Semenjak dua tiga menjak empat lima menjak enam tujuh menjak.......ni aku susah nak tidur malam. Nak kata sebab tak sabar nak pergi ada lagi sebulan, tapi kalau inilah sebabnya macam mana lah malam nak pergi nanti. Janganlah kena demam kura ke apa. HAHA. Orang kata kalau kita susah nak tidur ni, maknanya kita berjaga dalam tidur orang lain. Untuk aku ni, mesti orang lain tu tengah mimpi ngeri berpeluh-peluh meronta minta diselamatkan dan berjaga.
Hari ahad lepas, aku ke pesta kraftangan malaysia. Aku bukanlah jenis yang melayan sangat benda-benda kraft ni tapi memikirkan bosan duduk di rumah, baiklah aku keluar mengikut parents. Ibu memberikan RM50 kepadaku sebagai bekal jika berkenan di hati nak beli apa-apa. Aku sematkan dalam hati nak capai sebarang dua dan duit selebihnya nak beli rokok. Aku pun hanya mengekor Makwan keliling pesta kerana dia mahu mencari seruling tapi sampai kepetang tak jumpa. Last-last aku ternampak booth menjual songkok. Aku sudah lama mahu membeli songkok yang boleh dilipat. Disitu banyak pilihan songkok lipat. Mengikut sejarahnya, keluarga suami makcik tu dah membuat songkok semenjak tahun 1936. Apa yang menarik perhatian aku selain boleh dilipat ialah, songkok tersebut dibalut dengan kain songket, batik, jeans dan sebagainya. Aku memang suka membeli benda yang lain dari orang jadi aku beli bukan satu tetapi dua. Songkok berkain songket, dan songkok berkain batik. Jap, tadi aku ada cakap duit lebih nak beli rokok kan? Haa sampaikan salam jelah sebab dua songkok tu berharga RM75. Jangan kata simpan, bahkan kena tambah lagi duit.
Selepas itu, ibu kol dia memberitahu ada booth yang menjual seruling. Hati di dalam tertanya-tanya, kat mana booth itu? Rasanya sudah semua tempat kami pusing. Rupanya seruling itu dijual di hujung sekali booth di khemah C. Abang dan Kakak itu menjual kayu-kayan dan abang itu begitu mahir dengan kayu dan fungsinya. Hampir saja tidak membeli seruling kerana fedap tak dapat membunyikan setelah meniup ratusan kali. Sehinggalah abang tu menunjukkan cara-cara untuk meniup. Dia pun cuba menunjukkan skill extranya apabila dia bertanyakan pernah tak lihat orang meniup seruling menggunakan hidung? Percaya tak abang boleh buat? Aku hanya mengangguk lah sebab aku banyak kali pernah tengok samada di tv ataupun youtube. Dia menambah lagi, tak semua orang boleh buat ni. Aku mengambil sebatang dan mencuba bunyikkannya dengan hidung. Entah dari mana bakat yang terpendam, tiba-tiba seruling tu berbunyik. Kami sekeluarga gelak berdekah-dekah kah kah kah. Satu sebab gunakan hidung, lagi satu sebab tak sangka. Ada darah orang asli ke barangkali aku ni? Akhirnya kami membeli tiga seruling sorang satu adik beradik. Dua seruling biasa dan satu lagi seruling special untuk aku namanya pensol. Lebih mahal kerana keunikkannya yang hanya boleh menggunakan hidung dan itu adalah dari orang asli. Balik rumah, bergempita lah dengan bunyik out of tune seruling dari kami.
Ohh yaa tadi aku teman kawan makan. Mulanya nak pergi makan di Pekan Station. Tapi baru aku teringat harini Selasa minggu kedua. Tutup. Kami pun ke kedai CheckMate Grill di tapak lama Pekan. Kesimpulan yang aku boleh cakap, Pekan, kau kena berusaha lebih, sebab hati aku macam dah tersuka kat kedai ni. Harga lebih kurang, suasana lebih damai, kerusi meja lebih selesa dan paling penting chicken chop dia sedap dan crunchy giler. Kau pun tahu kan kalau aku suka tempat tu, aku akan ajak kengkawan semua makan sana. Jadi, awas ya! Kengkawan jom try!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan