Ahad, 13 Mac 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Tengah hari tadi saya berkesempatan untuk menonton filem epik Hikayat Merong Mahawangsa. Kegusaran mendapatkan tempat kerana tayangan akan bermula pukul 12.45 tapi kelewatan beberapa minit hanyalah sandiwara. Bilangan penonton kali ni tidak seramai dan seGah masa saya menonton hantu kak limah di pawagam yang sama. Pawagam tidak penuh bahkan banyak lagi kerusi yang terbiar kosong.

Secara keseluruhan, untuk filem epik pertama Malaysia, filem Hikayat Merong Mahawangsa ini bolehlah dibanggakan. Yusry bijak mengarah filem ini sehingga mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan. Filem ini tidaklah membosankan perjalanan ceritanya. Namun terdapat beberapa kekurangan yang boleh diperbaiki. Penggunaan cgi sangat berkesan untuk filem ni walaupun terdapat beberapa kekurangan. Ini bukan Hollywood yang kita boleh harapkan lebih dari apa yang Yusry buat. Cgi yang kurang menarik ialah semasa awal-awal babak pertempuran semasa Puak Geruda menyerang kawasan persinggahan Rom dan China. Babak-babak seperti kapal terbakar, kapal karam dan lain2, sedikit kurang menarik dan tidak sempurna. Namun harus dipuji. Walaupun begitu aksi-aksi pertempuran samada berlawan menggunakan pedang atau tenaga semata sangat berkesan. Saya suka dengan koreografi pertempuran dan aksi-aksi yang ditunjukkan dalam babak-babak pergaduhan. Tetapi satu yang saya kurang suka ialah pengakhiran bagi babak-babak pergaduhan yang kurang sempurna dan terlalu mudah. Bayangkan lanun Geruda yang masih ramai semasa cuba mendapatkan Merong di atas menara kayu, mereka menjatuhkan menara itu dan secara tiba-tiba semuanya rebah ke bumi. Selain itu, babak-babak pergaduhan memang sangat berkesan.

Penggunaan pemuzik-pemuzik professional dari Philharmonic Orchestra Malaysia sangat memberi kesan kepada filem ini. Skor muziknya menarik dan mempunyai jiwa yang selari dengan setiap babak yang dilakonkan. Yusry berjaya mensynchornisekan muzik dengan setiap babak dengan berkesan. Begitu juga dengan sound efek ataupun kesan bunyi.

Pelakon-pelakon dalam Filem ini juga sangat menjiwai watak. PEmilihan-pemilihan pelakon sangat bersesuaian dengan watak yang diberikan. dialog-dialog yang diucapkan juga menarik dan berbunga-bunga. Saya rasa lebih baik memasarkan filem tersebut dalam skala bahasa Melayu yang dipasarkan di negara kita daripada memasarkan dalam bahasa inggeris. Ada satu scene yang mata saya dapat menangkap dengan baik ialah semasa Puteri China sedang mandi dalam kolah. Fuhyoo nampak kot. HAHA.

Konklusinya, filem ini boleh dibanggakan. Saya cadangkan siapa yang belum tengok, harus menontonnya di pawagam. Daripada 10 bintang saya bagi 8 bintang. Gudjob Yusry dan angkatan-angkatan krewnya. TAHNIAH!

Zine

SURAT TAK RASMI ni aku tulis
khas buat kau GADIS BERTOPANG.
Maafkan, kali pertama aku lihat kau aku terbuat DOSA-DOSA GRATIS.

Selasa, 8 Mac 2011

NYONYA

Hari ni gua singgah ke kedai runcit cina sebelah kedai runcit india. Petang tadi gua masuk jap kedai runcit India tu nak beli bola tennis. "Main roundres ha?" tanya ane tu. " Ha'ah, u pun ada main jugak"? jawab gua sambil melontarkan soklan. " Doloo kicik-kicik saya ada main juga". jawabnya. Gua pun tinggalkan 80sen yang selebihnya Diah yang bayar. RM2.80sen semuanya.

Malam ni gua makan kedai kayu yang gua lepak ngan dak kelas petang tadi. Gua tak makan. Minum kopi tarik je. Kaw cam lancaw. Tengok sorang kawan kelas gua makan nasi goreng tomyam buat gua teringin. Makan malam tadi gua melempiaskan nafsu teringin gua untuk makan nasi tu. Memang sedap. Lepas dah makan dan mengurangkan tempoh sisa hidup gua dengan menghisap asap maut, gua menuju ke kedai runcit cina tu yang jarang sekali gua singgah. Kedai runcit india tu mengatasi populariti.

Gua nak bayar duit keropok buatan Kelantan tapi nyonya tu suh tunggu kejap. Ingat nak habiskan urusan jual beli dengan Idham. Kemudian dia capai jugak gua punya RM2. Masa gua nak ambik baki 40sen dia suh kejap lagi. Tiba-tiba dia letak newspaper atas meja sambil tunjuk muka seseorang. Gua hanya nampak gamba orang dengan tulisan mandarin. Nyonya tu diam. Mungkin dia nampak muka gua macam pakwe Cina hensem dia muda-muda dulu. Gua dengan Idham hanya terpaku melihat newspaper tu. Mata kami terdiam. Akhirnya Nyonya tu menerangkan kepada kami alkisah dalam newspaper tu. " Dloo dia ni gemok! Skang haa dia jumpa doktor ni dia sudah kurus. Dia Melayu maa!" terang nyonya tu satu-satu kepada kami. " Dia masukkan ni bende dalam perot dengan air garam, nanti lagi satu tahun dia bukak sudah boleh potong berat badan. Ni laki May tahun lepas dia taruk sikalang dia bukak sudah hilang 40kg woah!" terang Nyonya tu lagi. Gua hanya boleh mengangguk. Gua cuba carik alasan supaya Nyonya tu berhenti. " Lu tengok sikalang dia sudah kurus. Dloo dia 135 kg. Sikalang sudah kurus, manyak ensem," nyonya tu berusaha menyakinkan gua. " Okeylah auntie, nanti gua cuba. Terima kasih." tutup gua dalam perbualan tu. Lepas tu gua ngan Idham pun beredar dari kedai tu. Jauh sikit dari kedai tu kitorang gelak lekek-lekek. Gua janji nak post hal ni dalam blog. Gua tunaikan janji.

*Nyonya! Terima kasih concern kat gua.

Ahad, 6 Mac 2011

Menanti Siang

Malam,
ku menyelusuri denai-denai angan
menciptakan imaginasi sendiri
untuk bekalan di hari esok.

Malam,
ku lihat bulan ku sudah ingatkan matahari
ku lihat bintang telah ku kenangkan awan
esok penentu hari seterus ku.

Malam,
untuk ku menggeledah seluruh almari mimpi

Siang,
aku mahu merencana segenap usaha.

Apa yang boleh ku harapkan, moga di hujung siang nanti akan ada pelangi.

Jumaat, 4 Mac 2011

DRAMA DARJAH LIMA

Pian yang berbadan besar ni memang lah sangat tak betul perangainya. Dapat-dapat pulak jika dia bersama tiga rakan pengawasnya yang lain ditambah rakan-rakan laki sekelas yang lain. HAri ini merupakan hari jamuan kelas bagi kelas 5S. Kelas 5S merupakan kelas pertama di sekolah rendahnya yang motonya 'Usaha Tangga Kejayaan.' Dia masuk ke kelas ini bukan sebab dia pandai tetapi atas sebab dia pandai membuat muka comel sehingga cikgu ingat dia pandai. Seperti biasa bila sahaja ada jamuan, setiap orang akan menyumbang walaupun tak banyak tapi sikit-sikit tetap ada. Walaupun hanya menyumbangkan nama dalam kehadiran dalam jamuan kelas tersebut. Pian selalu sahaja menyusahkan maknya meminta untuk memasak sesuatu untuk dibawa ke kelas.

Sebelum mulanya jamuan, penuh satu meja makanan yang dibawa oleh semua. Klishenya seperti KFC dan selalunya KFC disponsor oleh rakan Pian yang digelar oleh Pian sebagai Kak Pah. Dalam sekelip mata, sebab Pian punya mata masuk habuk kejap kebil kejap kelip, makanan diselubung rakan-rakan termasuk Pian seperti seramaian lalat menghurung taik. Masa berlalu pantas dan jamuan pun seolah-olah akan berakhir. Lelaki hanya boleh diharap untuk makan tapi bila sampai part mengemas memang payah. Bukan apa sebab lelaki mempunyai ego dan menjaga komitmen sebagai seorang lelaki sejati. Kemas mengemas ni kerja pompuan.

