Sabtu, 6 November 2010

DIA DAH LAIN DOE!

Aiman anak seorang taukeh cendol. Mungkin ramai yang dengar akan tergelak namun jangan terkejut bapak Aiman sekarang pakai kereta Proton Waja kaler biru cair dan kalau mahu dia boleh beli kereta luar negara yang lebih mahal cuma dia terlalu sayangkan negaranya sebab itu dia membeli kereta nasional bagi membantu meningkatkan ekonomi negara. Gerai yang pada mulanya hanya dimulakan di bawah pokok besar di tepi Jalan Fletcher, kini telah menjadi restauran besar dan mempunyai pekerja seramai 6 orang. Aiman tidak belajar tinggi kerana dulu kehidupan keluarganya tidak sesenang begini. Dia hanya menolong-nolong bapanya di restauran dan kini menjadi pewaris tunggal untuk restauran itu. "Bapak mau nanti bila bapak dah takde, kau ambil alih ini gerai". wasiat ayahnya. Berkat rajinnya juga dia berjaya membeli sebuah motor idamannya sejak lama iaitu Yamaha 135lc berwarna putih.

Secara tiba-tiba dengan kuasa Tuhan ketika dia duduk di kaunter menunggu kastemer datang membayar, dia ternampak di luar kedai seorang gadis berambut panjang berbaju kurung putih silver baru turun dari teksi. Gadis itu menuju masuk ke dalam kedai dan merapatinya. " Hai Aiman!" kata gadis. "Hai", jawab Aiman terpinga-pinga. " Kau tak kenal aku ke?" tanya gadis itu penuh manja. Aiman cuba mengembalikan memorinya yang dia sendiri tidak tahu berapa megabyte. Semasa kecil dia selalu termakan semut mungkin itu membuatkan dia pelupa. mungkin kerana lama menunggu respon dari Aiman terus gadis tersebut mengenalkan dirinya. " "Wei Aiman, aku ni Tieka, kita dulu selalu bermain sama-sama, sampai hati kau lupa aku." " MasyaAllah, Tieka kau dah lain! Kenapa kau dah perempuan!"

Tieka seorang gadis manja yang sering menjadi rakan permainan Aiman ketika kecil. Sungguhpun manja dia seorang yang berperangai seperti lelaki, apa sahaja yang Aiman main ketika kecil mesti dia turut serta. Mereka berdua merupakan jiran sebelah menyebelah. Kedua-dua keluarga mereka ketika itu bukanlah orang senang. Tangga merah di rumah cik Senah anak penghulu kampung dulu selalu menjadi tempat pertemuan mereka. Kerana di situlah tempat mereka dan kawan-kawan lain bermain. Tieka seorang je perempuan yang turut serta dalam geng Aiman. Tapi semasa kecil segala permainan mereka main takda rasa malu atau janggal. Kadang-kadang mereka bermain batu seremban bersama, main kad tepuk, guli, baling selipar dan ada jugak main kahwin-kahwin. Selalunya pasangan suami isteri adalah Aiman dan Tieka, yang lain semua menjadi anak-anak. sampai ada tahap tak perlu lagi nak buat lat taa li lat dah memang konfom Aiman dan Tieka akan dijadikan suami isteri. Mereka memang tidak pernah puas bermain bersama. mula-mula ramai yang ada di tangga merah tu, lepas tu makin sikit demi sikit balik sehinggalah hanya tinggal mereka berdua di tangga itu. Sampaikan cik Senah terpaksa hambat Aiman dengan Tieka balik rumah kerana sudah senja. Lepas penat bermain mereka ke gerai bapak Aiman menjamah cendol di sana. mereka hanya duduk di satu meja memandang satu sama lain sambil menikmati dalam-dalam keenakkan cendol untuk menghilangkan dahaga kehausan di tekak mereka. Satu hari Tieka bagitaw Aiman satu berita sedih. Keluarganya terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur kerana di sana ada peluang pekerjaan lebih baik. Berita itu betul-betul menjatuhkan semangat Aiman untuk terus hidup. "Tieka nak pergi, aku dah takde kawan lagi",raung hatinya. Masih ingat wajah Tieka yg sedih sangat dan mereka berdua menangis pipi basah dengan airmata. Aiman pun menghulurkan tangan dan Tieka mencapainya kami pun berjabat...kemudian jabat kami pun terlerai perlahan-lahan. itulah kali terakhir Aiman menatap wajahnya dan kali terakhir merasai kelembutan tangan manjanya.

kini setelah hampir 20 tahun, Tieka muncul kembali dalam hidup Aiman. Banyak kenangan yang mereka cipta ketika kecil dan jauh usia jarak pengalaman yang mereka ingin ceritakan. Tieka gadis kecil berambut pendek dan comel-comel dulu kini sudah besar dan makin manis dan penuh sifat kewanitaan manakala Aiman budak laki yang comot-comot ketika kecik dulu dah membesar menjadi lelaki dewasa yang lebih kemas dan matang. Setelah hampir 20 tahun, akhirnya mereka kembali makan cendol bersama di bawah pokok besar di sebelah gerai semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan