Khamis, 16 April 2015

Sebenarnya

Sebenarnya aku tak tahu aku patut rasa dengan trip yang akan mendatang ni. Gembira ke sedih ke atau cuak. Yelah dah lah ni first time aku ke luar negara, alih-alih aku juga yang first time kena organize. Cuak gak. Tapi alhamdulillah setakat ni okay. Aku dah setelkan tiket penerbangan, tempat tinggal kat sana dan tadi baru aku selesaikan buat pasport.
Aku cadang nak buat kejutan taknak bagitahu sesiapa langsung nanti balik-balik terus update IG je. But I just can't lah. Kau fahamkan perasaan membuak-buak nak bagitaw orang tu. HAHA. Last-last dah ramai pulak yang tahu. Orang pertama selain keluarga yang aku bagitahu mestilah kawan baik aku. Kitorang selalu kongsi rahsia tapi akhirnya diri sendiri juga yang bocorkan rahsia tu kat orang lain. HAHA. Aku nak bagitahu dia sorang je, siaplah sumpah janji taknak cerita kat orang lain. Mcm aku cakaplah I just can't. Aku tipu dia cakap aku dah pinang anak dara orang, dia pula jenis tak sabar terus kol. Tu bagitahu nak bercuti. HAHA.
Berbalik kepada soal trip tadi. Aku sebenarnya macam-macam perkara yang aku fikirkan. Contoh, nanti pergi pakej baju basah-basah balik takpe ke? Orang thai pandang orang gemok macam mana eh? Aku ni mabuk laut ke tak? Paling cuak aku ni boleh naik kapal terbang ke? Dahlah seat dia kecik, muatkah? Orang sebelah mesti marah.
Entahlah weh. Aku harap percutian ini menyeronokkan dan berbaloi. Untuk pertama kali berjalan ni banyak duit aku habis. Aku nak juga rasa bercuti negara orang kan. Walaupun aku bukanlah jenis aktif tapi nak juga cuba snorkeling, naik gajah, jalan-jalan kat negara orang. Aku sampai sekarang tak tahu sebenarnya aku pandai berenang ke tak. Terapung retilah siap boleh silang kaki lagi. Too much to story, but I just dont know to whom. Mungkin inilah tempat aku. Cakap sensorang. Writing is my theraphy. Get well soon Paan. Ohh bytheway aku masuk contest SUERA tu, tapi aku tolak untuk ke peringkat seterusnya sebab aku segan gila. Bodoh kan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan