Jumaat, 26 Julai 2013

Diari Ramadhan Farhan

Supposely entry ini patut dibuat dari awal Ramadhan lagi cadangnya. Tapi yelah kan,  jenis aku ni, aku plan nak kurus dari tingkatan 3 lagi. Lagipun kalau menulis kat sini, samalah bercakap masa tengah berak. Depan dinding. Ini bukan zaman diploma lagi. Hihi. Aku menulis bukan apa bukan kerna nama salah satunya lah, tapi selain tu nak kongsi sedikit aktiviti aku di bulan Ramadan. Tolak, tidur bangun, ambil adik sekolah, tidur balik dan bangun berbuka, aku juga seorang operator mesin samperit. Sebenarnya abang sedara aku yang berjanji nak menjalankan tugas ni, aku hanya sebagai backup saje. Tapi dari awal lagi aku dah tahu dan cukup kenal dengan perangai dia. Last2 aku sorang yang jalankan mesin. Mula2 macam sakit hati juga, tapi memikirkan aku nak beli basikal, aku teruskan juga pekerjaan mulia ini. Seronoknya jadi operator mesin samperit ni, bagi aku lah, nak keje manager kat luar takkan dapat, jadi operator ni pun dah bagus. Mana taknya, aku hanya datang untuk menjlankan mesin sahaja. Maksudnya, orang lain akan sediakan segalanya, aku hanya datang duduk dan jalankan mesin. Bila adunan dah habis, aku terus blah tinggalkan derang kemaskan semua. Itulah tugas aku hari-hari. Tapi hari tu aku ada ajar seorang pekerja indon ni cara nak jalankan mesin. Malangnya, dalam kerajinan saya, tiba2 demam datang terus 3 hari tak masuk keje. Indon tu yg jalankan mesin. Macam biasalah, bila dah tinggalkan lama, malas terus memuncak-muncaklah. Sekarang indon ni jalankan adunan lagi banyak dari saya. Saya cukup yakin impian untuk beli basikal takkan tercapai selepas saja saya demam hari tu.

Isnin, 8 Julai 2013

CITA-CITA 2

Dahulu semasa kecil, saya juga menyimpan cita-cita dalam poket belakang seluar, mahukan kereta mainan yang besar dimana saya muat di dalamnya dan memandunya sempena hadiah ulangtahun kejadian saya. Ketika zaman itu, bagi sesiapa kanak-kanak yang mendapat hadiah tersebut terutama sekali kanak-kanak lelaki amatlah beruntung dan wajib bersyukur. Tetapi hadiah sebegitu ketika itu, hanyalah mendapat kepada kanak-kanak yang bapanya bergaji rm5 ribu keatas. Namun saya tetap bersyukur dengan hadiah kereta mainan kontrol yang saya dapat. Walaupun kecil, saya boleh buat drift dengan tayarnya. hanya perlukan pengiraan tepat antara laju, brek dan pusing. Sehinggalah suatu hari. Pak Itam saya mahu 'let-go' kereta mainan yang boleh dipandu milik anaknya kerana anaknya sudah besar dan tidak muat lagi. Terus dia baginya kereta itu kepada sini. Kereta itu terletak di rumah di depan mata. Peluang yang datang tiba-tiba. Cuma malangnya, anaknya lebih muda 8 tahun daripada saya. What do you expect? Ini bukan cerita lawak tapi kisah benar tahu. Tapi seperti kata-kata orang, jenaka paling mudah buat orang untuk ketawa ialah jenaka tentang kekurangan seseorang atau keLEBIHan seseorang. HIHI

Ahad, 7 Julai 2013

Cita-cita

Semasa kecil Aku pernah punya cita-cita mahu naik kereta yang mempunyai bumbung boleh buka. Dan semasa kereta sedang memecut, aku mahu keluarkan badan dari bumbung dan membiarkan angin melanggar raut wajahku sambil mendepakan tangan. Sehinggalah suatu hari, aku berpeluang menaiki sebuah kereta yang berbumbung boleh terbuka. Tapi malang sayangku, ketika itu aku sudah besar. Terlalu besar. Sehingga potongan bumbung terbuka itu, tidak cukup muat untuk aku keluar. Mungkin aku patut pasang cita-cita baru. Naik kereta 4WD yang bonetnya tidak berbumbung. Dan berdiri di belakang sedang kereta itu memecut melalui sebuah terowong. Kat penchala link.