Sabtu, 30 April 2011

Cinta Pertama

Pertama kalinya
aku rasa bahagia cinta
bila kau hadirkan diri

Hadir nama hawa
mengukir dinding hati
memenuhi ruang dada
membelai jiwa

Kerana kau
aku punya alasan
untuk membiarkan diri
bercinta pertama kali

Sempurnakan jiwa lelakiku
buatku teguh berdiri
langkahku kini berani
bunga hatiku berwarna pelangi

Kini
aku bisikkan doa
dalam kalimah cinta
hanya pada satu nama
berbahgia selamanya

7 ulasan:

  1. Sempurnakan jiwa lelakiku
    buatku teguh berdiri
    langkahku kini berani
    bunga hatiku berwarna pelangi

    *suka part ni

    BalasPadam
  2. hahaha. teruja membaca ini :D

    BalasPadam
  3. wah
    nanti dah berduet dengan altimet jangan lupa aku ya

    BalasPadam
  4. terima kasih atas sokongan anda :)

    BalasPadam
  5. paan, maaf aku compose kan part korus je.
    yang lain, aku tak jumpa time tu. heEeee....

    BalasPadam
  6. Sempurnakan jiwa lelakiku
    buat ku terus begini
    langkahku kini berakhir
    bunga hatiku berwarna pelangi

    alamak...selama ni aku silap kat part chorus. tapi takpe, si wanita yang kau tujukan lagu cinta ni dah tolong betulkan :)

    BalasPadam