Rabu, 27 April 2011

Perasaan vs. Perasan

Aku cuba buka seluas-luasnya pintu gerbang hati kecil aku ini untuk dia. Tapi tiba-tiba aku seolah-olah terasa dinding hatiku diselaputi huruf-huruf p.e.r.a.s.a.n. Helaian-helaian huruf ini seakan tidak membenarkan aku membuka satu-satunya pintu hati aku. Hatiku penuh semak. Aku cuba cantikkan dengan bunga dan sekali lagi perkataan itu menghantui dan mencemarkan taman-taman dalam hati aku. Aku mengaku jiwa aku tidak kuat. Perkataan perasan tue lagi kuat dari aku. Langsung membuatkan perkataan perasaan tidak mempunyai makna apa-apa dalam kamus jauhari aku. Sekarang aku hanya bertuankan perkataan p.e.r.a.s.a.n itu. Aku biarkan sahaja perasaan aku sendirian. Aku sembunyikan dalam-dalam. Sebab aku hanya seorang lelaki perasan yang mengemis secebis cinta dari seorang perempuan.

*hahahaha...bapak geli syial. tak sangka gua boleh tulis camnie. pffft!

3 ulasan:

  1. paan si puitis dalam sepi. hahhaiii...

    apa lagi, jom shoot film untuk cerita kamu ni.

    BalasPadam
  2. ehemmmm... masih belm lambat kalau dia bukan milik spe2 lagi.. best man win buddy! chaiyok!

    BalasPadam