Khamis, 22 September 2011

Seloka Rumah Kita

Seloka Rumah Kita

Naikkan tiang bina rumah

Empat serinya tiang tersergam

Pacak satu-satu dalam dalam

Supaya rumah tak bergoyang

Dalamnya dihias berseri-seri

Langsirnya berwarna warni

Serba cantik serba indah

Rumah yang kita bina bersama

Berkat ilmu yang cikgu beri

Rumah siap indah sekali

Belas-belas jumlah penghuni

Masing-masing perangai sendiri

Halaman rumah kita serikan

Sukan rakyat kita meriahkan

Riuh tawa gelak sakan

Hati senang tawa riang

Ribut petir taufan pula datang

Rumah bergoyang dari dalam

Puting beliung keliling rumah

Penghuninya lari berkeliaran

Syukur Tuhan rumah tak runtuh

Angin yang kuat dapat bertahan

Tiang seri masih berdiri

Rumah masih boleh diduduki

Tapi sayang seribu sayang

Penghuninya keluar tak mahu kembali

Kata bukan tempatnya lagi

Masing-masing membawa diri

Kalau ada rindu dalam hati

Pulanglah, rumah ini sentiasa menanti.

1 ulasan:

  1. aku tak pernah keluar dari rumah tau. sorang-sorang je aku dok dalam rumah. takda sapa nak teman :D

    BalasPadam