Jumaat, 26 Julai 2013
Diari Ramadhan Farhan
Supposely entry ini patut dibuat dari awal Ramadhan lagi cadangnya. Tapi yelah kan, jenis aku ni, aku plan nak kurus dari tingkatan 3 lagi. Lagipun kalau menulis kat sini, samalah bercakap masa tengah berak. Depan dinding. Ini bukan zaman diploma lagi. Hihi. Aku menulis bukan apa bukan kerna nama salah satunya lah, tapi selain tu nak kongsi sedikit aktiviti aku di bulan Ramadan. Tolak, tidur bangun, ambil adik sekolah, tidur balik dan bangun berbuka, aku juga seorang operator mesin samperit. Sebenarnya abang sedara aku yang berjanji nak menjalankan tugas ni, aku hanya sebagai backup saje. Tapi dari awal lagi aku dah tahu dan cukup kenal dengan perangai dia. Last2 aku sorang yang jalankan mesin. Mula2 macam sakit hati juga, tapi memikirkan aku nak beli basikal, aku teruskan juga pekerjaan mulia ini. Seronoknya jadi operator mesin samperit ni, bagi aku lah, nak keje manager kat luar takkan dapat, jadi operator ni pun dah bagus. Mana taknya, aku hanya datang untuk menjlankan mesin sahaja. Maksudnya, orang lain akan sediakan segalanya, aku hanya datang duduk dan jalankan mesin. Bila adunan dah habis, aku terus blah tinggalkan derang kemaskan semua. Itulah tugas aku hari-hari. Tapi hari tu aku ada ajar seorang pekerja indon ni cara nak jalankan mesin. Malangnya, dalam kerajinan saya, tiba2 demam datang terus 3 hari tak masuk keje. Indon tu yg jalankan mesin. Macam biasalah, bila dah tinggalkan lama, malas terus memuncak-muncaklah. Sekarang indon ni jalankan adunan lagi banyak dari saya. Saya cukup yakin impian untuk beli basikal takkan tercapai selepas saja saya demam hari tu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
masa berak, kau bercakap sorang2 dpn dinding? Euww.
BalasPadam