dia mahu ke bulan
menikmati kehidupan selain dari bumi
menerokai dunia di sebelah sana
tapi sayang,
hatinya tidak roket
yg boleh memacu dia laju melepasi atmosfera.
dia mahu ke bulan
mencari sesuatu yg x mungkin dia temui di bumi
dan yang x mgkn dia rasai disini
tapi malang,
semangatnya belum cukup nuklear
utk menjadi sumber tenaga roketnya.
ramai yg menjadi media
yg menulis ketidak percayaan
yg membaca kritikan-kritikan
yg melapor kebencian
yg hebohkan rasa kurang senang
sehingga dia jatuh dari penerbangan
roketnya pula rosak x dpt dihidupkan
dan sumber nuklearnya berkurang dan semakin hilang.
dia hanya terkandas disini
menjalani kehidupan sehari-hari
semalam dan hari ini
bagi dirinya sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan