Selasa, 20 Ogos 2013
Teringat Kot
Sebenarnya semalam aku ada bermimpi. Kau ada dalam tu. yang lain-lain pun ada. Ramai juga. Mimpi kat dalam lift. Mula-mula kita naik lift ramai-ramai. Tapi lift tu pelik gila. Dia naik turun tak henri-henti. Risau gila. Nasib baik dia terbuka di tingkat awal semula. Jadi kita semua keluar balik, dan pindah ke lift di tempat lain. Pada mulanya, semua masuk, tiba-tiba nak tutup mereka tinggalkan aku dengan kau berdua. Haah kau lah. Berdua. Naik setingkat ada pula kawan sorang ni sertai. Kita pun naik lah lift. Tapi yang peliknya lift tu naik condong. Sampai kita terpaksa berpaut taknak jatuh. Makin tinggi makin condong makin kita nak jatuh. Akhirnya kita berjaya berhentikan lift itu dan kita keluar. Tapi malangnya, secara tiba-tiba kau hilang entah mana. Aku tak perasan kau pergi mana. Hilang macam tu je. Aku hairan. Pastu aku terjaga dari mimpi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan