Setiap orang yang ada di dunia ini berhak melontarkan pendapat ataupun komen. Tapi tak semua orang yang boleh menerima komen. Komen ada dua. Komen yang membina dan komen yang membunuh. Komen yang membina ialah masa kau di komen kau macam marah tapi bila dah tenang, fikir balik, "betul jugak cakap dia." Manakala komen yang membunuh ialah komen yang buat kau marah sampai kau nak bunuh orang yang beri komen tu. Kemon lah! Terima jelah. Komen dan Kemon mempunyai maksud yang berbeza. Tapi adakalanya komen yang diberikan memang tak dapat diterima langsung. Orang tu masuk pertandingan menyanyi tapi kau komen dia gemok, balik pergi kuruskan badan, tahun depan masuk balik. Takpon komen cakap dia dari keluarga susah mana boleh masuk.*buat masa ini takde lagi
Setakat ini faham lagi kan? boleh ikut lagi? Kadang-kadang kelebihan lebih kepada orang yang lebih berusia dan pengalaman. Sebab mereka ada darah tinggi sebelum kita. Mereka-mereka ini lebih bebas memberi komen kepada yang muda-muda ini. Alasannya, kita ini masih belajar dan perlu dengar nasihat. Betul, saya setuju, tapi kalau komen yang bukan-bukan untuk apa kita ikut? Kalau tak ikut kene tolak markah? Bagilah peluang juga kepada anak-anak muda ini memberi komen kepada anda-anda, supaya kami-kami dan anda-anda boleh berjaya dalam hidup.
Adlin pernah cakap, "saya memang lantang dalam memberi komen. apabila saya beri komen kepada pelajar-pelajar Akademi Fantasia, mereka tak boleh buat apa, mereka baru, dengar jelah kemudian telan. Tapi bila saya masuk rancangan MaharajaLawak Mega, bila juri-juri komen saya yang telah ada pengalaman dalam bidang ini kira pangkat senior lah, saya ada jawapan-jawapan saya sendiri untuk dibalas kepada komen-komen mereka. Kerana saya tahu apa yang saya buat dan komen-komen yang bagaimana saya terima pun saya tahu. Saya perlu lawan." Kemonlah! kau peserta kan. Mereka tu juri, dan bila mereka komen dengar jelah. diam kemudian telan. HIHI
Lagi seperkara yang kelakar bagi aku bila dengar komentar bola sepak kat tv. Ada yang bersemangat, ada yang macam majlis orang mati, ada yang berborak bukan-bukan, dan ada yang terbatuk-batuk je. Cuba cari di utube komentar bola sepak dari Arab. Macam dengar khutbah Jumaat. Uncle Bull pulak aku memang kagum dengan dia, tapi dah sampai masa dia gantung mic dia. Selalu sebut nama salah dan ayat yang bukan-bukan. " Satu tandukan open yang terbuka!!!" HAHA. Tapi astro Arena lawak gak. Zainal Abidin Rawop Pahang dengan Azlan Johar Darul Takzim, mereka ini antara yang kelakar. bolehlah. Mereka komentar bola sepak sempoi dan bersahaja. Antaranya, bola telah disepak ke laut tapi Azlan cakap, "satu percubaan yang baik. Teknik sepakan yang bermutu." Dahla, malas pulak nak sambung menulis. Bila sampai satu tahap mula-mula kau memang rajin dah menulis, tapi nak habiskan tiba-tiba malas gila pulak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan