Isnin, 8 November 2010

CUBAAN MENCARI GITAR

Paan(bkn nama sebenar) sungguh bersemangat di hari Isnin yang indaj ini. Secara tiba-tiba dia terus mengajak adek lelakinya untuk menemannya ke sebuah kedai alat muzik bernama Do Re Mi. Dengan berbekalkan semangat dan kesungguhan dia telah memaksa adeknya untuk turut serta. Dia telah mengorek semula duit raya yang dikumpulnya dahulu. Sebenarnya duit tu dia nak gunakan untuk membeli fon baru tapi tak berkesempatan. Dia mencapai rm200 sebagai bekalan. Mereka pun merempit ke kedai muzik tersebut. Masuk saja kedai paan disambut oleh seorang brader yang lebih pendek dari dia. "Adek, nak carik pe?" tnye bandek(brader+pendek) nie. " Saya nak carik gitar arr bang". jawab paan dengan comel. "Kau nak gitar apa? gitar karan ke gitar akustik?" bandek terus menanya. " Kalau boleh saya nak akustik je bang." paan terus buat muka comel. " kau punya bajet bape"?. bandek bertanya. Paan mennjawab lesu, "Adalah dalam rm200." "hahaha! memang tak dapat arr dek. sini semua paling murah pun RM400." sambil buat muka palat. paan rasa sangat-sangat malu dan tertekan. Modal yang dibawa hanya rm200 tapi gitar yang ada lebih dari kemampuan. Paan cuba carik gitar second hand tapi bandek kata takde. Hancur luluh impian dia untuk memiliki gitar hari ini dan lebih memilukan semasa kejadian berlaku kedai tersebut sedang memasang lagu Ella yang berbunyik "hati ini hancur dan luluh keranamu"! serius tak tipu. Cubannya untuk memiliki gitar hari ini tidak berhasil harapannya hampa. Mungkin di lain kali! SHIT!

P/S: org nak ada gitar dia pun nak ada gitar! tak sedar diri modal ciput nak masuk kedai mahal-mahal. Gitar, mungkin kita akan bersama di lain kali... :(

7 ulasan:

  1. "bandek(brader+pendek)"
    x baik! lempang laju2 kang! xpe2, usaha lagi simpan duit k?? rasa nak lempang gak bandek tu bila dia cakap, "hahaha! memang tak dapat arr dek. sini semua paling murah pun RM400."

    BalasPadam
  2. xnak arr simpan duit lagi...memang bajet nak yg bawah rm200...je. bukan reti main pun baru nak geli-geli....beli yg murah2 je...hehe

    BalasPadam
  3. tak pa paan...
    semangat hang dan diiringi doa
    sahabat-sahabat kita akan membuahkan hasil untuk pencarian dan penantian hang tu.
    pasti berbaloi bila hang usaha dan berjaya...

    Chaiyok!! dari aku : )

    BalasPadam