Sabtu, 8 Oktober 2011

Kerjaya

Hai nama saya Farhan. Nak cerita sikit ni. Pasal sebuah rumah batu tak berapa besar. Dulu rumah batu ini ramai yang tinggal. Tapi tempohnya sekejap je. Dulu rumah ini meriah dengan gelak tawa gelak sakan. Halaman rumahnya diseronokkan dengan permainan tradisional setiap hari. Tapi sekarang waktunya dah sampai. Masing-masing harus tinggalkan rumah batu ini untuk meneruskan kehidupan. Tinggallah seorang tua yang masih ligat, keseorangan membelek-belek kontrak penyambungan pengajarannya. Walaupun tua tapi masih sihat walafiat. Manakan tidak, dalam usianya sebegitu masih mampu tergelak-gelak sambil merangkak bawah meja. HAHA. Bila semua dah keluar ni, macam-macam yang saya dengar dari khabaran angin tentang mereka. Dengar cerita masing-masing dah mula memilih karier yang mahu dipilih. Antara karier-karier yang saya dengar khabarkan ialah:

-menjadi tester tilam. jangka masa panjang memiliki syarikat tilam sendiri jenama Bonok
-menjadi juruwang di Petronas. Jangka masa panjang memiliki syarikat petroleum tersendiri.
-bekerja di bawah pengarah terkenal Erma Fatima. Ramai yang cakap dia dan Erma Fatima look alike.
-membuka kelas tuisyen masakan. jangka masa panjang memiliki restoran
-mewakili negara dalam sukan sepak takraw
-bekerja sepenuh masa di syarikat YES sambil mewakili Malaysia dalam sukan Silat Olahraga ke Sukan Sea
-bekerja dengan seven eleven. jangka masa panjang memiliki kedai serbaguna eight twelve
-membuat komik sepenuh masa. beberapa tahun akan datang akan mencipta application untuk bermain dram secara imaginasi. (invisible drum)
-menyertai akademi polis. Dengan harapan satu hari nanti akan menjadi ketua polis wanita pertama.
-membikin novel-novel cinta. Impian mahu sentiasa bergelumang dengan keindahaan cinta bersama insan tercinta.
-menjadi pelakon teater dan penyanyi terkenal.
-menjadi penulis sepenuh masa dan orang paling cool dlm dunia
-menjadi terkenal sebagai pemuzik dan pencover lagu2 melalui channelnya di utube.
-menjadi pemain skate terkemuka dunia.
-mengambil kursus psaikologi untuk menjadi pensyarah psaikologi
-menolong ibu di restoran dan dijangka mengambil alih restoran tersebut
-mencari lelaki kaya dan menjadi surirumah sepenuh masa
-mencari janda kaya dan menjadi suami sepenuh masa
-menjadi perombak kertas soalan peperiksaan
-menjadi ahli politik di dewan undangan negeri Pulau Pinang
-menjadi bendahari Majlis kewangan syarikat terkemuka
-menjadi manusia yang boleh berpijak atas kaki sendiri.

p/s: haa sape kata belajar penulisan tak boleh carik makan. HAHA



6 ulasan:

  1. aku rasa aku tau aku yang bahagian mana! teehee!

    p/s: ini entry kau yang paling aku suka! Goodjob!:D

    BalasPadam
  2. kerja dekat 7/11 tu siapa? wakakaka

    BalasPadam
  3. -menyertai akademi polis. Dengan harapan satu hari nanti akan menjadi ketua polis wanita pertama.

    Aku yang ni kan? Mak aku suruh jadi cikgulah paan

    BalasPadam
  4. elie: dah taw xpe. thanks yaww. haha
    cassie: cariklah sendiri. haha
    Manda: aik? aku x ckp pon kau. wei klu ko jadi cikgu jadi cikgu bm taw. Msia sgt memerlukan cikgu bm yg cantik dan cool cam kau. taknak dah cikgu yg bosan dan lame.

    BalasPadam
  5. awww. aku tahu yang mana aku -membikin novel-novel cinta. Impian mahu sentiasa bergelumang dengan keindahaan cinta bersama insan tercinta- ceit. (hati kau subur, paan 2011)
    weh best entry ni weh!
    cool :D berapa lama cari idea ni? hihi

    BalasPadam