Ahad, 20 Januari 2013
Lama Kan?
Lama kan? Kalau dulu ramai kawan-kawan akan update blog masing-masing. Tapi sekarang ada Twitter. Jadi mudah nak menulis apa sahaja setiap masa. Tapi masihkah kalian ingat? Tak sabar nak balik rumah sebab nak update blog? Nak blogwalking? Waktu tu meriah kan? Macam hangatnya asmara antara Ella dan Awie. Tapi kalau biarkan lama pun asmara tu pun hilanglah hangatnya. Macam kopi kalau biarkan lama, dah sejuk tak sedap. Rasa macam bontot kuali. Tapi tahukah anda kopi paling mahal di dunia adalah dari najis luwak? Luwak sejenis musang. Prosesnya, pemilik kebun kopi akan biarkan luwak ni makan biji kopi mereka dan luwak ni akan berakkan semula biji kopi tersebut. Nanti mereka kutiplah untuk dijadikan kopi. Tapi pernahkah anda buat keputusan dan setelah melakukannya anda menyesal berbuat demikian? Macam anda nak minum milo ais tapi makan dengan nasi tomato, muak kan? Macam cintalah. Kalau digaul dengan perasaan yang tak kene, kelakuan tak kena, lama-lama jadi muaklah kan. Tapi lama lepas tu rasa rindu pulak. Kan?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
lagi seronok zaman semua berebut nak update blog.
BalasPadamokey delete account twitter sekarang
BalasPadam