Isnin, 21 Januari 2013

Spagetti bolognese

Hai. Nama saya Aan. Saya dilahirkan di KL. Tinggal di ketengahan pusat bandar iaitu Kampung Baru. Tahu tak saya selalu keliru nak tulis baru atau bharu ataupun baharu. Mengikut pembacaan saya Baru= Just , Baharu = New. Terpulang pada kita untuk memilih parti yang mana satu di pilihan raya akan datang.
Okay tujuan entry ini dibuat adalah untuk memberitahu kepada semua betapa cintanya saya kepada Spagetti Bolognese. Sebab saya beritahu tempat tinggal ialah untuk memberi gambaran saya sebagai anak jati Malaysia tapi begitu cintakan spagetti bolognese yang berasal dari Itali. Dipercayai menu makanan ini mula wujud di Itali sekitar tahun 1311. Menu ini dibawa masuk ke tanah malaya pada sekitar 1940an oleh orang putih. Pada ketika itu hanya golongan bangsawan yang makan spagetti. Maknanya spagetti bolognese telah lama ada di Malaysia sebelum Chef Riz jadi Duta Preggo lagi.
Kenapa saya cintakan spagetti bolognese? Entahlah sukar untuk menjawabnya. Secara jujurnya, malas nak jawab. Tapi saya memang sukakannya. Walaupun hasilnya tak sedap tetapi saya akan tetap makan banyak. Saya sukakannya berkuah dan bukannya kering. Kalau boleh sos tomato dia tu menutupi jumlah spagetti yang ada dalam pinggan. Boleh juga gunakan mangkuk.
Saya bukan taknak kongsi resepi. Tapi saya pun berguru dengan utube. Takut kalau digelar pengikut ajaran sesat pula. Belajar tak berguru umpama lampuntak bersumbu. Cuma saya khuatir orang yang berkata ini waktu tu elektrik tak sampai di kampung dia ataupun internet masih lagi angan-angan kosong. Cuma kalau teringin nak makan spagetti bolognese pakai prego tradisi je. Senang. Ikut kata chef riz kat belakang tin. Kalau nak lagi awesome, belajarlah. HIHI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan