Isnin, 19 Disember 2011

Tutti Frutti

Khamis Malam
8.30 malam

Aku baru je keluar dari Ampang Park dengan adik aku. Di tangan dijinjit sebuah beg plastik berisi dakwat printer berbangsa Canon. Aku berada disini adalah semata-mata mahu membeli dakwat printer yang baru untuk digantikan dengan dakwat yang sudah kering di rumah. Dakwat baru ini bagi mencetak dokumen-dokumen serta memfotostet segala jenis-jenis barangan yang perlu dibawa untuk temu duga. Selain itu untuk kegunaan di masa akan datang.

Semasa di luar aku ternampak signboard Tutti Frutti di luar. Terus fikiran aku teringat kepada seorang penyanyi genit yang semakin popular. Dia hanya bermodalkan gitar, sopan santun dan akaun youtube untuk menjadi siapa dirinya sekarang. orang yang aku maksudkan adalah Najwa latif. Song played yang berada dalam persoalan minda aku adalah lagu cinta muka buku. Kekadang video klip offisial lagu ini yang beredar dalam minda berlaga-laga dengan satu lagi video klip dari peminat yang menjalani penggambaran di sekitar puncak perdana.

Aku terus berkata kepada adik aku, "tidakkah kau teringin untuk merasai pengalaman bertutti frutti. Aku tak pernah rasa. Sedangkan najwa latif pun dah bercinta dalam kedai tu." malang bagi kami berdua. Sebabkan ini kali pertama untuk mencuba, kedua-duanya memberi alasan tidak reti untuk membelinya. Aku mencadangkan kami duduk berhampiran dengan kedai itu bagi memerhatikan cara orang ramai membelinya bagaimana. Dari jauh kelihatan seolah-olah tiga mesin ATM sedang berada di dalam kedai itu. Kami menjadi hairan, tapi kagum kerana tak pernah kedai menyediakan mesin ATM untuk pelanggannya. Ini mungkin satu strategi yang baik. Bila dah berada betul2 depan kedai itu, mesin ATM yang kami sangkakan tadi rupanya bukan. Tapi sekali lagi kami hairan, kenapa mesin air slurpee Seven E ada dalam ni? Aku nak beli tutti frutti bukannya air slurpee. Baik aku pergi Seven E jer.

Kemudian kami terus menunggu ada sesiapa yang menunjukkan cara membeli tutti frutti. Tapi malang tiada seorangpun yang menggunakan mesin tersebut. Yang peliknya mereka berkumpul di satu sudut kedai tersebut. Rupa-rupanya mereka sedang mengambil gambar bersama dengan artis yang sentiasa panas iaitu Azwan Ali. Takdelah diva sangat, berseluar pendek je dia. Naseb baik Ifa Radziah dengan Didi Alias takde kat situ.

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk bertanya dengan rakan-rakan. Aku mesej Aima tanya bagaimana mahu mendapatkan Tutti Frutti? Kenapa ada mesin ATM dalam ni? Dia reply cakap aku sahaja je buat tak tahu dan mahu menunjuk nunjuk yang aku ke Tutti Frutti. Tak ada niat pun Aima aku nak buat camtu. Apa lah awak ni! Kemudian aku kol Yani, sebab aku tahu dia ni pandai buat pastri. Lagipun dia nak jadi cikgu mestilah dia tahu semuanya kan.Yang paling penting dia pernah kerja di Seven Eleven. Aku pun tanyalah kenapa ada mesin air slurpee, bagaimana mahu mendapatkannya. Dan bagaimana mahu membuatnya. Jadi dialah yang memberitahu segala kod rahsia Tutti Frutti kepada aku. aku pun yakin mahu membelinya tapi sebelum tu aku mahu bertanyakan harga dahulu sebab di poket duit tak banyak. Yani pun memberitahu hari tu dia ambil sikit je pun dah RM12.

aku terus memecut laju motor aku. pulang ke rumah tanpa mencipta sebarang rekod. Entah apa jadahnya tiba-tiba ada roadblock di jalan dalam kampung. Polis-polis ini seakan-akan mahu mengejek kekecewaan aku tidak dapat merasai Tutti Frutti. Damn!

P/S : memaksa diri menulis sebab tak mahu biarkan blog ni bersawang dengan sesawang spiderman! One more, ada sesiapa nak ajak aku pergi tutti frutti tak? HAHA

3 ulasan:

  1. kalau aku nak ajak kau makan Tutti Frutti kat ampang, takut kau tak tau jalan balik macam mana pulak..so better kalau kau nak makan TF, kau yg bawak aku makan kat Kampung Baru! okay? so cepat set date n place! :D

    BalasPadam
  2. Yani? macam kenal je? haahahhaha.... awak ni sweet la! har har har!

    beli x TF tu?

    BalasPadam