Ahad, 9 Mei 2010

REVIEW AKU TENTANG IRON MAN 2

smalam aku berkesempatan untuk menonton filem iron man 2 di pawagam galaxy bersama duaorang sepupu gle aku. pawagam terletak di ampang. pada mulanya seakan tak jadi pegi maklumlah nak klwa tgh2 malam kita orang masih lagi di bawah jagaan ibu bapa agak payah nak klwa. tp disebabkan kasih dan kegersangan kami untuk menonton iron man 2 telah membawa kami juga ke pawagam tgh mlm td. wayang tersebut bermula pada pukul 12.15a.m.
filem iron man 2 ini dibarisi oleh pelakon2 hebat hollywood. antaranya seperti robert downey jr., yg bawak watak tony stark dan juga iron man. scarlett johansen sbg natalie rushman dan ataupun natasha romanoff, gwyneth pathrow sbg pepper potts dan mickey rourke sbg ivan vanko serta don cheadle sbg lft kolonel james rhodey rhodes.

kali ini tony starks telah kembali sebagai iron man. tetapi kali ini satu dunia sudah mengenalinya sbg iron man. hal ini telah menyebabkan dia menghadapi tekanan daripada kerajaan, media dan juga publik. kerjaan telah mendesak beliau supaya berkongsi ciptaan peperangan dengan militari negara. namun beliau telah menolaknya. akibat itu beliau terpaksa berlawan dengan musuhnya secara bersendirian. pada aksi kali ini juga beliau terpaksa berlawan dengan musuhnya yang dia tidak kenali iaitu ivan vanko. vanko juga adalah seorang ahli fizik dr Russia.

maybe ramai yg kata apa hak aku untuk mengkritik filem ni. tp pegi mampus arr... aku mengkritik sbg penonton bukannya sbg org2 hebat dalam filem. ini cuma pandangan peribadi aku selepas menonton filem ini. melalui filem ini penonton akan dibawa ke alam teknologi peperangan yang sangat hebat. lakonan pelakon juga amat berkesan melalui watak2 yg mereka bawa. kita dapat ketawa dgn telatah ego tony stark dan kita akan terasa kehangatan nafsu bila melihat natalie rushman ataupun natasha romanoff. visual dalam filem ini juga agak baik. kita akan berasa teruja melihat aksi2 pertarungan robot2 tentera walaupun sedikit kartun. kemudian dengan aksi2 peralatan, bangunan dan struktur lain2 yang dirosakkan dan dimusnahkan pun agak menambahkan lagi keterujaan. secara kasarnya filem ini harus ditonton.

secara terperincinya pula, filem ini mempunyai beberapa kelemahan yang boleh dibaiki. visual efek di dalam filem ini terlalu kartun. tapi masih lagi menampakkan aksi2 yang menarik. kemudian scene2 fighting nya terlalu cepat habis. penonton baru dirangsang keterujaan melihat scene2 fighting namun terbantut kerana cepat habis. dan paling mengecewakan ialah semasa aksi pertarungan yang terakhir diantara ivan vanko dan iron man serta rhodey. selepas kita disogok dgn pertarungan mereka berdua bersama robot2 tentera cipaan vanko semestinya kita mahu lihat lebih melalui pertarungan mereka bersama kepala penjahat iaitu vanko lebih hebat. namun pertarungan mereka hanya sebentar dan tidak banyak aksi yang boleh dikatakan hebat. secara sekejapan tony dan rhodey bergabung tenaga dan menembak laser mereka dan kuasa mereka bertembung dan meletup menyebakan vanko tumbang. perkara yang paling mendukacitakan ialah plot ataupun jalan cerita ini. memenag filem ini durasinya dua jam namun jika semua perkara hendak disumbatkan dalam cerita ini setiap babak atau scene itu akan menjadi singkat. ceritanya terpaksa berlompat-lompat dari satu scene ke scene yg lain. dan semua perkara yg dilakukan mereka kelihatan senang walaupun pada dasarnya mengambil masa yang lama. mungkin mereka mahu mewujudkan suprise dalam filem ini seperti penonton akan tertunggu-tunggu hasil ciptaan ivan vanko. namun yang pasti filem ini pasti akan mempunyai sambungannya kerana penonton masih belum mengetahui mengapa ivan vanko sangat bencikan ayah tony dan iron man pasti kembali untuk melindungi dunia.

aku bg filem ni 4****.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan