Isnin, 17 Mei 2010

HUJAN

sekarang nie musim hujan atau nama melayu saintifiknya musim tengkujuh.
tiap2 patang mesti hujan. kekadang aku pelik melihat manusia bila matahari terik memancar di langit mereka meminta hujan membasahi bumi kering. namun bila hujan menghujani tanah gersang mereka minta matahari terik semula kerana pergerakan mereka terbatas. tapi ak kagum melihat hujan. biarpun jasanya melembapkan tanah kering dan walaupun dicerca dan ditengking supaya berhenti namun dia masih lagi tetap menjalankan tugas yang diberi maha penciptanya. kau juga turun bersama limpahan rahmat dari Tuhan.

biarkanlah hujan bekerja untuk penciptanya. biarkan hujan membasahi tanah bumi. dan biarkan hujan melimpahi kita. kerana hujan turun membawa rahmat dari Tuhan untuk membasahkan hambanya yang selalu dalam kegersangan dan kering.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan