Selasa, 25 Mei 2010

CINTA FIRST AKU....HEHE

sekarang nie memang musim orang wat reunion kan...ramai yang nak wat reunion termasok bebudak skola rendah aku...sabtu nie akan bertemu. tp entry kali nie ak bkn nak cite pesal reunion tp nak citer pesal cinta first aku. hal reunion tu saje je nak bg entry nie pnjg cket. tp sebenarnya bende ni x layak digelar cinta pun tp sebenarnya kasih sayang yg tggi antara kami berdua. kisah nie berlaku masa ak enam tahun. bdk pompuan nie umur dye da tujuh tahun. kecik2 taste ak da awek2 yg lebih tua dr ak...hehe... samapi skang pun camtue gak... sbb ak lebey selesa ngan dorang yg lebey berumur dr ak...tp bkn janda2 yg da tua kerepot lak...xde smpi tahap tue..tp klu janda muda leh gak...haha okey berbalik pada citer td... bdk pompuan nie nama dye ak da lupe lah...tulah kecik asyik makan semut sampai terlupa. ak letakkan nama dye sbg A jelah... A nie dye sepupu kepada jiran aku. jiran ak lak sepupu kpd ak.. so ad kaitan lah antara kami. so si A nie pon slalulah dtg umah jiran ak. kami slalu bermain sama2. kami main tengteng masa tue ak leh melompat-lompat lg sbb waktu tue badan cinonet lg skang da cam tong dram. main kawin2...hehe. ak jadi semakin rapat ngan A. setiap kali dye dtg kami akan bersama dan klu lama A x dtg ak hanya tertunggu di tangga lama warna merah umah nenek ak. sbb di tangga tue lah kami selalu bermain. mula2 ramai yg main akhirnya hanya kami berdua yang bermain.ad skali tue A ternampak katak melompat-lompat di tgga tue. dye menjerit-jerit dan ak terus mencapai kayu dan membunuh katak tue.kami berborak-borak pesal power rangers, cybercop, doraemon...hehe. kami jadi sangat rapat
macam belangkas. hampir setahun juga kami rapat. kemudian setelah setahun lamanya ak menerima berita yg sangat melunturkan semangat aku dan memusnahkan perasaan ak. jiran yg juge sepupu aku tue akan berpindah. ini bermakna A takkan lagi dtg berjumpa aku. waktu tu mmg ak rasa kecewa dan sedih yg amat sangat. akhirnya hari yg ak mmg xnak hari itu muncul pun tiba. jiran ak akan berpindah. masa hari jiran ak pindah tue A ad skali. waktu tue kami meluangkan masa dengan sepenuhnya bersama di tgga merah tue. setelah semua barang dikemas dan di masok dalam lori, masanya pun sampai dan mereka harus pergi. ak masih ingat wajahnya yg sedih sangat dan kami berdua menangis pipi kami basah dengan airmata. ak pun menghulurkan tangan dan dia mencapainya kami pun berjabat...kemudian jabat kami pun terlerai perlahan-lahan. itulah kali terakhir ak menatap wajahnya dan kali terakhir ak merasai kelembutan tangan manjanya. semenjak dr hari itu, ak x pernah berjumpa dengan dye dan klu terjumpe pun mungkin kami da saling tidak mengenali. tp memori nie yg akan ak ingat sampai bila. mungkin ini bkn cinta namun ni lah kasih sayang antara aku dgn A. klu ad yg cakap nie cinta monyet biarlah!!! ak bkn monyet ak manusia. biarkan saja monyet dengan cintanya...

p/s tetibe rasa nak tulis bende nie. da bosan2 dok umah.hahahaha lawak2

Ahad, 23 Mei 2010

Sengat taring AF

mana hilangnya taring Af?

mana perginya sengat Af?

ak ingat masa dulu stiap sabtu akan kutunggu didepan tv...

menunggu jarum jam berdetik menyentuh 8.30mlm...

bila lagu temanya berkumandang satu rumah bergempita

satu femly bergembira

sorang2 memegang handfone murah masing2

dr awal da diisi dngn topup.

x kisah lah walau sekali tetap nak undi

ak undi vince, khai, zahid, farah dan felix.

waktu tu af lah raja program realiti

tapi waktu tu seakan da berlalu

taring da tumpul

sengat da x berbisa

contestant da x menyerlah

konsert da x menyeronokkan

diari semakin membosankan

kini tiap sabtu program berlangsung

tapi x penah menonton

diari x penah diikuti

konsert x pernah dinantikan

topup ada tp x pernah mengundi

peserta kurang diminati

af bagiku kini sudah x bererti!!!

sape juara? kedua? ketiga? ak da x peduli!!!

kenapa ye!!! ntahlah.... sekian~~~~~

p/s parang pun klu asyik selesa dalam sarung x diasah akan tumpul...sengat klu asyik dikemam akan kurang bisanya. pihak astro tlg pikir2kan lah ye...perubahan boleh bawak kebaikan tp klu terlalu berubah pun boleh bawak kecacatan.

Selasa, 18 Mei 2010

KOTOR

jom kita main satu permainan

percaturannya mudah

sape berpengaruh dia menang

sape beri rasuah dia juara

sape tabur fitnah dia johan

sape janji paling manis dan macam2 ad chance

lepas mng boleh jadi wakil

duit masuk tapi x penah klwa

bahagi2 dengan kroni

hidup senang orang lain xyah peduli

jomlah sume kita main permainan ini

tapi kpd pembersih2 yg ad

sorry arr korang xleh main

sbb permainan ini kotor

nanti takut korang geli, jijik

biarlah mereka yang pengotor je yg main

sbb dorang da biasa main kotor.

Isnin, 17 Mei 2010

HUJAN

sekarang nie musim hujan atau nama melayu saintifiknya musim tengkujuh.
tiap2 patang mesti hujan. kekadang aku pelik melihat manusia bila matahari terik memancar di langit mereka meminta hujan membasahi bumi kering. namun bila hujan menghujani tanah gersang mereka minta matahari terik semula kerana pergerakan mereka terbatas. tapi ak kagum melihat hujan. biarpun jasanya melembapkan tanah kering dan walaupun dicerca dan ditengking supaya berhenti namun dia masih lagi tetap menjalankan tugas yang diberi maha penciptanya. kau juga turun bersama limpahan rahmat dari Tuhan.

biarkanlah hujan bekerja untuk penciptanya. biarkan hujan membasahi tanah bumi. dan biarkan hujan melimpahi kita. kerana hujan turun membawa rahmat dari Tuhan untuk membasahkan hambanya yang selalu dalam kegersangan dan kering.

Ahad, 16 Mei 2010

selamat hari guru

kau x perlu masuk maktab untuk menjadi guru
ko x perlu bekerja di sekolah2 utk mnjadi guru
kau x perlu berkhidmat di kementerian pendidikan untuk menjadi guru...

tp jika kau tempuh semua itu ko mmg guru yg sebenar
kau guru yg sanggup bersusah payah demi mengaja anak bangsa
kau guru yg rela berusaha demi menjadi cikgu dan mengajar anak muridmu menjadi berjaya.

melalui kau hadir seorang perdana menteri
hasil usaha kau lahir seorang peguam
ajaranmu menjadikan dia seorang usahawan
dan berkatmu juga cikgu melahirkan seorang lagi guru sepertimu...

p/s slamat hari guru buat semua guru2 di seluruh dunia terutama guru2 yg penah mengajar aku dan juga ak ucapkan ribuan terima kasih kepada kalian. selain guru2, ak juga mengucapkan trime kasih kpd sesiapa saja yg tidak pernah bergelar guru namun telah mengajar ak menjalani hidup dan mengajar ak erti kehidupan...hehe

Selasa, 11 Mei 2010

ulasan m'sia bertemu jepun

ak baru saja menghabiskan masa dr kul 6ptg td sehingga kul 10 mlm td menyaksikan perlawanan badminton penentuan juara kumpulan B diantara M'sia bertemu Jepun. ramalan awal rakyat M'sia sudah semestinya menginginkan M'sia akan menang dan akan mendapat tentangan sedikit drpd Jepun. namun sangkaan mereka ternyata meleset. Jepun bukan lagi pasukan ayam2 yg M'sia senang tewaskan dahulu. akibatnya M'sia kecundang 3-2.

M'sia memulakan perlawanan dengan langkah kanan. perlawanan pertama adalah diantara Datuk Lee Chong Wei bertemu Kenishi Tago. kedua-dua pemain ini pernah bertemu sekali sblom ni di Seluruh England. sewaktu itu chong wei tidak diberikan jalan mudah untuk menang walaupun menang straight set 21-19, 21-19. ramai yang menjangka kenishi akan menunjukkan tentangan yang lebih sengit kali ini. namun di dalam pertemuan kali kedua mereka ini kelihatan chong wei memang sudah bersedia dan tahap keyakinan yang cukup tinggi ditunjukkan. pemain no 1 dunia ini berjaya mendominasi lawan dan memenangi perlawanan dengan mudah.

perlawanan kedua ialah antara beregu utama negara koo kien kiat dan tan boon heong bertemu beregu utama jepun. di dalam perlawanan ini kita dapat menyaksikan kedua-dua pasangan adalah seimbang. namun keputusan lebih memihak kepada beregu negara. walaubagaimana pun beregu M'sia harus diberi pujian kerana mampu mengasak beregu jepun di samping mengekang asakan dari mereka. beregu M'sia menang straight set.

rakyat M'sia seakan sudah merasai kemenangan di dalam genggaman tangan apabila Jepun ketinggalan 2-0. namun langkah sumbang mula dipamerkan pemain2 M'sia dimulakan dgn wong choon han. pemain ini adalah pemain paling senior di dalam pasukan kebangsaan. tidak banyak yng kita boleh harapkan drpd pemain ini. mungkin akibat faktor usia dan terlalu bersahaja menyebabkan pemain ini tumbang kpd pemain jepun Saki dengan straight set. pemilihan choon han dalam skuad kebangsaan menampakkan kita masih lagi ketandusan pemain2 pelapis dalam skuad negara.

mata kemenangan kini terletak di bahu beregu kedua negara fairuzizuan tazari dan zakry latiff. klu diikutkan prestasi mereka kebelakangan ini jelas menunjukkan kemampuan mereka bukan di tahap yang kita inginkan. malam tadi telah menunjukkan kelemahan mereka yang sangat ketara. banyak kesilapan yang dilakukan dan terlalu membiarkan lawan menguasai perlawanan. serangan2 yg dilakukan juga mudah ditepis pihak lawan. mereka juga kurang persefahaman. akhirnya mereka tewas straight set.

segalanya kini terletak di bahu pemain ketiga negara iaitu hafiz hashim. hafiz hashim adalah seorang pemain yang kita tak boleh jangkakan. ada masa ketika dia bersemangat untuk menang dia kan menunjukkan permainan yang berkualiti. ada ketika kita dapat melihat permainan beliau seperti beliau main2. pada pertemuan di set pertama kita dapat lihat permainan nya agak bersahaja dan seperti orang malas. akibat itu lawan dapat mendominasi dan berjaya menang dengan 21-10. di set kedua hafiz menampakkan kebangkitan yang sangat ketara dan beretnaga. dia telah meningkatkan tahap kelajuan permainannya dan lebih untuk menyerang. serangan2 dia juga kemas dan bertenaga. banyak kali dia dapat mengelirukan pihak lawan dan mendapat mata. di set kedua ini dia berjaya menang dengan 21-15 dan menganjak perlawan ke set penentuan. di set penentuan ini jelas lawan kembali mengawal permainan. faktor angin juga banyak membawa keburukan kepada hafiz. mereka saling mengejar mata dan meninggalkan lawan di belakang. pada mulanya perbezaan mata tidaklah begitu jauh.namun di penghujung2 game menyaksikan hafiz ketinggalan agak jauh di belakang. tapi ketika Sato di mata kemenanga iaitu 20-15, hafiz telah menunjukkan kebangkitan. namun kebangkitan yang ditunjukkan hafiz sudah terlambat kerana hanya dengan satu kesilapan sahaja akan memberikan mata kemenangan kepada Sato. dan akhirnya Hafiz tidak mampu lagi mengekang kemenangan Sato seterusnya pasukan Jepun apabila tunduk 21-18.

keputusan M'sia tewas 3-2 kpd Jepun. diharap barisan2 jurulatih pasukan negara dapat mencari punca masalah ini dan menanganinya segera. baru bertemu jepun sudah kalah 3-2 bagaimana nanti kita mahu berjumpa China. namun hakikatnya pada saya M'sia mempunyai pasukan yang cukup kuat, mungkin kerana tekanan atau kesalahan percaturan membuatkan M'sia tewas. diharapkan pertemuan yang seterusnya M'sia akan bangkit dan menunjukkan perlawanan yang lebih matang dan bertenaga.

Ahad, 9 Mei 2010

SELAMAT HARI IBU, IBU!

seumur hidup aku, tak pernah ak mengucapkan selamat hari ibu secara berdepan dan penuh perasaan kepada ibu. aku akan rasa seperti sesangat janggal dan awkward. mungkin sbb mmg dr dloo ak bukan seperti itu. ak bukan jenis yg tiap2 hari tepon ibu cakap saya syng ibu. ak bukan jenis yg bila jumpa ibu akan peluk cium pipi. aku bukan jenis yg minta maaf dngn mak aku selalu. ak bukan jenis yg menyambut hari ibu dan mengucapkan selamat hari ibu dan memberi hadiah. mungkin sbb ayah dan ibu kau bukanlah seorang yang terlalu penyanyang dan manja dengan aku. tapi walaupun begitu ak tahu mereka sayangkan aku cuma mereka kurang menunjukkan.
tapi sebenarnya aku memang sayang sangat sama ibu aku. cuma aku terlalu malu untuk menunjukkannya. aku tak tahu cara nak menunjukkan sayang aku padanya. tapi hakikatnya aku memang terlalu sayang kepada ibu aku. tanpa ibu aku rasa dunia ni kelam dan gelap. tanpa mendengar suaranya aku rasa telinga ku pekak sunyi. tapi bagaimana untuk aku menunjukkan kasih sayangku padanya. aku lemah dalam bab2 ini.
tapi ibu abang memang tersagt sayang pada ibu. abang harap ibu tahu yg abang sayangkan ibu walaupun abang tak pernah meluahkannya. kalu dapat dimakbulkan satu doa yang paling abang kehendaki ialah, abang mahu meninggalkan dunia ini sebelum ibu, kerana abang tak mampu untuk hidup tanpa ibu. abang x sanggup nak tengok ibu dikafankan, dan ditanam. abang tak dapat hidup tanpa ibu disisi. dan abang juga tahu yang ibu seorang yang cukup kuat untuk menghadapi kematian abang kerana ibu adalah seorang yang kuat dan tabah. sebab itulah ibu mampu membesarkan abang sehingga abang sampai ke hari ini dan sampai abang tiada lagi di dunia.
SELAMAT HARI IBU BUAT IBU TERCINTA NORANI BINTI ALI HASHIM

REVIEW AKU TENTANG IRON MAN 2

smalam aku berkesempatan untuk menonton filem iron man 2 di pawagam galaxy bersama duaorang sepupu gle aku. pawagam terletak di ampang. pada mulanya seakan tak jadi pegi maklumlah nak klwa tgh2 malam kita orang masih lagi di bawah jagaan ibu bapa agak payah nak klwa. tp disebabkan kasih dan kegersangan kami untuk menonton iron man 2 telah membawa kami juga ke pawagam tgh mlm td. wayang tersebut bermula pada pukul 12.15a.m.
filem iron man 2 ini dibarisi oleh pelakon2 hebat hollywood. antaranya seperti robert downey jr., yg bawak watak tony stark dan juga iron man. scarlett johansen sbg natalie rushman dan ataupun natasha romanoff, gwyneth pathrow sbg pepper potts dan mickey rourke sbg ivan vanko serta don cheadle sbg lft kolonel james rhodey rhodes.

kali ini tony starks telah kembali sebagai iron man. tetapi kali ini satu dunia sudah mengenalinya sbg iron man. hal ini telah menyebabkan dia menghadapi tekanan daripada kerajaan, media dan juga publik. kerjaan telah mendesak beliau supaya berkongsi ciptaan peperangan dengan militari negara. namun beliau telah menolaknya. akibat itu beliau terpaksa berlawan dengan musuhnya secara bersendirian. pada aksi kali ini juga beliau terpaksa berlawan dengan musuhnya yang dia tidak kenali iaitu ivan vanko. vanko juga adalah seorang ahli fizik dr Russia.

maybe ramai yg kata apa hak aku untuk mengkritik filem ni. tp pegi mampus arr... aku mengkritik sbg penonton bukannya sbg org2 hebat dalam filem. ini cuma pandangan peribadi aku selepas menonton filem ini. melalui filem ini penonton akan dibawa ke alam teknologi peperangan yang sangat hebat. lakonan pelakon juga amat berkesan melalui watak2 yg mereka bawa. kita dapat ketawa dgn telatah ego tony stark dan kita akan terasa kehangatan nafsu bila melihat natalie rushman ataupun natasha romanoff. visual dalam filem ini juga agak baik. kita akan berasa teruja melihat aksi2 pertarungan robot2 tentera walaupun sedikit kartun. kemudian dengan aksi2 peralatan, bangunan dan struktur lain2 yang dirosakkan dan dimusnahkan pun agak menambahkan lagi keterujaan. secara kasarnya filem ini harus ditonton.

secara terperincinya pula, filem ini mempunyai beberapa kelemahan yang boleh dibaiki. visual efek di dalam filem ini terlalu kartun. tapi masih lagi menampakkan aksi2 yang menarik. kemudian scene2 fighting nya terlalu cepat habis. penonton baru dirangsang keterujaan melihat scene2 fighting namun terbantut kerana cepat habis. dan paling mengecewakan ialah semasa aksi pertarungan yang terakhir diantara ivan vanko dan iron man serta rhodey. selepas kita disogok dgn pertarungan mereka berdua bersama robot2 tentera cipaan vanko semestinya kita mahu lihat lebih melalui pertarungan mereka bersama kepala penjahat iaitu vanko lebih hebat. namun pertarungan mereka hanya sebentar dan tidak banyak aksi yang boleh dikatakan hebat. secara sekejapan tony dan rhodey bergabung tenaga dan menembak laser mereka dan kuasa mereka bertembung dan meletup menyebakan vanko tumbang. perkara yang paling mendukacitakan ialah plot ataupun jalan cerita ini. memenag filem ini durasinya dua jam namun jika semua perkara hendak disumbatkan dalam cerita ini setiap babak atau scene itu akan menjadi singkat. ceritanya terpaksa berlompat-lompat dari satu scene ke scene yg lain. dan semua perkara yg dilakukan mereka kelihatan senang walaupun pada dasarnya mengambil masa yang lama. mungkin mereka mahu mewujudkan suprise dalam filem ini seperti penonton akan tertunggu-tunggu hasil ciptaan ivan vanko. namun yang pasti filem ini pasti akan mempunyai sambungannya kerana penonton masih belum mengetahui mengapa ivan vanko sangat bencikan ayah tony dan iron man pasti kembali untuk melindungi dunia.

aku bg filem ni 4****.

Khamis, 6 Mei 2010

SENJA

senja waktu yang paling indah
kerana waktu ini kita dapat melihat matahari terbenam
tapi mungkinkah bila matahari itu terbit semula kita dapat melihatnya
atau kita akan terus berada dalam kegelapan terpejam.

waktu senja juga semua beburung berkeliaran lari pulang ke sarang
kembali kepada tempat ia datang.
begitu juga dengan manusia
yang pada azalinya bukan mesin ciptaan
tapi hanyalah manusia yang biasa
yang ada ketika perlu masa
untuk berehat dari bekerja.

pada waktu ini juga semua lampu dipasang
kerana tidak mahu bergelap
sesungguhnya manusia memang takut akan kegelapan
dan bila terang lupa kesedaran.

aku melihat senja dari sudut berbeza
dan hakikatnya aku takut melewati senja
kerana takut esok takkan menjelma.

senja mengingatkan aku
senja menyuruh aku bersedia
kerana hidup tidak selalu cerah
sampai masa hening seketika
dan kemudiam terus gelap senyap.

Isnin, 3 Mei 2010

Dekat Dan Jauh

MATI PALING DEKAT DENGAN KITA

NAMUN SYURGA TERLALU JAUH

*SEMENTARA HIDUP INGATLAH PADA MATI DAN IGT AMALAN KITA YG AKAN MENDEKATKN ATAU MENJAUHKAN KITA DGN SYURGA

Sabtu, 1 Mei 2010

Lupa

DIA TERLAMPAU HANDAL BERMAIN MUZIK
SEHINGGA DIA LUPA KALI PERTAMA DIA BELAJAR MUZIK

DIA TERLALU PETAH BERCAKAP
SEHINGGA DIA LUPA UNTUK DIAM

DIA ASYIK MEMAKAI SELIPAR
SEHINGGA DIA LUPA CARA MENGIKAT TALI KASUT

DIA SELALU LUPA
HINGGA DIA TAK SEDAR APA YANG DIA LUPA!!!!

Pengalaman

DIA SELALU MENGIKUT JALAN INI

TAPI DIA SELALU TERJATUH

JATUH SEKALI DIA BANGUN

JATUH LAGI SEKALI DIA BANGUN

MASUK KALI KETIGA JATUH DIA TETAP BANGUN

AKHIRNYA DIA MENUKAR KE JALAN LAIN

DAN TAKKAN MENGIKUT JALAN INI LAGI

Perantau

DIA PERGI MELALUI JALAN INI

TAPI DIA PULANG MELALUI JALAN LAIN