Selasa, 11 Mei 2010

ulasan m'sia bertemu jepun

ak baru saja menghabiskan masa dr kul 6ptg td sehingga kul 10 mlm td menyaksikan perlawanan badminton penentuan juara kumpulan B diantara M'sia bertemu Jepun. ramalan awal rakyat M'sia sudah semestinya menginginkan M'sia akan menang dan akan mendapat tentangan sedikit drpd Jepun. namun sangkaan mereka ternyata meleset. Jepun bukan lagi pasukan ayam2 yg M'sia senang tewaskan dahulu. akibatnya M'sia kecundang 3-2.

M'sia memulakan perlawanan dengan langkah kanan. perlawanan pertama adalah diantara Datuk Lee Chong Wei bertemu Kenishi Tago. kedua-dua pemain ini pernah bertemu sekali sblom ni di Seluruh England. sewaktu itu chong wei tidak diberikan jalan mudah untuk menang walaupun menang straight set 21-19, 21-19. ramai yang menjangka kenishi akan menunjukkan tentangan yang lebih sengit kali ini. namun di dalam pertemuan kali kedua mereka ini kelihatan chong wei memang sudah bersedia dan tahap keyakinan yang cukup tinggi ditunjukkan. pemain no 1 dunia ini berjaya mendominasi lawan dan memenangi perlawanan dengan mudah.

perlawanan kedua ialah antara beregu utama negara koo kien kiat dan tan boon heong bertemu beregu utama jepun. di dalam perlawanan ini kita dapat menyaksikan kedua-dua pasangan adalah seimbang. namun keputusan lebih memihak kepada beregu negara. walaubagaimana pun beregu M'sia harus diberi pujian kerana mampu mengasak beregu jepun di samping mengekang asakan dari mereka. beregu M'sia menang straight set.

rakyat M'sia seakan sudah merasai kemenangan di dalam genggaman tangan apabila Jepun ketinggalan 2-0. namun langkah sumbang mula dipamerkan pemain2 M'sia dimulakan dgn wong choon han. pemain ini adalah pemain paling senior di dalam pasukan kebangsaan. tidak banyak yng kita boleh harapkan drpd pemain ini. mungkin akibat faktor usia dan terlalu bersahaja menyebabkan pemain ini tumbang kpd pemain jepun Saki dengan straight set. pemilihan choon han dalam skuad kebangsaan menampakkan kita masih lagi ketandusan pemain2 pelapis dalam skuad negara.

mata kemenangan kini terletak di bahu beregu kedua negara fairuzizuan tazari dan zakry latiff. klu diikutkan prestasi mereka kebelakangan ini jelas menunjukkan kemampuan mereka bukan di tahap yang kita inginkan. malam tadi telah menunjukkan kelemahan mereka yang sangat ketara. banyak kesilapan yang dilakukan dan terlalu membiarkan lawan menguasai perlawanan. serangan2 yg dilakukan juga mudah ditepis pihak lawan. mereka juga kurang persefahaman. akhirnya mereka tewas straight set.

segalanya kini terletak di bahu pemain ketiga negara iaitu hafiz hashim. hafiz hashim adalah seorang pemain yang kita tak boleh jangkakan. ada masa ketika dia bersemangat untuk menang dia kan menunjukkan permainan yang berkualiti. ada ketika kita dapat melihat permainan beliau seperti beliau main2. pada pertemuan di set pertama kita dapat lihat permainan nya agak bersahaja dan seperti orang malas. akibat itu lawan dapat mendominasi dan berjaya menang dengan 21-10. di set kedua hafiz menampakkan kebangkitan yang sangat ketara dan beretnaga. dia telah meningkatkan tahap kelajuan permainannya dan lebih untuk menyerang. serangan2 dia juga kemas dan bertenaga. banyak kali dia dapat mengelirukan pihak lawan dan mendapat mata. di set kedua ini dia berjaya menang dengan 21-15 dan menganjak perlawan ke set penentuan. di set penentuan ini jelas lawan kembali mengawal permainan. faktor angin juga banyak membawa keburukan kepada hafiz. mereka saling mengejar mata dan meninggalkan lawan di belakang. pada mulanya perbezaan mata tidaklah begitu jauh.namun di penghujung2 game menyaksikan hafiz ketinggalan agak jauh di belakang. tapi ketika Sato di mata kemenanga iaitu 20-15, hafiz telah menunjukkan kebangkitan. namun kebangkitan yang ditunjukkan hafiz sudah terlambat kerana hanya dengan satu kesilapan sahaja akan memberikan mata kemenangan kepada Sato. dan akhirnya Hafiz tidak mampu lagi mengekang kemenangan Sato seterusnya pasukan Jepun apabila tunduk 21-18.

keputusan M'sia tewas 3-2 kpd Jepun. diharap barisan2 jurulatih pasukan negara dapat mencari punca masalah ini dan menanganinya segera. baru bertemu jepun sudah kalah 3-2 bagaimana nanti kita mahu berjumpa China. namun hakikatnya pada saya M'sia mempunyai pasukan yang cukup kuat, mungkin kerana tekanan atau kesalahan percaturan membuatkan M'sia tewas. diharapkan pertemuan yang seterusnya M'sia akan bangkit dan menunjukkan perlawanan yang lebih matang dan bertenaga.

2 ulasan:

  1. kau patut jadi pengulas sukan secara pro

    BalasPadam
  2. ak akan cuba...lgpon skang ak tgh carik cabang yg btol lps ak habis blaja nnt...tu yg entry ak berbagai-bagai...hehe

    BalasPadam