berikan aku pisau
supaya dapat ak robek dada ini
keluarkan singa yang selama ini sembunyi di dalam
yang menyorok di sebalik hati.
berikan aku pisau
supaya dapat ku kelar tangan ini
biar darah keluar menitis membasahi bumi
agar tanah ini merasai darah pengorbananku.
berikan aku pisau
supaya dapat aku belah kepala
keluarkan buah fikiranku
yg selama ini tersekat dalam selut cecair otak.
sebelum ak mati
aku ingin dikenali
bukan kerana ditabalkan sebagai raja
atau pun diangkat menjadi perdana menteri
tapi sebagai manusia biasa
yang pernah menabur bakti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan