Sabtu, 28 Ogos 2010

KISAH ANAK MERDEKA

Dua tiga hari ini telinga-telinga aku seolah-olah merindukan sesuatu. Kebiasaannya waktu-waktu seperti ini akan kedengaran bunyi guruh-guruh di langit yang kuat namun bukannya bunyi kilat tetapi bunyi-bunyi pesawat-pesawat pejuang serta deretan-deretan helikopter yang terbang melangkaui langit tempat aku tinggal. Mereka selalunya akan berlalu di langit dua hingga ke tiga kali sehari. Ini kerana mereka mengadakan latihan untuk membuat pertunjukkan semasa Sambutan Hari Kemerdekaan nanti di Dataran Merdeka. Tiada yang boleh menghalang, maklumlah rumahku terletak berhampiran dengan dataran tersebut. Sedikit sebanyak langit rumah aku akan menjadi laluan pertunjukkan tersebut. Semasa erra jakun aku masa kecil-kecil, hampir setiap kali pesawat-pesawat itu lalu aku akan terkejar-kejar keluar dari rumah dan saksikan mereka. Sambil itu tangan ini akan menghayun-hayun sambil menjerit-jerit seolah-olah mereka mendengar akan teriakan dan melihat hayunan tangan-tangan aku. Tapi tahun ini tidak ada kapal-kapal terbang besi tersebut kerana mungkin menghormati bulan Ramadan dan sambutan tidak akan diadakan.

Apa erti merdeka pada aku? Semasa kecil merdeka pun aku tak reti nak eja inikan maksud. Tapi serasa aku, waktu itu merdeka pada aku adalah setiap kali ibu membenarkan aku bermain di luar dengan kengkawan sehingga ke lewat petang. Main bola seperti dirasuk Maradona. Tangan berlumuran lumpur mencari berudu untuk dibiakkan. Abes gatal satu badan main di semak mencari belalang untuk diletakkan dalam botol. Kehulur-kehilir dengan balang yang berisi guli untuk mencari kawan-kawan bermain dan merayap bersama lemparan kad-kad sebesar gambar poskod yang belum dileraikan untuk dijadikan permainan kad tepok. Waktu kecil aku terlalu banyak permainan yang aku main tapi itulah yang menjadikan pengalaman. Mungkin waktu itu, itulah maksud merdeka buat aku.

Semasa era persekolahan pula, banyak definisi merdeka pada aku. Yang paling utama semestinya bebas dari penjajahan. Sebab di sekolah ada belajar tentang itu. Selain itu ialah setiap kali tamat waktu persekolahan adalah merdeka pada aku. Ataupon selepas kelas guru-guru yang garang yang aku jarang buat kerja yang diberinya. Memang aku pemalas dalam bab-bab buat kerje sekolah ini. Setiap tahun membe-membe mesti dah guna dua tiga buku tapi aku satu buku itu je tak habis-habis. Tapi hari-hari yang betul-betul merdeka waktu itu ialah masa selepas tamat setiap kali peperiksaan lebih-lebih lagi peperiksaan besar. Bila pengawas sebut sahaja berhenti menulis dan hantar kertas anda masa kertas terakhir peperiksaan hati ini terus menjerit-jerit kegembiraan. Selepas itu sambung pula menjerit-jerit perkataan merdeka di luar kelas sampai ke luar sekolah. Walaupon kekadang kertas periksa buat cincai mancai je. Semasa SPM sedikit terasa hati sebab tak dapat merdeka sama masa dengan kengkawan kerana waktu itu paper terakhir adalah akaun hari Isnin. Membe-membe lain tak amek subjek akaun, hari Jumaat mereka semua dah merdeka bukan takat dari peperiksaan malah persekolahan. Pelajar-pelajar akaun sahaja yang belum merdeka. Tapi selama dua tahun aku belajar subjek tersebut seolah-olah tiada hasil kerana tamatnya peperiksaan tersebut aku hanya menghantar kertas kosong. Akibatnya aku gagal subjek tersebut. Namun aku tetap sambut kemerdekaan selepas berjaya menghabiskan peperiksaan dan menamatkan persekolahan. Menjeri-jeritlah kami menyebut MERDEKA! MERDEKA!

Dapat sahaja keputusan SPM merdeka ke mana aku kemana. Last-last tercampak dalam pengkhususan penulisan ini. Lagipon ini pilihan pertama aku masa isi borang upu yang cukup memenatkan itu. Kalau satu boleh lagi tapi nak sampai 8. Apapun aku bersyukur dapat masuk sini dan meneruskan pelajaran.

Sekarang ini aku mula sedar sedikit demi sedikit apa itu merdeka walaupun aku hanya memandei je. Bukan hanya setakat bebas dari penjajah, tapi bebas dari segala aspek. Aku juga bersyukur kerana aku hidup di tanah merdeka ini dengan aman dan harmoni. Kalau tanah ini tidak merdeka lagi, aku tak rasa masa kecil aku dapat bermain bersama kengkawan sampai lewat petang, mungkin aku takkan dapat merasai alam persekolahan dan tidak berpeluang mempelajari ilmu, juga aku tidak mungkin hidup sehingga hari ini dan sambung belajar ke peringkat teringgi. Alhamdulillah! Terima kasih Allah kerana membenarkan tanah air aku ini merdeka dan menganugerahkan keamanan dan keharmonian sesama kami.
NEGARA KITA SUDAH MERDEKA! ADAKAH KITA JUGA SUDAH?

Jumaat, 27 Ogos 2010

DIARI

Di sebuah sudut kamar yang bersepah dengan pakaian-pakaian berterabur terletak sebuah meja tulis yang mempunyai lampu mentol kecil di atasnya. Di atas meja terdapat sebuah buku nota saiz sederhana berwarna hitam dan di sebelahnya ada empat batang pen yang berlainan warna, pen biru, hitam. merah dan merah jambu. Buku sederhana berwarna hitam itu adalah sebuah buku yang digelar diari. Diari itulah yang menjadi peneman bagi seorang penulis tegar yang merakamkan kisah-kisah peribadinya dalam bentuk tulisan di dalam diari tersebut. Diari tersebut terdapat luahan rasa samada marah, sedih suka dan sebagainya. namun kebanyakan tulisannya menggunakan pen berwarna merah dan hitam.

Kehidupan penulis ini boleh dikatakan sebagai rumit serta sadis menurut pendapat penulis ini sendiri. Penulis diari bernama Syamsul ini merasakan dirinya tidak bermakna dan adakalanya seperti dia merasakan dirinya tidak dipedulikan oleh orang lain. Dia suka hidup secara bersendirian dan menulis adalah perkara yang boleh menyenangkan dirinya. Nafsunya lebih terarah untuk menulis. Segala peristiwa atau insiden yang berlaku dalam hidupnya akan dirakamkan olehnya di dalam diari tersebut. Dia sering menulis tentang kemarahannya pada dunia luar, ketidakpuashatian kepada masyarakat serta kekurangan dirinya.

Semasa menulis, dia selalu inginkan teman yang sering menemaninya iaitu sekotak rokok Nusantara hijau berharga RM3.20 yang mempunyai 12 batang di dalamnya. Selalunya jumlah itu tidak cukup untuk dirinya. Dia langsung mencapai pen hitam lalu menulis di dalam diari sambil tangan kirinya memegang batang rokok yang sedang menyala. Tajuk untuk hari ini ialah "HARI INI AKU TETAP SAMA SEPERTI SEMALAM". Penulis meluahkan rasa tidak puas hatinya pada nasib sendiri dalam menempuh kehidupan. Bagi dirinya setiap hari yang berlalu adalah sama sahaja. Tiada apa-apa perubahan yang berlaku melainkan semakin kelam. Sambil menulis itu, rokok yang disedut dalam-dalam tadi semakin hampir ke penghujung. Kadangkala penulis terfilir setelah lama dia merokok adakah hatinya sudah legam seprti kehitaman dakwat pen yang digunakannya. Setelah selesai menulis, dia membelek-belek diarinya dari muka yg paling depan sehingga ke tempat terakhir dia menulis. hampir keseluruhannya berwarna merah dan hitam. Yang dirakamnya selama ini hanyalah rasa marah dan rasa malu dan kelam dalm hidupnya. Mungkin kerana hidupnya yang kelam dan persekitaran yang hingar-bingar membuatkan dia memilih untuk menggunakan dakwat merah dan hitam lebih kerap.

Suatu hari satu perkara aneh berlaku. Secara tiba-tiba penulis memilih untuk menggunakan pen berdakwat merah jambu. Hari ini penulis merasa hatinya berbunga-bunga kerana dia seolah-olah telah menjumpai cinta yang selama ini dicari. Walaupun kesudahannya masih tidak diketahui, penulis tetap menulisnya di dalam diari tersebut. Tulisan pertamanya dalam dakwat merah jambu ialah "AKU TELAH JATUH CINTA". Setiap hari selepas itu penulis sering memerhatikan gadis tersebut yang kebetulan tinggal berhampiran dengan rumahnya. Setiap malam pen berdakwat merah jambu itulah yang akan menjadi alat untuk dia meluahkan perasaan cintanya di dalam diari. Diari itu semakin berbunga-bunga dengan ayat cita dan bukan lagi ayat-ayat kemarahan dan kebencian. Setelah lama memerhati, penulis pun cuba memberanikan diri untuk mendekati dan mengenali lebih lagi. Pada suatu petang penulis telah menjadi seorang pahlawan cinta dengan meluahkan rasanya pada gadis tersebut.

Malamnya itu, kamar penulis semakin bersepah. Kali ini, kamarnya bersepah-sepah dengan helaian-helaian kertas yang mempunyai tulisan merah jambu di atasnya. Semua helaian-helaian kertas tersebut telah dikoyak dan dironyok dan diterabukan diatas lantai kamarnya. Hatinya renyuk. Cintanya ditolak hidup-hidup. Penulis hanya terbaring di atas kati memandang siling. Malam itu, diari tersebut tidak terusik dengan tulisannya. Mood penulis seolah-olah hilang dalam kesedihan dan tiada apa yang boleh mengajaknya untuk menulis.

Lama juga penulis tidak menyentuh diari kesanyangannya. Dia sekarang cuba untuk menghadapi hidup dengan memandang segalanya positif. Penulis cuba untuk mengadapt dirinya dengan persekitaran yang selama ini dia benci. Dia cuba bangkit dari peristiwa dimana cintanya ditolak hidup-hidup dan lebih menikmati hidup. Diari itu dia tinggalkan tak terusik kerana dia mahu menjadi positif dahulu dan apabila dirinya sudah tenang dan lebih tenteram barulah dia mula menulis. Penulis mencuba bersungguh-sungguh untuk menjadi lebih baik. Dia jadikan yang semalam-semalam itu sebagai kenangan yang memberi pengalaman. Pada suatu hari yang penuh bermakna penulis telah semula menyentuh diarinya. Dia mencapai sebatang pen berdakwatkan warna biru dan mula menulis. Tajuk untuk hari ini ialah "AKU TELAH BERUBAH".

Situasi sekarang

kera di hutan terhegeh-hegeh disusukan tapi anak di rumah mati kebulur!!!

tapi sekarang ini "kera" semakin melampau! sanggup melempar taik kepada yang membantunya sebelum ini. membakar pakaian rasmi yang menjadi kebanggaan di tiang-tiang tersergam.
kemana letaknya nilai persahabatn. nilai kebersamaan. semuanya hilang dibawa arus penipuan, arus kemarahan serta kesesatan.

pemakai-pemakai kad pengenalan Malaysia sedang buat apa? masih menonton sinetron?

nota lutut: segala ubat ada penawar dan segala masalah ada penyelesaian. pilih yang terbaik.

