Jumaat, 27 Ogos 2010

DIARI

Di sebuah sudut kamar yang bersepah dengan pakaian-pakaian berterabur terletak sebuah meja tulis yang mempunyai lampu mentol kecil di atasnya. Di atas meja terdapat sebuah buku nota saiz sederhana berwarna hitam dan di sebelahnya ada empat batang pen yang berlainan warna, pen biru, hitam. merah dan merah jambu. Buku sederhana berwarna hitam itu adalah sebuah buku yang digelar diari. Diari itulah yang menjadi peneman bagi seorang penulis tegar yang merakamkan kisah-kisah peribadinya dalam bentuk tulisan di dalam diari tersebut. Diari tersebut terdapat luahan rasa samada marah, sedih suka dan sebagainya. namun kebanyakan tulisannya menggunakan pen berwarna merah dan hitam.

Kehidupan penulis ini boleh dikatakan sebagai rumit serta sadis menurut pendapat penulis ini sendiri. Penulis diari bernama Syamsul ini merasakan dirinya tidak bermakna dan adakalanya seperti dia merasakan dirinya tidak dipedulikan oleh orang lain. Dia suka hidup secara bersendirian dan menulis adalah perkara yang boleh menyenangkan dirinya. Nafsunya lebih terarah untuk menulis. Segala peristiwa atau insiden yang berlaku dalam hidupnya akan dirakamkan olehnya di dalam diari tersebut. Dia sering menulis tentang kemarahannya pada dunia luar, ketidakpuashatian kepada masyarakat serta kekurangan dirinya.

Semasa menulis, dia selalu inginkan teman yang sering menemaninya iaitu sekotak rokok Nusantara hijau berharga RM3.20 yang mempunyai 12 batang di dalamnya. Selalunya jumlah itu tidak cukup untuk dirinya. Dia langsung mencapai pen hitam lalu menulis di dalam diari sambil tangan kirinya memegang batang rokok yang sedang menyala. Tajuk untuk hari ini ialah "HARI INI AKU TETAP SAMA SEPERTI SEMALAM". Penulis meluahkan rasa tidak puas hatinya pada nasib sendiri dalam menempuh kehidupan. Bagi dirinya setiap hari yang berlalu adalah sama sahaja. Tiada apa-apa perubahan yang berlaku melainkan semakin kelam. Sambil menulis itu, rokok yang disedut dalam-dalam tadi semakin hampir ke penghujung. Kadangkala penulis terfilir setelah lama dia merokok adakah hatinya sudah legam seprti kehitaman dakwat pen yang digunakannya. Setelah selesai menulis, dia membelek-belek diarinya dari muka yg paling depan sehingga ke tempat terakhir dia menulis. hampir keseluruhannya berwarna merah dan hitam. Yang dirakamnya selama ini hanyalah rasa marah dan rasa malu dan kelam dalm hidupnya. Mungkin kerana hidupnya yang kelam dan persekitaran yang hingar-bingar membuatkan dia memilih untuk menggunakan dakwat merah dan hitam lebih kerap.

Suatu hari satu perkara aneh berlaku. Secara tiba-tiba penulis memilih untuk menggunakan pen berdakwat merah jambu. Hari ini penulis merasa hatinya berbunga-bunga kerana dia seolah-olah telah menjumpai cinta yang selama ini dicari. Walaupun kesudahannya masih tidak diketahui, penulis tetap menulisnya di dalam diari tersebut. Tulisan pertamanya dalam dakwat merah jambu ialah "AKU TELAH JATUH CINTA". Setiap hari selepas itu penulis sering memerhatikan gadis tersebut yang kebetulan tinggal berhampiran dengan rumahnya. Setiap malam pen berdakwat merah jambu itulah yang akan menjadi alat untuk dia meluahkan perasaan cintanya di dalam diari. Diari itu semakin berbunga-bunga dengan ayat cita dan bukan lagi ayat-ayat kemarahan dan kebencian. Setelah lama memerhati, penulis pun cuba memberanikan diri untuk mendekati dan mengenali lebih lagi. Pada suatu petang penulis telah menjadi seorang pahlawan cinta dengan meluahkan rasanya pada gadis tersebut.

Malamnya itu, kamar penulis semakin bersepah. Kali ini, kamarnya bersepah-sepah dengan helaian-helaian kertas yang mempunyai tulisan merah jambu di atasnya. Semua helaian-helaian kertas tersebut telah dikoyak dan dironyok dan diterabukan diatas lantai kamarnya. Hatinya renyuk. Cintanya ditolak hidup-hidup. Penulis hanya terbaring di atas kati memandang siling. Malam itu, diari tersebut tidak terusik dengan tulisannya. Mood penulis seolah-olah hilang dalam kesedihan dan tiada apa yang boleh mengajaknya untuk menulis.

Lama juga penulis tidak menyentuh diari kesanyangannya. Dia sekarang cuba untuk menghadapi hidup dengan memandang segalanya positif. Penulis cuba untuk mengadapt dirinya dengan persekitaran yang selama ini dia benci. Dia cuba bangkit dari peristiwa dimana cintanya ditolak hidup-hidup dan lebih menikmati hidup. Diari itu dia tinggalkan tak terusik kerana dia mahu menjadi positif dahulu dan apabila dirinya sudah tenang dan lebih tenteram barulah dia mula menulis. Penulis mencuba bersungguh-sungguh untuk menjadi lebih baik. Dia jadikan yang semalam-semalam itu sebagai kenangan yang memberi pengalaman. Pada suatu hari yang penuh bermakna penulis telah semula menyentuh diarinya. Dia mencapai sebatang pen berdakwatkan warna biru dan mula menulis. Tajuk untuk hari ini ialah "AKU TELAH BERUBAH".

8 ulasan:

  1. bapak panjang.
    malas gua nak baca.

    BalasPadam
  2. nnt da rajin dtg balik baca aw.
    (klu rajin arr)

    BalasPadam
  3. penulis yang dah berubah kemudiannya terus mengubah rupa paras blognya juga :p

    BalasPadam
  4. penulis tu jatuh cinta then guna pen dakwat merah jambu?? macam simbolik di situ.. bagus gaya oenulisan anda, saya x mampu jadi sehebat anda.. =(

    BalasPadam
  5. gila paan,
    makin luas blog kau makin panjang kau tulis (macam hipotesis)

    BalasPadam
  6. diah: manusia berubah. so ak pon nak gak.
    yana: salah tue. saya yg x mampu sehebat anda. anda da memamng hebat.
    aimi: taw lah dloo budak sains tulen...haha

    BalasPadam
  7. hahahaa paan aytmu....menyentuh perasan kakaakakaaa

    BalasPadam
  8. maaf klu hatimu tersentuh xde niat...hahahaha

    BalasPadam