Aku bukanlah seorang Penulis
yang boleh mencatit bait-bait ayat menjadi kata-kata indah
boleh mengajak pembaca menggeledah dunia imaginasinya
dan mempercayai lafaz-lafaz tulisannya.
Aku bukanlah Penyajak
Deklamatorkan karya-karya agung dengan berkesan
penuh jiwa dan rasa yang boleh menggoncangkan perasaan
dan melahirkan semangat dalam diri seorang ke seorang.
Aku bukanlah seorang Penyanyi
bersuara emas bila mengalunkan not-not melodi lagu,
irama cinta, ketuhanan, sedih dan tawa
dengan penuh kejujuran dan keikhlasan.
Aku bukanlah Pelakon
boleh menghidupkan watak yang mati
memberi jiwa buat raga penonton
melayarkan emosi dari hati ke hati.
Aku bukanlah Pengarah
Bisa jadikan imaginasi kepada realiti
menukar tulisan menjadi cerita
membuat kisah biasa kepada penceritaan luar biasa.
Aku bukan sesiapa
Aku hanya manusia biasa
Tapi aku mahu mencuba semuanya
kerana dunia bukan untuk dibiarkan lesu
Jiwa perlu berisi dan segenap rasa perlu diselerakkan
biar dunia tahu Aku adalah Aku.
*biarpun aku tak bisa terbang untuk melihat dunia dari atas tapi sekurang-kurangnya aku akan sentiasa berpijak di atas bumi.
paan boleh jadi penyanyi!
BalasPadamsore sedap!tipu eh ko!
haha
memandei je. haha
BalasPadamok. aku suka ni. cantikk.
BalasPadam