Tapi kalau soal bab membuat sepah itu boleh diterima pakai. Mulanya hanya Pian dan dua tiga rakannya yang lain sahaja yang mula membuat kerja merapu. Habis dicampurnya lebihan-lebihan sos yang mak Pian bekalkan untuk dicicah dengan cucur udang tadi dengan sisa-sisa air berkarbonat botol besar. Dengan tetibe lebey ramai lagi budak-budak laki yang mula join kerja merapu tu hingga ada sampai yang minum air campuran Jamu Mak JAnda tu. Bukan itu sahaja, malah mereka turut menjadi macam monyet yang sedang menyepahkan segala sisa makanan yang ada diatas meja. Main baling-baling kulit kacang cap tangan, ada juga cap Ngan Yin.

Kerja-kerja monyet mereka tadi tidak disenangi oleh gadis-gadis kelas pandai yang bukan semuanya boleh bergurau. Gadis-gadis tu mula memarahi mereka terutama kepada Pian kerana dialah kepala kepada monyet-monyet yang lain. Tapi Pian hanya buat cool beruk dia. Nak dijadikan cerita ada seorang gadis ni namanya Asma yang betul-betul marah dengan budak-budak lelaki monyet tu. Maybe sebab dia lah in charge dalam bab2 cleaning kelas ni. dia betul-betul marah tapi Pian still cool cuma ada seorang budak laki ni yang tetibe terasa dan naik hangin dengan Asma. Nama dia Futra, dia dan Asma sebenarnya rapat. Tapi semasa sedang Asma memarahi budak-budak laki tu semua, Futra juga ada di kalangan budak-budak laki. Futra sedikit terguris dan tidak sangka rakan rapatnya Asma meninggikan suara kepada dia. Futra mula menangis dan semasa sekolah rendah budak lelaki menangis adalah perkara biasa. Bukan apa mengikut Sains, lelaki lebih lambat matang dari perempuan tetapi mengikut teori Pian perempuan banyak menangis dari lelaki.

Terjadilah scene kejar mengejar diantara Asma dan Futra tetapi bukan di dalam hujan renyai-renyai tetapi di dalam tangisan hujan air mata kedua-dua belah pihak. Asma cuba memujuk Futra yang merajuk sambil menangis sehinggakan Asma turut serta menangis. Tapi Pian still cool dan setitik pun air mata dia tidak jatuh melihat keadaan itu melainkan titik air liur sebab cuba menahan gelak sampai tersembur sembur. Keadaan seolah-olah tidak terkawal time tu. Semua boleh nampak yang Futra memang betul-betul makan hati. Asma langsung tak dapat berbuat apa-apa walaupun sama-sama menitiskan air mata. " Maafkan aku Futra, aku tak sengaja. Janganlah macam ni." rayu Asma. " HUH! Balik ni aku nak BUNUH DIRI! Kau takkan jumpa aku esok!" ugut Futra. Selepas itu sesi persekolahan tamat. Masing-masing menatap muka Futra yang berjalan keluar dari kelas, manalah tahu mungkin itu kali terakhir akan menatap wajah Futra. Sementara itu, Asma terus-terussan menangis dan dipujuk oleh rakan-rakan gadis yang lain. Pian terus membuat muka cool dan perlahan-lahan meninggalkan kelas untuk pulang takut nanti dia diminta tunggu untuk mengemas kelas.

Keesokan pagi. Pian dan rakan-rakan lain sangat risau dengan Futra. Futra punya bayang langsung tak nampak. JAm sudah hampir menyuruh sesi persekolahan bermula. Paling risau diantara mereka semestinya Asma. Hampir saja loceng berbunyi, kelibat Futra kelihatan sedang terkejar-kejar kerana sedar dirinya lewat. Muka lega jelas terpancar di muka Asma dan rakan-rakan yang lain. Mereka pun berbaris di balkoni kelas untuk menyanyikan lagu Negaraku.

~ SEKIAN ~

*setakat makan panadol dengan air coke takkan bawak mati der. FYI, Futra tu sampai sekarang masih bernyawa dan sihat walafiat.