senja waktu yang paling indah
kerana waktu ini kita dapat melihat matahari terbenam
tapi mungkinkah bila matahari itu terbit semula kita dapat melihatnya
atau kita akan terus berada dalam kegelapan terpejam.
waktu senja juga semua beburung berkeliaran lari pulang ke sarang
kembali kepada tempat ia datang.
begitu juga dengan manusia
yang pada azalinya bukan mesin ciptaan
tapi hanyalah manusia yang biasa
yang ada ketika perlu masa
untuk berehat dari bekerja.
pada waktu ini juga semua lampu dipasang
kerana tidak mahu bergelap
sesungguhnya manusia memang takut akan kegelapan
dan bila terang lupa kesedaran.
aku melihat senja dari sudut berbeza
dan hakikatnya aku takut melewati senja
kerana takut esok takkan menjelma.
senja mengingatkan aku
senja menyuruh aku bersedia
kerana hidup tidak selalu cerah
sampai masa hening seketika
dan kemudiam terus gelap senyap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan