Sabtu, 20 November 2010

SEPAK TAKRAW

Sepak takraw merupakan sukan rakyat yang sangat popular bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh rantau Asia Tenggara. Sukan ini juga semakin popular di luar Asia seperti di Barat dan USA Kalau korang nak tahu sukan ini telah lama dimainkan sejak di zaman kesultanan Melayu dulu. Ada mengatakan sukan ni permainan oleh bangsa-bangsa diraja dan sukan Istana. Secara perlahan-lahan sukan ini telah menular dalam masyarakat Melayu status rakyat biasa ketika itu. Sejak dari tu sukan ni jadik hot dikalangan mereka. Dimana-mana saja ada sekumpulan anak muda yang bermain permainan ini. Nama Sepak Takraw ini telah dipersetujui untuk diberikan hasil gabungan nama meayu bagi sukan ini iaitu sepak raga dan dalam bahasa Thai ialah Takraw. Hasil persetujuan kedua-dua negara pelopor sukan ni, sukan ini telah diperkenalkan di peringkat antarabangsa dengan nama Sepak Takraw. Di Filipina ia dipanggil 'sipa', di Burma 'chinlone' dan di Laos dipanggil 'kator'. Lagak dan seni dalam permainan ini amat menghiburkan dan terpesona untuk dilihat kerana keindahan yang terdapat di dalam permainan ini.


sepak takraw zaman dolu-dolu takde kale


taiko killer M'sia dulu-dulu Uncle Adnan Saidin

tekong

skills yg tggi seorang killer sama ada merejam atau membuat blocking

rejaman pari

musuh tradisi M'sia dan Thai

seni dalam sepak takraw

trio terakhir dapat emas sukan sea kalahkan Thai

Sedih bila melihat prestasi skuad sepak takraw negara kebelakangan ini. Kalau di zaman dulu M'sia merupakan jaguh mutlak dalam sukan ini namun berjaya dipintas oleh Thailand dan mereka telah mendominasi sukan sepak takraw ini dengan begitu cemerlang dan menjadi gergasi. Sekarang ini juga kita dapat lihat negara-negara Asia lain mula bangkit dalam sukan ini seperti Korea Selatan, Jepun dan China. Kalau pasukan M'sia lepa sikit je dan tertidur maka negara-negara ini akan mudah-mudah memakan kita sedangkan kita adalah pelopor sukan ini. Lihat sahaja bagaimana kepayahan M'sia untuk melangkah ke final ketika bertemua Korea Selatan di separuh akhir sukan asia yg sedang berlangsung. Mereka terpaksa berhempas pulas untuk menewaskan pasukan yang kita sendiri menjadi cikgu untuk mereka. Belum tahu apa nasibnya M'sia di final bertemu raja sukan sepak Takraw sekarang iaitu gergasi Thailand. HARAP M'SIA AKAN MEMBUAT SEHABERS BAIK DALAM PERTEMUAN FINAL SUKAN ASIA GUANGZHOU. KAMI DOAKAN M'SIA DAPAT MEMBUAT KEJUTAN DAN MEMBAWA PULANG PINGAT EMAS DAN MERAMPAS MARUAH NEGARA KITA YANG TELAH LAMA DIHINJAK THAILAND DALAM SUKAN INI. M'SIA BOLEHH!!

P/S; harap syarikat-syarikat pembuat-pembuat filem dan semua yang terlibat dalam bidang media tv khusunya, tolong terbitkan sebuah animasi seperti anime Jepun mirip Slam Dunk dan sukan-sukan lain berkonsepkan M'sia dan terapkan mengenai sukan Sepak Takraw. Dengan cara ini dapat mengembalikan minat rakyat M'sia teruatama anak muda untuk bersepak takraw dan menambahkan bilangan pencinta sukan ini. Gua yakin kalau anime yang dibuat nanti mempunyai standard anime Jepun maka tak mustahil Sepak Takraw akan mengalami zaman 'HOT' semula.

3 ulasan:

  1. betul!! x stabil emosi tengok malaysia main! nak2 masa dengan korea dengan china!! muahahhahahaha.. hope boleh kalahkan thailand.. amin.. paan la yang buat filem macam tu one fine day.. =)

    BalasPadam
  2. Teman setuju dan yakin, Paan, dengan kata-kata kamu.
    Kalau ada pihak yang sanggup melabur membuat anime bagi sepak takraw dan sukan-sukan yang menjadi kunci kekuatan Malaysia, sudah pasti rakyat di negara kita akan tersuntik minat yang lahir dari batin mereka sendiri.

    Insya Allah.

    BalasPadam