMI
InsyaAllah. Saya akan bantu tapi akhirnya sedara yang perlu berubah sendiri.

ALANG
(menangis smbl memeluk ustaz)

insert montaj:
Ustaz mengajar Alang mengaji
Alang bersolat bersama Ustaz dan berimamkan Ustaz
Alang sedang mengaji keseorangan.

superimpose; 6 bulan selepas itu

Alang sedang melakukan solat dan diikuti solat-solat sunat. Hari ini hari dia akan digantung. Selepas selesai bersolat-solat dia menadah tangan dan merafaqkan doa.

ALANG
(menangis teresak-esak)
Bismillahhirahmanhiraahim. Ya Allah aku mohon keampunan darimu ya Allah. Aku insan hina yang terlupa kepadamu. Aku lalai yaAllah. Aku tak kuat untuk bertarung dengan dugaan dunia. Aku lemah dan mudah terjelepuk sehingga aku tinggalkan Kau. Kaulah kekasih sebenar aku tapi aku biar, kaulah kekasih sejati aku tapi ku tak peduli, kaulah kekasih awal dan akhir tapi selalu aku pinggir. Tapi aku tahu kau selalu ada untuk aku. Aku pohon dengan rasa penuh hina terhadap diri sendiri, moga kau terima kepulangan aku. Hanya kau tempat yang terbaik aku boleh dapatkan. Kaulah segala-galanya buatku. Selama ini aku selalu mencari kebahagian sehingga aku lupa Kaulah kunci kepada kebahagiaan. Ampuni aku Tuhan, maafkan dosa-dosa aku ya Allah. Kau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku ya Allah walaupun aku tak pernah berjumpa mereka tapi merekalah syurgaku. Kau ampuni dosa-dosa mereka dan juga dosa-dosa nenek serta tempatkanlah nenek di kalangan kekasih-kekasihmu...........

pintu sel penjara dibuka. bunyi pintu dibuka telah mengejutkan Alang.

ALANG
(muka terkejut dan bibir terketar-ketar)
Aaaa......minnnn.. Allah huAkbar.

Alang dibangunkan oleh pegawai-pegawai penjara. Ustaz Azmi turut berada disitu dan selalu mengingatkan Alang supaya sentiasa menyebut Allah dan mengingatNya. Alang dipinpim oleh dua polis menuju ke tempat gantung. Semakin lama langkah Alang semakin perlahan, dan akhirnya kakinya seperti mati kerana tak boleh melangkah langsung sehingga polis terpaksa memeluk Alang dan mengheretnya. Kakinya terkaku dan terseret di lantai. Badannya menggigil semakin kuat. Sehingga berada di depan pintu bilik hukuman, kepala Alang ditutup dengan karung hitam dan terus dibawa masuk kedalam bilik. Segala persiapan untuk menjalankan hukuman telah tersedia. Alang dibawa mendekati tali gantung.

FLASHBACK; KETIKA ALANG KECIL
Alang berkata kepada neneknya
ALANG
Nek, Alang janji nanti besar Alang nak jadi orang baik. Alang nak jadi orang berjaya. Alang takkan sesekali lupakan Allah nek. Alang akan selalu mintak kat Allah biar kita jadi orang senang, dan Alang boleh berjaya, boleh tolong nenek.
NENEK
Baiklah cu....

~ TAMMAT ~



Khamis, 4 November 2010

AKU CINTA KAU LAH BODDOHH!!!

Suasana sedikit gelap. terdapat sebuah kerusi melintangi hadapan ruang tamu. Hana diikat dan mulutnya ditutup. dia diletakkan di atas kerusi dan diikat bersama kerusi tersebut.

ALANG
aku cinta kau lah bodoh! Kau tak boleh tunggu ke? Aku cakap nanti aku berubah aku berubahlah. Kenapa kau tak reti nak sabar! Aku cinta kau Hana. Aku nak bersama kau selamanya. Tapi kenapa? Kenapa kau sanggup pergi? kau pergi tinggalkan aku.

Alang mengeluarkan pisau dari dalam sarungnya. Sambil mengacah-ngacah ke arah Hana. Hana mula menjerit tapi tak kedengaran kerana mulutnya terikat.

ALANG (Con't)
Kau memang perempuan sial! Aku betul-betul cintakan kau! Aku betul-betul mahukan kau. Aku tak pedulikan jasad kau. Aku hanya mahu hati kau dan hati aku bersatu. Aku tak rela memamah tubuh kau waktu ini kerana aku percaya bila tiba masanya nanti aku ingin merasa nikmatnya malam pertama selepas kita nikah. Aku mahu anak aku nanti kau yang kandung. Aku mahu anak kita membesar di depan kita.


Alang membuka ikatan mulut Hana dan melekapkan pisau ke muka Hana. Hana menangis dengan kuat dan meronta-ronta.


HANA
Maafkan aku Alang. Aku tak boleh tunggu kau. Aku perlukan masa depan. Dia boleh bagi aku masa depan yang baik. Aku dah selalu beri kau peluang. tapi kau masih berdegil. Kau masih berdengung. Kau selalu ke awan sampai kau tak sedar kau semakin teruk di bumi. Semua dah terlambat! Lepaskan aku Alang. Kau tak perlu buat begini. Kau tak layak mengambil nyawa aku. Berikan aku hidup.

ALANG
Kau tak reti nak sabar! Aku sedang cuba berubah. Aku perlukan masa kerana ianya tidak mudah. Aku bukan tuhan tapi aku selalu mintak Tuhan benarkan aku bersama kau. tapi kenapa? Kenapa takdir yang aku mahukan tak diberiNya.

HANA
(menangis)
Kau jangan buat perkara bodoh Alang. Lepaskan aku. Aku takut Alang. Aku tak mahu mati. Jangan apa-apa kan aku. pergilah keluar ramai lagi yang lebih baik dari aku. Jangan bunuh aku. Aku takut Alang. Kalau kau cintakan aku, lepaskan aku, lihat aku bahgia.

ALANG
Memang ramai yang lebih baik tapi pada aku kaulah yang paling terbaik buatku. Aku hanya mahukan kau sahaja. Cinta aku hanya untuk kau. Sampai hati kau! kau sanggup melihat aku sengsara semata untuk kau berbahagia. Kau memang selfish Hana. Semoga kau mati hari ini di tangan aku dan kita akan berjumpa lagi di sana.

HANA
Alanggg!!!

Alang menusukkan pisau tepat ke dada Hana. Darah memancut-mancut seperti air terjun. Penuh merah keadaan ketika itu. Hana mati dalam dakapan Alang yang menyambutnya ketika jatuh dari kerusi.

ALANG
Maafkan aku Hana. Aku terpaksa bunuh kau. Kenapa kau pergi kat jantan lain! Kau memperbodohkan cinta aku. Kau memperolokkan perasaan aku. Aku cintakan kau lah boddoh!!! kerana itu aku mahu kau mati. Aku tak mahu lihat kau dengan orang lain. Kau mati dalam dakapan aku. Kau nanti aku yea disana. Nanti kita bakal berjumpa.

Alang menarik pisau di dada Hana. Dia mengesat darah Hana. Perlahan-lahan dia cuba menusuk dadanya dengan pisau. Secara tiba-tiba sekumpulan polis menyerbu rumah tersebut. Polis dapat menghalang niatnya untuk membunuh diri.

Ahad, 31 Oktober 2010

BUKTIKAN PADA AKU BAHAGIA ADA

Alang seorang anak tinggal yang hidup kesorangan setelah neneknya meninggal dunia lima tahun yang lalu. Anak muda yang baru menjengah usia 28 tahun ini sudah biasa hidup jerih payah dan kesorangan sendirian. dari kecil dia dibela oleh neneknya dan mereka bukanlah orang senang. Banyak sebab penyebab yang menjadikan dia begini. Mungkin hatinya telah batu dan rasanya sudah pudar.

Pegawai penjara
Alang kau kenapa? Buat benda bodoh.
Alang
Benda bodoh ni yang buat aku happy gembira.
Pegawai penjara
Tapi benda ini merosakkan hidup kau. Banyak lagi benda yang boleh bawak happy
Alang
Contoh?
Pegawai penjara
Kau tentu ada keluarga
Alang
Kau jangan bicara soal keluarga dengan aku. Kau tak kenal aku bangsat! Kalau keluarga aku sayang kat aku, kenapa mak bapak aku tinggalkan aku dengan nenek aku? kenapa mereka biarkan aku dengan nenek hidup melarat. kau tahu? Adakalanya aku dan nenek hanya makan nasi berlaukkan ulam-ulam di belakang rumah dan lebih pedih nenek terpaksa berlapar nak tengok cucu bodoh dia ni makan.
Pegawai penjara
Itu bukan alasan untuk kau begini. Semua ini takdir.
Alang
Takdir? Tapi mengapa aku yang kena. Orang lain tak pernah rasa. Kenapa nenek yang satu-satunya aku sayang Dia nak amek. Ak sayang nenek aku. Aku tak nak dia tinggalkan aku. Aku tak faham kenapa Dia nak letak semua takdir aku teruk. Aku pun hamba Dia. Aku pun taat kepada dia dahulu.
Pegawai penjara
Jangan lancang sangat mulut kau! kau mempertikai Dia.
Alang
Kau tak rasa apa yang aku rasa. Kau penuh bahagia. Aku sentiasa sengsara. Kami ni orang miskin, tapi tak pernah dapat bantuan dari sesiapa. Ketua kampung hanya tahu mencantikkan rumah. Yang Berhormat hanya tahu menambah harta. Aku iri hati dengan negara jiran. Sugguhpun mereka pijak bendera kita tapi bila mereka ditimpa bencana, kita hantar seberapa banyak bantuan yang mungkin. Kita negara murah hati, kita selalu tolong dunia. Nama Malaysia terus gah di dunia. Tapi tu semua beruk di hutan, tapi anak-anak kat rumah ini mana bantuan? Kami kebulur, kami tersiksa, pernah Malaysia nak murah hati?
Pegawai penjara
Rakyat kita sendiri yang tak bersyukur. Orang-orang macam kau ini. Remaja belia yang diharapkan pada masa hadapan tapi rosak akhlak, rosak segalanya. kau menghisap najis tue.
Alang
Aku najis. Sebab apa aku najis? Sebab anjing-anjing cam kau. Aku tak pernah bahagia. Kau tunjuk aku mana bahagia? Kau berikan aku satu. Kau takkan mampu. Aku akan bahgia bila aku amek benda ni. Inilah kebahagian aku. Inilah keluarga aku. Inilah bantuan aku.
Pegawai penjara
Kau hanya tahu salahkan orang. Pokok pangkalnya kau yang bersalah. Kau yang menentukan hidup kau. Allah tahu apa yang dimahukan oleh hambanya. Perempuan tu tak bersalah. Kenapa? Kenapa harus dia menjadi mangsa?
Alang
Kerana dia pernah memberi aku bahgia. Aku pernah gembira bersama dia. Aku sayang dia. Sepenuhnya aku mahukan dia. Cinta sudah kutahu maksudnya bila bersama dia. Tapi dia durhaka. Dia berdusta. Dia lari bersama orang yang lebih berjaya dari aku. Aku lupa siapa aku. Aku lupa aku tak mampu bahagiakan dia. Tapi aku cintakan dia. Aku mahu dia terus bersama aku. Aku bunuh dia kerana aku begitu menyintainya dan aku mahu hanya dia untukku dan hanya aku untuknya. Aku tak mahu seseiapa selain dia dan aku tak mahu sesiapa selain aku bersama dia. Tapi dia dah mati. Bahagia aku telah hilang sekali lagi. aku tak pernah kekal mengecap bahagia. Hei bangsat anjing! Kau cuba buktikan pada aku bahagia ada.

S.A.T.U

Ini bukan nak story pasal skrip filem gua tapi ada lah kaitan nya sikit-sikit. Entry kali ni still cakap pasal bola. Kehangatan final Piala Malaysia masih terasa ditambah pula dengan cuaca panas bahang nya menambah-nambah kehangatan. Apa yang gua nak cuba sampaikan ialah kenapa banyak Melayu je yang main bola sepak dan kekadang adalah India sorang dua dalam pasukan tapi cina jarang-jarang. Kenapa yea tuan hamba? Jangan pulak melayu-melayu yang baca entry ni menyirap ngan gua, ini cuma apa yang gua nampak. Tak salah kalau semua Melayu pun yang main tapi kena ada bakat gak. Buakn jugak gua cakap Melayu takda bakat. Air kosong je kalau hari-hari minum loya gak tekak, tapi cuba ambil gula taruh sirap, bubuh lak limau kan sedap hilang dahaga. Nak buat air lain pun boleh. Maksudnya kalau ada kepelbagaian dalam pasukan bola sepak kan lebih meriah dan lebih bagus. Semalam gua tengok bola adalah berapa kerat kaum lain yang main. Tapi mereka pun meninggalkan impak dalam perlawanan. Contohnya S. Kunalan yang bermain untuk Negeri9, pawe gak dia main dengan abang cina rambut flattop yang umur dah mencecah 30 lebih, okey apa dia main. Kenapa hanya ada berapa kerat je? Cina paling payah kita nak tengok main bola sepak dan wakil negara pun takde rasanya. Tapi India ramailah gak yang main untuk negara.

Ini bukan isu baru. kalau kita tengok dulu time Malaysia tengah di puncak kejayaan bola sepak. Menjadi antara pasukan yang digeruni di rantau Asia. Setakat Jepun dengan Korea Selatan tu, memang pasukan belasahan buat Malaysia. Tapi sekarang membe dah main World Cup, M'sia main apa, nak lawan jiran tetangga pun payah menang. Kita intai semula antara barisan pemain-pemain ketika itu di zaman kegemilangan. Antaranya ialah Mokhtar Dahari (Super Mokh). Dia ni cam lipas kudung, sup sap sup sap gelicik bola, tapi kelebihan dia adalah dari segi fizikal dan kekuatan rembatan sehingga membuat penjaga gol Rashid Hasan patah dua jari. Kemudian kita ada Soong Chin Aun kapten pasukan bola sepak M'sia ketika itu. Seorang pertahanan dan ketua yang begitu bijak dan tenang mengawal pasukan ketika berada di dalam padang. Selain itu, kita ada Arumungam(bukan Alleycats) penjaga gol ketika itu. Tak silap dia ni orang gelar dia Spiderman. Ketangkasan dia memang tidak dapat disangkal. Gagah menjaga gawang M'sia dari dibolosi pihak lawan. Time tu gak kita ada Santokh Singh, pertahanan terakhir pasukan M'sia. Dia ni tinggi galah dan badan dia tegap memang agressif, pertahan paling berani. Ada lagi pemain-pemain yang telah menyumbangkan tenaga dalam pasukan bola sepak ketika kegemilangan dahulu seperti Hassan Sani, James, Shebby, Rashid Hassan dan ramai lagi.

Nampak? Ketika itu, pemainnya pelbagai dan waktu itu kita mengecap zaman kegemilangan yang cukup membanggakan. Tapi kini kita mengucup ke zaman memalukan buat sukan bola sepak negara kita. Pihak tertentu harus mengambil langkah wajar dan cepat bagi menangani masalah ini. Contohi keberkesanan sistem bola sepak England, dan lihat kebangkitan pasukan kerdil seperti Jepun dan Korea. Saya yakin M'sia boleh kembali ke zaman tersebut.

P/S: Pembuat-pembuat filem harus ketengahkan filem-filem yang mengenengahkan budaya perpaduan dan semangat SATU dalam jiwa rakyat. Jadikan sukan sebagai medium untuk menyatupadukan rakyat. Harus banyak filem yang memaparkan perpaduan dan contoh perpaduan melalui sukan dan apa saja. Kalau nak skrip gua ada, nama tajuk filem tu nanti SATU, kisah perpaduan pelbagai kaum dalam satu pasukan bola sepak. HAHAHAHAHA

Sabtu, 30 Oktober 2010

KEPUTUSAN PERLAWANAN

KELANTAN ~LAWAN~ NEGERI SEMBILAN
2 - 1
(hairuddin) // (shahrurain)
( piyya )


secara keseluruhan permainan bagus. ada fight antara dua-dua pasukan. penonton sangat memberangsangkan. stadium penuh dengan warna merah dan kuning. kelantan layak menang perlawanan ini. kebangkitan yang sangat membanggakan setelah ketinggalan 1-0. tapi berjaya bangkit dan menang 2-1. tetapi yang mengecewakan dah semestinya penyokong-penyokong kelantan. sape yang jaga gate masuk stadium? senang-senang mereka masuk dengan bawak mercum bertimbun-timbun. meletup-letup dalam stadium betul-betul tepi padang. membahayakan keselamatan penonton yang lain serta pemain-pemain dan pegawai-pegawai permainan. sikap mereka juga macam budak sekolah. dalam sekejapan penuh sampah-sampah botol-botol air mineral kosong dan tin. sesuka hati melemparkan botol-botol ke tepi padang dan ada yang masuk dalam padang sehingga menganggu permainan. tapi secara keseluruhan permainan malam ini memuaskan dan di masa hadapan boleh diperbaiki lagi. HIDUP BOLA SEPAK MALAYSIA! GOMO KLATE GOMO! LIVERPOOL THE BEST...HAHA

Jumaat, 29 Oktober 2010

KISAH DULU KALA

satu hari keluarga A telah dikunjungi oleh keluarga B dan C. mereka tidak mempunyai tempat tinggal dan hidup merempat. mereka datang dari jauh dan memerlukan tempat berteduh. mereka mengharap belas kasihan keluarga A pada mulanya tidak bersetuju kerana khuatir perkara buruk akan berlaku. tapi sedikit demi sedikit pendiriannya berubah. mula-mula sekali A membenarkan keluarga B dan C untuk tinggal di luar rumahnya dan mereka membina khemah-khemah dan mereka tinggal di dalamnya. oleh kerana keluarga B ni sangat rajin keluarga A sedikit demi sedikit melebarkan bantuannya. keluarga B dibolehkan untuk bersama-sama mengerjakan kebun yang ada di belakang rumah. sementara keluarga C hanya membantu sedikit-sedikit. kerajinan keluarga A menyebabkan kebun A semakin mekar dan berbuah. keluarga A sangat berhutang budi kepada keluarga B. keluarga B semakin dilayan oleh A. daripada khemah, keluarga B mendirikan pula sebuah pondok bagi mereka tinggal. manakal keluarga C masih duduk di dalam khemah. keluarga A mula datang malas yang melampau. segala benda fan kerja diberikan dan diserahkan bulat-bulat kepada keluarga B. keluarga B pula menjadikan keluarga C sebagai pembantu mereka. lama kelamaan keluarga B membawa keuntungan lagi kepada A. tetapi dari mata kasar memang keuntungan. tapi secara halus keluarga B mula masuk semakin dalam kepada keluarga A. keluarga A membenarkan pula keluarga B untuk membina rumah di sebelah rumah A, dan keluarga C boleh tinggal di dalam pondok lama keluarga B. mula-mula hanya rumah kecil tapi lama-kelamaan rumahnya menjadi lebih besar. akhir sekali rumah mereka lebih besar dari keluarga A. keluarga B memang kaya sebab mereka rajin. begitu juga dengan keluarga C, pondok yang mereka tinggal semakin meluas dan membesar. keluarga A masih melelapkan mindanya dan tidur dari mempertahankan hak. sampailah di suatu hari, A terdengar satu laungan bisikan ke telinganya " BANGUN! BANGUN DARI TIDUR! A terkejut dan berlari ke arah luar rumahnya. kebun yang selama ini memberi pendapatan dan rezeki kepada keluarganya dan dua keluarga yang lain dah hilang. yang ada kini hanyalah bangunan konkrit setinggi tingginya. keliling rumah yang sebelum ini penuh denan rumah kayu, pemandangan hijau semuanya lesap. yang ada hanyalah pemandangan konkrit semata. Keluarga A dah sedar dan dah bangun, tapi segalanya dah terlambat.

p/s: takde kene mengena dengan yang hidup mahupun mati. kalau ada sape-sape yang nak kene mengenekan, orang tu memang nak kena! :)

KERETA BARU

haih! tak sabar rasanya nak tunggu kereta keluar. tapi bukan dari kedai tapi dari bengkel. setelah lama tersadai sampaikan lubang ditembak sebesar peluru dah jadi merekah sampai sebesar kawah. nak beli kereta baru tak mampu. dapat kereta lama berwajah baru pun dah kira bersyukur. harap-harap dapat lah kat aku kereta tu. jangan bapak aku buat perangai bagi kat orang sudah.

barang lama jadi baru
tapi aku masih di takuk lama
agak2 bila nak berubah?

ceit! tadi niat nak belajar ctu. xpe masa masih mesra nanti masa dah jeles baru belajar.

Rabu, 27 Oktober 2010

J.A.R.I

kepada kementerian pendidikan yang mengubah dasar pendidikan ~ mari kita tunjukkan jari ibu jari.

kepada diri sendiri yang sedang mencari diri ~ mari tunjukkan jari telunjuk

kepada kaum lain yang mempertikai hak keistimewaan melayu dan bumiputera ~ ayuh kita tunjukkan jari tengah/hantu/fuck

kepada sesiapa yang mahu berubah ~ jom angkatkan jari manis

kepada bapak-bapak menteri, ahli-ahli yang berhormat yang menang pilihan raya ~ ramai-ramai kita tunjuk tang muka jari kelingking

P/S: buat penat gua hafal bendalah nie...bukannya klwa pon...soalan sejarah ngan maths yg klwa...

Khamis, 21 Oktober 2010

KHEMAH

Siap pasang sudah khemah-khemah
rumah kembali ramai
makcik-makcik dan pakcik-pakcik mula berkumpul
tapi bilangannya tak seperti dulu.
bertambah?
TIDAAKKK!
Tapi berkurang.
ramai yang telah pergi.
seruan Illahi.

tapi kini akan bertambah satu
pak cik baru
mengisi kekosongan mak cik yang lama menunggu
akhirnya dia dapat bersatu
bersama-sama melangkah dunia baru
tapi bukan buat pak cik
kerana dia pernah dimiliki dahulu.

apa2pun tahniah dariKu
buat Cekno
harap bahgia selalu
namun jangan lupa sesuatu
anak-anak sedaramu
yang selalu menagih kasihmu.

tersusun khemah-khemah menggerumi rumah nenek.
harap nenek dapat melihat dari sana. doakan anakmu menempuh bahgia.

p/s: sabtu nie ad kenduri kawin. jemputlah datang...hehe

Selasa, 19 Oktober 2010

WARISAN WANITA TERAKHIR

sambil audio lagu warisan wanita terakhir dari kumpulan teachers pet di depan komputer gerak jari gemalai mencari huruf-huruf untuk membentuk ayat sambil baru melepaskan kesangapan lados aku cuba menulis blog. ini secara spontan tanpa ada apa-apa draft (yg nie betul spontan aw bukan cam Rahman Shaari)haha. aku cuba menulis tentang topik ini dan kalau ada tersalah atau terkasar atau terlebih mintak maaf. lantaklah blog aku kan...haha bukan apa sebab sebab jeles rakan-rakan blogger lain asyik dok menulis entry baru, aku pun nak. tapi apa yang nak tulis semua rakan-rakan yang lain dah tulis so baca kat dorang punye jelah. cita-cita yang harus dilupakan(xtaw nak tag entri lama) dalam entri blog sebelum ini seolah-olah boleh didelete.(bpk perasan)

wanita adalah gadis atau perempuan mahupun betina. keempat-empat gelaran ini adalah sama maksud namun apresasinya adalah berlainan. tapi bagaimana pulak dengan warisan wanita terakhir? adakah kita dah ketandusan wanita-wanita yang disebut-sebut sebagai warisan wanita terakhir terdahulu sebagai contoh Mahsuri, Cik Siti Wan Kembang dan bagai-bagai lagi.kalau kita lihat sekarang ramai wanita yang berpeleseran dengan lelaki tanpa batasan bergomol-gomol tanpa segan bercium-ciuman dengan lelaki berbeza-beza sampaikan sanggup menggadai maruah serta dara sesuka hati. tapi layakkah mereka digelar wanita dan sampaikah kita gelarkan mereka betina seperti kucing betina kat umah aku kejap ngan jantan lain kejap ngan jantan lain. belum lepas pantang lagi dah mengandung lagi dan seterusnya. tapi kekadang kucing betina aku ni pun taknak tapi dah sebab dia hot asal keluar umah 'zaappp' dengan Comel...lepas tu keluar umah lagi 'zappp dengan Jazz. kesian aku tengok dia dah sampai lunyai kekadang.

penyanyi lagu ini sanggup serahkan jiwa raga untuk mendapatkan warisan wanita terakhir. tapi ada lagi ke stok-stok cani.kalau kat kampung sekarang pun susah nak dapat wanita-wanita cenggini. bahkan dari dulu pun susah kot. tiap-tiap pagi boleh kumpul dosa sebab perempuan-perempuan ni sebenarnya baik dan patuh kepada ibu bapa tapi cara dia salah. mana tak salah kalau dah tolong mak jemur baju tapi dok berkemban nak tayang kat orang kampung tak leh gak. tapi kalau adek-adek muda takpe ini mak-mak tuh-a nak buat apa.

tapi betul ke kalau warisan wanita terakhir tu dye cenggini. selalu pakai tudung bila keluar,kalau nak jemur baju pun pakai t-shirt longgar dengan kain batik sambil towel melingkup tangkup rambut. hormat orang tua, pandai masak tempoyak, gulai, asam pedas,. susah nak dapatkan dia bukan sebab dia sombong tapi memilih lelaki yang betul-betul boleh menjadi Adam yang terbaik buat mengisi kekosongan jiwa Hawanya. berkawan dan bersahabat dengan lelaki-lelaki dan bukannya berpeleseran dan bermesra-mesraan dengan mereka. semua sifat yang terbaik bagi Kaum Hawa yang harus ada pada dialah senang cerita. tapi mana nak dapat "Hawa" yang dimaksudkan nie?

p/s: apa yang aku merepek ni? bak kata Rahman Shaari lebih baik Diam!...haha

Sabtu, 9 Oktober 2010

KEKURANGAN2 MENJADI PILOT

1. tak dapat balik rumah tiap-tiap minggu
2. kos nak blaja mahal sangat
3. subjek-subjek pelajaran yang diperlukan susah
4. nanti selalu berjauhan dengan isteri buat siksa batin dia...haha
5. orang gayat tak boleh jadi
6. budak yang belajar akaun tak boleh apply(klu gagal akaun lg mustahil)
7. banyak kes kapal terbang terhempas.
8. cukai pendapatan tinggi sangat
9. duit yang banyak buat kita lalai
10.bila kapal terbang terhempas pilot yang akan disalahkan

p/s: penulis pernah bercita-cita jadi pilot tapi dia tercampak ke kelas akaun, gagal pulak tu subjek akaun. post ini untuk menyejukkan sikit hati penulis setelah impiannya berkecai. :)

Khamis, 7 Oktober 2010

LIVE DARI PTAR

Keadaan disini ramailah gak tapi tak penoh
sumenya jari jemari sedang laju menari tari mengikut tempo masing
bunyi kesunyian dipecahkan dengan bunyi-bunyian hentakan keyboard, adakala bunyi orang berbisik dan batuk-batukan menghilangkan kahak
disini juga aku seperti bermain permainan kerusi muzik, kerana terpaksa mencuba bagai-bagai komputer untuk mendapatkan feel beronline.
sebelum sampai sini ada satu perkara yang betul mengujakan berlaku dan biarlah kami yang di tempat kejadian saja yang tahu.
bila disini aku terfikir sejenak bila kali terakhir aku membaca buku?
dah berapa lama aku tidak meminjam buku? ataupun tidak pernah?
akhir sekali aku tidak pernah memiliki kad perpustakaan sedangkan perpustakaan negara terletak hanya beberapa minit dari rumah. mengikut rekod tidak rasmi, hanya sekali sahaja aku pernah masuk ke perpustakaan negara.

p/s: bangsa yang membaca bangsa yang berjaya!

Rabu, 6 Oktober 2010

MAKNA CINTA

KAU TAKKAN DAPAT JUMPA MAKNA CINTA DARI KAMUS

MELAINKAN KAU MERASAINYA SENDIRI.

ecececeh! :)

Ahad, 3 Oktober 2010

ASS9MENT-ASS9MENT AKU

Aku hantar sampah je kat lecturer
maafkan saya yea tapi kalau boleh satu je yang saya mintak
jangan repeatkan saya nanti ibu saya mengamuk
tiap-tiap sem dia suruh dapat dekan tapi sampai sekarang tak dapat-dapat
nak dapat dekan bukan senang kalau senang dah lama aku pergi bilik dekan aku mintak je dia kat situ jugak. tapi dekan pun tak kenal aku. tak pernah tegur pun.

tapi ass9ment pak agi kali ni aku buat betul-betul
aku bagi dia dekat 30 isi jeis kuih dengan 15 pro & kontra
kalau dapat markah sikit gak tak tahu lah
dah habis colourful aku bagi sampai macam warna keling.
ass9ment yang ini soal hidup dan mati sebab sebelum ni markah ciput...hehe
boleh pun aku buat awal...haha

Sabtu, 2 Oktober 2010

S.A.T.U.K.A.R

SATU

Susah gak nak jadi penulis skrip ni. Penat gua menaip bagai nak gila sampai siap satu full skrip FILEM SATU gua...aleh-aleh kene tukar jalan cerita. " sAYA TAK NAMPAK INI CIKGU EMAN, SAYA NAMPAK INI MACAM AWAK JE FARHAN". Itu yang aku dapat daripada beliau. Tapi memang betul pun kalau dah buat kerja last minit itulah jadinya. Apa-apapun gua kene mula balik menaip dengan jalan cerita yang baru.

JALAN CERITA BARU 'SATU'

Eman seorang guru cemerlang di sebuah sekolah ternama di bandar. Dia mengajar pendidikan jasmani sambil buat part time guru disiplin dan sambilan sebagai ketua jurulatih bola sepak. Banyak anugerah yang telah dia kecapi. Pasukan bola sepak mereka merupakan juara bertahan lima kali ikut kalendar liga tempatan. Tapi, Eman telah ditukarkan ke sebuah sekolah yang lain atas permintaan pengetua sekolah baru itu. Dia dipindahkan ke sekolah Juvana Hishamumin. Eman tak suka dengan pertukaran itu, kerana ada satu egoistik dalam dirinya kerana prestasinya yang cemerlang sebelum ini. Sampai di sekolah itu dia ditugaskan menjadi warden dan juga ketua jurulatih bagi pasukan bola sepak juvana tersebut. Namun dia merasai mustahil untuk membentuk satu pasukan yang baik di sekolah yang bermasalah begitu dan merasakan mereka tidak berbakat. Tapi sangkaanya meleset terus, pelajar-pelajar di sekolah tersebut sebenarnya lebih berbakat dari sekolah lamanya cuma tidak mempunyai peluang. Eman semasa ingin membentuk pasukan tersebut juga perlu menghadapi banyak masalah. Pelajar-pelajar yang setan (sblm ni tak cukop setan, kata Pn Lela) dan Eman bukanlah seorang yang disukai sebelum ini. Namun dengan kekentalan jiwa raga anak kelahiran Terengganu ini, dia berjaya juga membentuk pasukan terbaik dan bermain di liga-liga kejohanan sekolah-sekolah menengah buat pertama kali.

~ TAMAT ~

Selasa, 28 September 2010

MENYELAM DIAM-DIAM

Aku selam menyelam dalam-dalam
sambil mata pejam
mulut diam
terkenang masa silam
memikirkan masa depan.

*Aku terdiam

masa depan nanti bagaimana?
masa silam dah tak boleh buat apa-apa.

disini aku boleh berangan-angan
apa sahaja dapat aku bayangkan
sampai tak sedar masa dah lama berjalan.

kan best kalau dapat aku terbang ke awan
membawa kapal besi yang ada sayap kiri dan kanan
tapi sayang aku budak perakaunan
yang gagal dalam kehidupan.

*Aku tersedu

hidung aku tertangkap sesuatu
bau yang selalu

*Aku tersedar

rupanya aku berada dalam jamban
patutlah baunya menusuk ke dalam
cepat-cepat aku mencapai palam
biar barang ini hilang.

Rabu, 22 September 2010

BUAT ANAK

Bapak segala syaitan pernah berkata,
barang siapa pasangan suami isteri,
yang melakukan persetubuhan,
tanpa dimulakan dengan kalimah Allah,
maka dia sendiri akan mendahuluinya.

So gang2 sekalian gua harap lu org sebelum nak buat benda alah tu mulakan dengan kalimah Allah....nnt kalau lu tertinggal kalimah Allah, anak lu org jadi perangai setan...

Nasihat ini hanya boleh digunakan bagi mereka yang telah berkahwin sahaja.
Fikir-fikirkan dan selamat melakukan!

Jumaat, 17 September 2010

ROKOK BALUT

Dalam perjalanan Ahmad ke rumah merah die telah berhenti seketika di sebuah kedai runcit bernama Ah Seng Punya Kedai. Dia masuk kedalam kedai tersebut lalu membeli sejenis alat yang berisi minyak di dalamnya. Orang-orang moden sekarang panggil Lighter. Lighter biru itu berjenama Aladdin. Itulah yang paling murah berharga RM1. Setelah membeli alat tersebut dia meneruskan perjalanan. selang beberapa blok dari rumah merah itu dia berhenti seketika untuk membalut sedikit gumpalan tembakau untuk dihisap sebelum melempiaskan bil air yang dah sebulan tertunggak. Dari tempat dia membalut tu sudah boleh nampak deretan gadis-gadis muda termasuk gadis tue yang tak sedar diri sedang berpeleseran bertenggek-tenggekan menunggu customer.
Ahmad kemudian mengeluarkan alat yang dipanggil roller yang dibelinya di uptown danau kota. kemudian dia mencarik sedikit tembakau jenama harvest berperisa double vanilla dan dibubuh ke dalam roller. Dia keluarkan sebijik filter dan diletakkan di hujung bahagian dalam roller tersebut kemudian tembakau tadi disusun memanjang di sebelah filter tersebut. Setelah muat-muat, Ahmad keluarkan kertas balut dan menjilat di garisan atas kertas tersebut seolah-olah sedang menjilat apam, mungkin Ahmad mahu berpraktis kerana seepas ini skill tersebut amat diperlukan. setelah diletak di belakang gumpalan tembakau tadi, roller tersebut ditutup dan secara sendirinya rokok tersebut sudah terbalut. Ahmad meletakkan rokok di mulut sambil tangan kirinya menghalakan lighter ke rok dan membakarnya. Keluarlah kepok-kepokkan asap dari mulut Ahmad. setiap sedutan ditariknya dalam-dalam untuk mendapatkan feel yang sebenar. Setelah rokok tinggal hujung-hujung konek, Ahmad terus melemparkan sisa rokok ke dalam longkang di sebelahnya. Lantas dia menuju ke arah rumah merah tersebut dengan penuh semangat kelelakian. sambil hatinya berbisik, " Hari ini aku mengidam ayam china"!

Rabu, 15 September 2010

PENGGAL BARU

Nak masuk penggal baru dah sem3 nie. Adalah sikit persediaan aku buat untuk menghadapi penggal baru ini. Kalau sebelum ini semua nota subjek-subjek jam kredit kecuali nota Ayah Agi akan ku lakarkan ke dalam sebuah buku nota saiz sederhana berwarna hitam tapi kini keadaan mungkin berubah. Kesian dah aku tengok buku itu. Uzur bin usang dah. Itu pun aku jarang salin nota tp bukan malas cuma boleh ingat dalam pale...haha...kalau tidak, tentu buku tu dah lama habis penggunaannya. Adakah patut aku berkongsi jurnal bel dengan buku nota kelas Puan Lela. Tapi semuanya akan berubah! (konon-konon) Sanggup aku bersendirian pergi dari kg baru ke carrefour wangsa maju(tak pernah seumur hidup) semata-mata untuk membeli buku-buku untuk penggal yang baharu ini. 3 buku saiz berserdehana dan satu buku kecil yang boleh dibawa kemana-mana. 3 buku tersebut semuanya design sama cuma kaler yang berlainan tak adalah nanti rasa ralat nak pilih yang mana satu. itulah buku-buku nota yang akan aku gantikan dengan buku-buku yang lama. dan satu buku kecil yang aku boleh bawa kemana-mana dan kalau terlintas sesuatu di kepala akan aku calitkan ke dalam buku tersebut. Konon-konon nak jadi penulis. Harap-harap buku-buku baru ini akan membuatkan aku rajin menyalin nota dan menulis. (macam haram jadah)

p/s: semasa penulis menulis entry ini dia buat-buat tak sedar yang dia tak mula pape pon lagi ass9ment yang harus dibuat!!!

Selasa, 14 September 2010

INFLUENCE

Kalau nak buat cerita cinta buat macam cerita kuch-kuch hota hey

Kalau nak buat cerita keluarga buat cam cerita kabhi kushi kabhi gam

Kalau nak buat cerita kritikan pada kerajan buat macam cerita sivaji the boss

tapi yang paling penting buat macam je jgn amek bulat-bulat. sedut cara mereka dan aplikasikan menggunakan idea original kita sendiri. tapi nak cakap pasal originalaity pun payah. mana nak dapat original dah sebab kita bukan lg hidup zaman batu atau zaman Adam. zaman ini terlalu banyak filem di luar sana dan terlalu banyak idea....serba sedikit idea asal kita akan terpalit dengan idea sebelum ini.

p/s: asal ass9ment banyak sangat nie? mana nak carik idea untuk fantasy dengan noir? dengan treatment lagi. character bio lagi. adooii!

Rabu, 8 September 2010

ANDAI INI SYAWAL YANG TERAKHIR

lupakan tajuk di atas tu! saja je nak tangkap leleh...haha
masuk hari raya tahun ini genaplah aku dah beraya selama 19 tahun tak kira masa sembilan bulan dalam perot mak aku. tiap-tiap bila raya mesti hati kene gembira walaupon kekadang tak berapa happy sebab jari jemari lecur terkena mercun naga. tak sah kalau main mercun naga kalau jari tak melecur, maklumlah masing-masing nak menampakkan keberanian. bukak balut mercun tu pastu bakar bila dah tinggal hujung-hujung konek sumbu tu baru dilemparkan ke udara. sape yang meletup kat atas tu dah dikira hebat waktu tu. tapi lagi hebat kalau masa mercun tu meletup kita masih pegang lagi sebab tak sempat nak baling. lepas tu habis melecur nak makan sambal tumis sotong pun payah.

bila raya menjelma je mesti ingat kat ahli-ahli keluarga yang dah tiada. semakin aku membesar semakin sedikit tangan yang harus aku salam di pagi raya. rindu juga nak bersalam dengan nenek sambil mendapat kucupan di dahi. kali terakhir masa form 1 waktu tu aku yang kucup dahi nenek selepas bersalam dengan tangan lemahnya kerana waktu tu dia terlantar sakit. tak lama lepas tu dia pun mengadap seruan Illahi. kemudian nenek aku yang lagi satu pulak meninggal. boleh dikatakan otai-otai dalam keluarga aku semuanya dah blackout. lepas sorang-sorang pergi. manalah tahu lepas ni aku pulak. ajal maut kan di tangan tuhan. tahun ni juga abang sedara aku akan beraya pertama kali tanpa bapa kerana bapanya (endek) baru sahaja meninggal. aku harap dia tabah. rasa bersyukur sangat aku masih mempunyai kedua ibu bapa. kepada monyang, nenek2, mama(maklong), endek dan semua yang telah meninggal dunia dalam famly nie, abang/ aan/ owang/ farhan hanya mampu menyedekahkan al fatihah buat kalian dan harap kita dapat berjumpa lagi di dunia yang lain.

di kesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA maaf zahir dan batin kalau ada terlanjur perkataaan dan perbuatan especially buat ibu bapa tercinta, adek beradek, sedara-mara, makcik2, pakcik2, jiran sebelah umah, mak jah, nekcu, makne, cik timah, nenek tipah, pak cik jenoi dan semua arr...minta maaf juga pada pak cik aris yang selalu bertenggek di tembok umah aku malam-malam sorang-sorang, dah rasa macam duduk kat umah elit ada guard walaupon hanya bersenjatakan mulut yang terkumat-kamit tak henti cakap sorang-sorang dan beruniformkan kain pelekat berbaju kemeja pink. tiap2 hari itu je baju yang dia pakai. maafkan saya ye pakcik aris selamat hari raya buat anda juga. lastly but not least untuk kekawan sume dari sekolah tadika masjid jamek, sekolah rendah keb. jln. raja muda, sekolah men. keb. st. john dan sampailah ke universiti UiTM Puncak Perdana terutama budak2 F.A.C.T dan juga membe2 di kawasan kejiranan ni. selamat raya buat anda semua dan Maaf Zahir dan Batin!!! tahun nie kita bukak buku baru lah yea....klu nak beli boleh beli kat kedai pak mat yang bapak dia nama hanapiah tu. ayah ngan ibu pun sama lah kita buka buku baru lagipon buku cek tu dah nak habis kene beli buku baru...hehe

p/s: rindu raya time tahun 90an

BERGERMELAPAN DI I-CITY

bersewang-sewang di i-city ngan membe2 sekolah rendah gwa








p/s: inilah antara gamba2 yg sempat di snap kami, sebenarnya ada banyak lagi tp malas nak menunjuk..haha. miera aznin kalau nenek tengok gambar nie pakcik harap sangat nenek jealous ngan kitorang...hahahaha

Selasa, 7 September 2010

KRITERIA-KRITERIA JADI PENULIS

Kuat berimaginasi (selalunya aku dalam bilik air)

Banyak membaca (selalu baca harian metro)

Rajin (selalu rajin memberi alasan)



AGAK-AGAK AKU BOLEH JADI PENULIS?

Sabtu, 4 September 2010

CITA2 YANG HARUS DILUPAKAN!

Cita-cita untuk menjadi penyanyi solo terpaksa dilupakan!

Sumpah lepas ni aku dah takkan nyanyi solo lagi depan publik.

Aku da insaf! Taknak parkinsan lagi... Haha

Sabtu, 28 Ogos 2010

KISAH ANAK MERDEKA

Dua tiga hari ini telinga-telinga aku seolah-olah merindukan sesuatu. Kebiasaannya waktu-waktu seperti ini akan kedengaran bunyi guruh-guruh di langit yang kuat namun bukannya bunyi kilat tetapi bunyi-bunyi pesawat-pesawat pejuang serta deretan-deretan helikopter yang terbang melangkaui langit tempat aku tinggal. Mereka selalunya akan berlalu di langit dua hingga ke tiga kali sehari. Ini kerana mereka mengadakan latihan untuk membuat pertunjukkan semasa Sambutan Hari Kemerdekaan nanti di Dataran Merdeka. Tiada yang boleh menghalang, maklumlah rumahku terletak berhampiran dengan dataran tersebut. Sedikit sebanyak langit rumah aku akan menjadi laluan pertunjukkan tersebut. Semasa erra jakun aku masa kecil-kecil, hampir setiap kali pesawat-pesawat itu lalu aku akan terkejar-kejar keluar dari rumah dan saksikan mereka. Sambil itu tangan ini akan menghayun-hayun sambil menjerit-jerit seolah-olah mereka mendengar akan teriakan dan melihat hayunan tangan-tangan aku. Tapi tahun ini tidak ada kapal-kapal terbang besi tersebut kerana mungkin menghormati bulan Ramadan dan sambutan tidak akan diadakan.

Apa erti merdeka pada aku? Semasa kecil merdeka pun aku tak reti nak eja inikan maksud. Tapi serasa aku, waktu itu merdeka pada aku adalah setiap kali ibu membenarkan aku bermain di luar dengan kengkawan sehingga ke lewat petang. Main bola seperti dirasuk Maradona. Tangan berlumuran lumpur mencari berudu untuk dibiakkan. Abes gatal satu badan main di semak mencari belalang untuk diletakkan dalam botol. Kehulur-kehilir dengan balang yang berisi guli untuk mencari kawan-kawan bermain dan merayap bersama lemparan kad-kad sebesar gambar poskod yang belum dileraikan untuk dijadikan permainan kad tepok. Waktu kecil aku terlalu banyak permainan yang aku main tapi itulah yang menjadikan pengalaman. Mungkin waktu itu, itulah maksud merdeka buat aku.

Semasa era persekolahan pula, banyak definisi merdeka pada aku. Yang paling utama semestinya bebas dari penjajahan. Sebab di sekolah ada belajar tentang itu. Selain itu ialah setiap kali tamat waktu persekolahan adalah merdeka pada aku. Ataupon selepas kelas guru-guru yang garang yang aku jarang buat kerja yang diberinya. Memang aku pemalas dalam bab-bab buat kerje sekolah ini. Setiap tahun membe-membe mesti dah guna dua tiga buku tapi aku satu buku itu je tak habis-habis. Tapi hari-hari yang betul-betul merdeka waktu itu ialah masa selepas tamat setiap kali peperiksaan lebih-lebih lagi peperiksaan besar. Bila pengawas sebut sahaja berhenti menulis dan hantar kertas anda masa kertas terakhir peperiksaan hati ini terus menjerit-jerit kegembiraan. Selepas itu sambung pula menjerit-jerit perkataan merdeka di luar kelas sampai ke luar sekolah. Walaupon kekadang kertas periksa buat cincai mancai je. Semasa SPM sedikit terasa hati sebab tak dapat merdeka sama masa dengan kengkawan kerana waktu itu paper terakhir adalah akaun hari Isnin. Membe-membe lain tak amek subjek akaun, hari Jumaat mereka semua dah merdeka bukan takat dari peperiksaan malah persekolahan. Pelajar-pelajar akaun sahaja yang belum merdeka. Tapi selama dua tahun aku belajar subjek tersebut seolah-olah tiada hasil kerana tamatnya peperiksaan tersebut aku hanya menghantar kertas kosong. Akibatnya aku gagal subjek tersebut. Namun aku tetap sambut kemerdekaan selepas berjaya menghabiskan peperiksaan dan menamatkan persekolahan. Menjeri-jeritlah kami menyebut MERDEKA! MERDEKA!

Dapat sahaja keputusan SPM merdeka ke mana aku kemana. Last-last tercampak dalam pengkhususan penulisan ini. Lagipon ini pilihan pertama aku masa isi borang upu yang cukup memenatkan itu. Kalau satu boleh lagi tapi nak sampai 8. Apapun aku bersyukur dapat masuk sini dan meneruskan pelajaran.

Sekarang ini aku mula sedar sedikit demi sedikit apa itu merdeka walaupun aku hanya memandei je. Bukan hanya setakat bebas dari penjajah, tapi bebas dari segala aspek. Aku juga bersyukur kerana aku hidup di tanah merdeka ini dengan aman dan harmoni. Kalau tanah ini tidak merdeka lagi, aku tak rasa masa kecil aku dapat bermain bersama kengkawan sampai lewat petang, mungkin aku takkan dapat merasai alam persekolahan dan tidak berpeluang mempelajari ilmu, juga aku tidak mungkin hidup sehingga hari ini dan sambung belajar ke peringkat teringgi. Alhamdulillah! Terima kasih Allah kerana membenarkan tanah air aku ini merdeka dan menganugerahkan keamanan dan keharmonian sesama kami.
NEGARA KITA SUDAH MERDEKA! ADAKAH KITA JUGA SUDAH?

Jumaat, 27 Ogos 2010

DIARI

Di sebuah sudut kamar yang bersepah dengan pakaian-pakaian berterabur terletak sebuah meja tulis yang mempunyai lampu mentol kecil di atasnya. Di atas meja terdapat sebuah buku nota saiz sederhana berwarna hitam dan di sebelahnya ada empat batang pen yang berlainan warna, pen biru, hitam. merah dan merah jambu. Buku sederhana berwarna hitam itu adalah sebuah buku yang digelar diari. Diari itulah yang menjadi peneman bagi seorang penulis tegar yang merakamkan kisah-kisah peribadinya dalam bentuk tulisan di dalam diari tersebut. Diari tersebut terdapat luahan rasa samada marah, sedih suka dan sebagainya. namun kebanyakan tulisannya menggunakan pen berwarna merah dan hitam.

Kehidupan penulis ini boleh dikatakan sebagai rumit serta sadis menurut pendapat penulis ini sendiri. Penulis diari bernama Syamsul ini merasakan dirinya tidak bermakna dan adakalanya seperti dia merasakan dirinya tidak dipedulikan oleh orang lain. Dia suka hidup secara bersendirian dan menulis adalah perkara yang boleh menyenangkan dirinya. Nafsunya lebih terarah untuk menulis. Segala peristiwa atau insiden yang berlaku dalam hidupnya akan dirakamkan olehnya di dalam diari tersebut. Dia sering menulis tentang kemarahannya pada dunia luar, ketidakpuashatian kepada masyarakat serta kekurangan dirinya.

Semasa menulis, dia selalu inginkan teman yang sering menemaninya iaitu sekotak rokok Nusantara hijau berharga RM3.20 yang mempunyai 12 batang di dalamnya. Selalunya jumlah itu tidak cukup untuk dirinya. Dia langsung mencapai pen hitam lalu menulis di dalam diari sambil tangan kirinya memegang batang rokok yang sedang menyala. Tajuk untuk hari ini ialah "HARI INI AKU TETAP SAMA SEPERTI SEMALAM". Penulis meluahkan rasa tidak puas hatinya pada nasib sendiri dalam menempuh kehidupan. Bagi dirinya setiap hari yang berlalu adalah sama sahaja. Tiada apa-apa perubahan yang berlaku melainkan semakin kelam. Sambil menulis itu, rokok yang disedut dalam-dalam tadi semakin hampir ke penghujung. Kadangkala penulis terfilir setelah lama dia merokok adakah hatinya sudah legam seprti kehitaman dakwat pen yang digunakannya. Setelah selesai menulis, dia membelek-belek diarinya dari muka yg paling depan sehingga ke tempat terakhir dia menulis. hampir keseluruhannya berwarna merah dan hitam. Yang dirakamnya selama ini hanyalah rasa marah dan rasa malu dan kelam dalm hidupnya. Mungkin kerana hidupnya yang kelam dan persekitaran yang hingar-bingar membuatkan dia memilih untuk menggunakan dakwat merah dan hitam lebih kerap.

Suatu hari satu perkara aneh berlaku. Secara tiba-tiba penulis memilih untuk menggunakan pen berdakwat merah jambu. Hari ini penulis merasa hatinya berbunga-bunga kerana dia seolah-olah telah menjumpai cinta yang selama ini dicari. Walaupun kesudahannya masih tidak diketahui, penulis tetap menulisnya di dalam diari tersebut. Tulisan pertamanya dalam dakwat merah jambu ialah "AKU TELAH JATUH CINTA". Setiap hari selepas itu penulis sering memerhatikan gadis tersebut yang kebetulan tinggal berhampiran dengan rumahnya. Setiap malam pen berdakwat merah jambu itulah yang akan menjadi alat untuk dia meluahkan perasaan cintanya di dalam diari. Diari itu semakin berbunga-bunga dengan ayat cita dan bukan lagi ayat-ayat kemarahan dan kebencian. Setelah lama memerhati, penulis pun cuba memberanikan diri untuk mendekati dan mengenali lebih lagi. Pada suatu petang penulis telah menjadi seorang pahlawan cinta dengan meluahkan rasanya pada gadis tersebut.

Malamnya itu, kamar penulis semakin bersepah. Kali ini, kamarnya bersepah-sepah dengan helaian-helaian kertas yang mempunyai tulisan merah jambu di atasnya. Semua helaian-helaian kertas tersebut telah dikoyak dan dironyok dan diterabukan diatas lantai kamarnya. Hatinya renyuk. Cintanya ditolak hidup-hidup. Penulis hanya terbaring di atas kati memandang siling. Malam itu, diari tersebut tidak terusik dengan tulisannya. Mood penulis seolah-olah hilang dalam kesedihan dan tiada apa yang boleh mengajaknya untuk menulis.

Lama juga penulis tidak menyentuh diari kesanyangannya. Dia sekarang cuba untuk menghadapi hidup dengan memandang segalanya positif. Penulis cuba untuk mengadapt dirinya dengan persekitaran yang selama ini dia benci. Dia cuba bangkit dari peristiwa dimana cintanya ditolak hidup-hidup dan lebih menikmati hidup. Diari itu dia tinggalkan tak terusik kerana dia mahu menjadi positif dahulu dan apabila dirinya sudah tenang dan lebih tenteram barulah dia mula menulis. Penulis mencuba bersungguh-sungguh untuk menjadi lebih baik. Dia jadikan yang semalam-semalam itu sebagai kenangan yang memberi pengalaman. Pada suatu hari yang penuh bermakna penulis telah semula menyentuh diarinya. Dia mencapai sebatang pen berdakwatkan warna biru dan mula menulis. Tajuk untuk hari ini ialah "AKU TELAH BERUBAH".