Khamis, 12 Ogos 2010

alkisah bulan pose

esok masuklah bulan ramadhan al mubarak. seperti ramai tahu bulan ramadhan bulan berpose. tahun nie juga Ja'ah berura-ura tok berubah dan ingin berpose penoh pada edisi kali nie. "tahun nie ak nak pasang niat klu boleh ak nak pose penoh xnak jd cam edisi2 yg lepas", bisiknya dalam hati. namun bg orang2 yang berpengalaman dalam berponteng pose nie, untuk melaksanakan pose penoh bagi mereka adalah sesuatu yang amat payah.
"wei Ja'ah, ko tok sah semangat sgt wei! nak pose penoh konon...ak da kenal ko lama kot," sindir rakan-rakannya.
tapi kali nie Ja'ah seolah-olah sangat istiqamah untuk berpose penoh. dye cuba untuk berlatih berpose dengan penoh semangat. akhirnya hari pose pon tiba. seperti biasa paginya tue sebelom azan subuh Ja'ah berssahur. lepas melantak sahur, Ja'ah pun terus mentelentangkan badannya atas katil pastu tidur semula. "ak harap dengan bersahur nie ak dapat menahan lapar satu ari esok nnt bole pose penoh" katanya pada diri sendiri.
" Ja'ah! wei bangun wei ak nak pegi beli makan nie. ko nak ikut x"?
"Takpe arr wei ak pose arr ari nie. ko nak pegi, pegi jelah." Ja'ah menolak tawaran.
semua rakan2 lain Ja'ah mmg x berpose. dia seorang je yg berpose. kemudian Ja'ah teringat org kata masa pose x baik tido lama2 nnt makruh. Ja'ah pun bangkit dr tidurya dan kemudian terus mandi dalam tandas yg da lama x bercuci. selepas basah mandi, dia keluar dari bilik air then ternampak rakan2nya yg lain sedang enak makan makan depan mata. memang menyirap dada Ja'ah. tp nak wat camne da membe2 lama kan. tapi bukan tu yg betul membuat jiwanya tersiksa tp dia merasa tertekan lebey ble nampak kawan dia yg sedang kusyuk melayan asap2 setan. dahla rokok feveret pulak tue. tp dye terpaksa gak menahan siksa tue.
"wei meh arr join skali. ko tak yah nak jadi baik sgt wei. gelabah.haha."
Ja'ah hanya wat xtaw je ngan ajakan membe setan dia tue. hari pun semakin berusia. dr pagi ke tegh hari pastu petang. petang tue Ja'ah pegi ke bazar ramadhan yg femes kat kl nie kat jln raja alang di kg baru. macam2 yang dye beli. mmg niat dlm ati nak balas dendam sepanjang satu ari x berpose nie. memang perangai cam budak2 maklumlah jarang berpose. selepas tersengguk-sengguk tggu azan maghrib akhirnya kul 7.30 malam, azan pun berkumandang. Ja'ah dengan segera membaca doa dan teros melantak. orang kata x baik melwat-lewatkan berboke. melantak lah Ja'ah macam da sebulan x berpose.
selepas abes berboke, Ja'ah merasakan dirinya betul2 telah berjaya mencapai kejayaan g sangat besar baginya. setelah lama x berpose akhirnya pada hari tersebut, dye berjaya berpose. tp dalam keriangan sorang2 tue tetibe Ja'ah tersentak dan termenong seketika. satu soalan yang sangat2 kontroversi telah menyentak sanubari dia. soalan tue tetiba muncul dalam pemikiranya dye.
" Aku dah mandi wajib ke semalam?" soalnya sendiri dalam hati.

Rabu, 4 Ogos 2010

SUNGAI KOTOR

Asal sungai tue bersih
tp yg berkubang di dalamnya yg kotor
kesannya, pada ramai yg lain.

Isnin, 2 Ogos 2010

I FELL IN LOVE WITH UR MOM

nie tajuk tok keje miss putri genre study. i've to do a storyline for ROMCOM genre. it would be easy if she want it in BM but i've to write in english. my english is bad actually. nie pon i do it in last minit before go to class. last2 sbbkan terlalu lama presentation from my other classmate, i've to postpone my presentation next week but in more detail. payah tue!!!haha. sape suh segan sgt td xnak present. btw ROMCOM means romantic comedy. in my story proposal, kene ad unsur2 romantik dan komedi. dahla x romantik x komedi lak tue my character...haha. kata ass9ment so kene wat jelah. this story is about adam which is be frend wit tony and at the same time fall in love wit tony mom named margaret. dr situlah bermulalah kisah mereka, bagaimana sama ad romantik ke x? komedi ke x? saksikan di pawagam anda yg berdekatan lg 10 tahun akan datang...haha

nota lutut: asal ak tulis camnie? haha