Jumaat, 26 November 2010

MAHUKU UNTUKMU

Cuba kau lihat bintang-bintang di langit waktu malam. Cantik bukan?
Kerana itu,
Aku mahu terbang
mencari bintang-bintang
akan aku kutip satu satu
untukku hadiahkan kepada kau
agar kau simpan dalam kotak hati.

Lihat laut terbentang luas membiru. Indah bukan?
Sebab itu,
Aku mahu berenang selam
sedalam-dalamnya dasar lautan
dan membawa pulang butir mutiara
untuk ku persembahkan pada kau
di hari majlis kita.

Tapi kau dan aku tak mungkin akan bersama
Kerna langit terlalu tinggi
dan laut tersangat dalam

Kini aku mahu melihat kau bahagia
biar tak bersama aku
dan aku suka melihat kau gembira
hanya itu mahuku untukmu.

ecececeh.. haha

5 ulasan:

  1. weeewitttt!! sweet sangat! walau ada nada lara, tapi agak sweet.. malankolik di pagi hari.. =)

    BalasPadam
  2. sajak untukmu ye, paan?
    tahniah ler dari teman...
    boleh buat teman katakan yeayy! pada yeayy!

    ___________________________________________
    new entry < http://koriieleys.blogspot.com/2010/11/blog-walking.html

    BalasPadam
  3. skrg byk post entry2 puitis ni, tgh dlm nk ngorat spe2 ke?hahhaha

    BalasPadam
  4. yana: thanks. mmg saja nak lara. ahha
    ery: thanks. yeah juga utk yeay.
    ellie: suka memandei kan. haha
    diah: pehh! hebat kan. haha

    BalasPadam