Isnin, 6 April 2015

DAH BIASA

Sekali lagi aku menulis disini. Kalini aku mahu berbicara mengenai "useless". Dalam bahasa melayunya boleh diterjemahkan kepada "tak berguna". Seumur hidup aku, aku dianggap sebagai tak berguna. Memang agaknya itulah nasib tak pernah orang di sekeliling menghargai aku. Tak apa aku dah biasa. Kau rendah-rendahkanlah aku sampai jilat lantai pun apa aku boleh cakap aku dah biasa. Kalau aku cakap aku okay je, tak sakit pun, aku sedang menipu. Kau takkan faham perasaan orang yang selalu kene pijak, yang selalu kene henyak, yang selalu kene tipu, yang selalu kene main. Kau bayangkan orang di sekeliling kau anggap kau macam sampah, tak berguna, useless. Tahap sampah yang langsung tak boleh nak diresaikel, nak dihapus pun tak boleh, terpaksalah hadap kau yang menyemak. Korang tak faham. Tak ada siapa yang faham. Sorrylah kalau aku menumpang di sudut dunia ni. Sampai masa aku akan pergi tapi benarkanlah aku hidup di dunia ini dulu dan merasa gembira. Tak apa lah, kalau korang rasa mempermainkan aku itu memberi keseronokkan, mentertawakan aku tu memberikan kepuasan, merendah-rendahkan aku itu memberi kelegaan, teruskanlah aku terima sebab ya memang aku tak berguna. Sengaja aku menulis disini kerana aku tahu tak ada siapa yang akan membaca. Tujuan aku menulis pun bukan untuk dibaca, sekadar terapi meluah rasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan