Dua tiga hari ini telinga-telinga aku seolah-olah merindukan sesuatu. Kebiasaannya waktu-waktu seperti ini akan kedengaran bunyi guruh-guruh di langit yang kuat namun bukannya bunyi kilat tetapi bunyi-bunyi pesawat-pesawat pejuang serta deretan-deretan helikopter yang terbang melangkaui langit tempat aku tinggal. Mereka selalunya akan berlalu di langit dua hingga ke tiga kali sehari. Ini kerana mereka mengadakan latihan untuk membuat pertunjukkan semasa Sambutan Hari Kemerdekaan nanti di Dataran Merdeka. Tiada yang boleh menghalang, maklumlah rumahku terletak berhampiran dengan dataran tersebut. Sedikit sebanyak langit rumah aku akan menjadi laluan pertunjukkan tersebut. Semasa erra jakun aku masa kecil-kecil, hampir setiap kali pesawat-pesawat itu lalu aku akan terkejar-kejar keluar dari rumah dan saksikan mereka. Sambil itu tangan ini akan menghayun-hayun sambil menjerit-jerit seolah-olah mereka mendengar akan teriakan dan melihat hayunan tangan-tangan aku. Tapi tahun ini tidak ada kapal-kapal terbang besi tersebut kerana mungkin menghormati bulan Ramadan dan sambutan tidak akan diadakan.
Apa erti merdeka pada aku? Semasa kecil merdeka pun aku tak reti nak eja inikan maksud. Tapi serasa aku, waktu itu merdeka pada aku adalah setiap kali ibu membenarkan aku bermain di luar dengan kengkawan sehingga ke lewat petang. Main bola seperti dirasuk Maradona. Tangan berlumuran lumpur mencari berudu untuk dibiakkan. Abes gatal satu badan main di semak mencari belalang untuk diletakkan dalam botol. Kehulur-kehilir dengan balang yang berisi guli untuk mencari kawan-kawan bermain dan merayap bersama lemparan kad-kad sebesar gambar poskod yang belum dileraikan untuk dijadikan permainan kad tepok. Waktu kecil aku terlalu banyak permainan yang aku main tapi itulah yang menjadikan pengalaman. Mungkin waktu itu, itulah maksud merdeka buat aku.
Semasa era persekolahan pula, banyak definisi merdeka pada aku. Yang paling utama semestinya bebas dari penjajahan. Sebab di sekolah ada belajar tentang itu. Selain itu ialah setiap kali tamat waktu persekolahan adalah merdeka pada aku. Ataupon selepas kelas guru-guru yang garang yang aku jarang buat kerja yang diberinya. Memang aku pemalas dalam bab-bab buat kerje sekolah ini. Setiap tahun membe-membe mesti dah guna dua tiga buku tapi aku satu buku itu je tak habis-habis. Tapi hari-hari yang betul-betul merdeka waktu itu ialah masa selepas tamat setiap kali peperiksaan lebih-lebih lagi peperiksaan besar. Bila pengawas sebut sahaja berhenti menulis dan hantar kertas anda masa kertas terakhir peperiksaan hati ini terus menjerit-jerit kegembiraan. Selepas itu sambung pula menjerit-jerit perkataan merdeka di luar kelas sampai ke luar sekolah. Walaupon kekadang kertas periksa buat cincai mancai je. Semasa SPM sedikit terasa hati sebab tak dapat merdeka sama masa dengan kengkawan kerana waktu itu paper terakhir adalah akaun hari Isnin. Membe-membe lain tak amek subjek akaun, hari Jumaat mereka semua dah merdeka bukan takat dari peperiksaan malah persekolahan. Pelajar-pelajar akaun sahaja yang belum merdeka. Tapi selama dua tahun aku belajar subjek tersebut seolah-olah tiada hasil kerana tamatnya peperiksaan tersebut aku hanya menghantar kertas kosong. Akibatnya aku gagal subjek tersebut. Namun aku tetap sambut kemerdekaan selepas berjaya menghabiskan peperiksaan dan menamatkan persekolahan. Menjeri-jeritlah kami menyebut MERDEKA! MERDEKA!
Dapat sahaja keputusan SPM merdeka ke mana aku kemana. Last-last tercampak dalam pengkhususan penulisan ini. Lagipon ini pilihan pertama aku masa isi borang upu yang cukup memenatkan itu. Kalau satu boleh lagi tapi nak sampai 8. Apapun aku bersyukur dapat masuk sini dan meneruskan pelajaran.
Sekarang ini aku mula sedar sedikit demi sedikit apa itu merdeka walaupun aku hanya memandei je. Bukan hanya setakat bebas dari penjajah, tapi bebas dari segala aspek. Aku juga bersyukur kerana aku hidup di tanah merdeka ini dengan aman dan harmoni. Kalau tanah ini tidak merdeka lagi, aku tak rasa masa kecil aku dapat bermain bersama kengkawan sampai lewat petang, mungkin aku takkan dapat merasai alam persekolahan dan tidak berpeluang mempelajari ilmu, juga aku tidak mungkin hidup sehingga hari ini dan sambung belajar ke peringkat teringgi. Alhamdulillah! Terima kasih Allah kerana membenarkan tanah air aku ini merdeka dan menganugerahkan keamanan dan keharmonian sesama kami.
NEGARA KITA SUDAH MERDEKA! ADAKAH KITA JUGA SUDAH?
apa erti merdeka??? bebas dari segala penjajahan sama ada minda dan fizikal.. ni teori yana je, sudah lupa tapi x pernah lupa tarikh kemerdekaan negara. sangat geram dengan indonesia yg sengaja mencetuskan perbalahan... =(
BalasPadammasing2 ada pandangan sendiri tntg maksud merdeka. klu itu yg yana rasa itulah dia.
BalasPadamjgn dilayan mat2 indon tue. kita benci mereka tp takkan kita juga nak jadi seprti mereka kan. :)