Isnin, 20 April 2015

Bunuh Masa

Hai semua. tujuan saya menulis entri ini adalah semata-mata kerana saya sedang berada di pejabat ibu saya dan satu jenis apa laman sosial yang ada semua dalam dunia ni satu pun tak boleh diakses. Jadinya saya disinilah sedang menulis blog. Ohh lupa nak bagitahu, saya berada di pejabat adalah kerana ingin meraikan sedikit majlis makan-makan sempena ibu saya yang nak dekat pencen ni. mengikut beliau, ada lagi seminggu tempoh untuk bekerja disini. Macam mana saya tahu? Sebab ada uda tiga orang yang tanya Kak Ani kerja lagi berapa lama? aku dapat jawapan daripada pertanyaan mereka.
Menu untuk harini adalah mee kari, laksa jdt, Paan(badak) berendam dan kek. Ibu menyediakan juadah mee kari dan badak berendam, sementara dia mengorder laksa jdt dari orang lain. Lupa pulak, ada kacang kuda rebus bercili berempah pun ada. Disebabkan dah terlalu biasa dengan masakan mee kari ibu, aku memilih untuk memakan laksa jdt yang disorder. Aku memang hantu. Ehh maksud aku hantu laksa jdt. Hihi. Banyak juga aku makan. Tapi nak tambahhhh lagi sebab sedap tapiiiiiii spaghetti dia dah nak abis. Haa jangan terkeliru yaaa aku makan laksa jdt tapi kenapa sebut spaghetti? Sebab laksa jdt ni orang memang gunakan spaghetti. Mungkin sebab laksa moden, kalau untuk laksa yang tradisional ada di belah-belah Sri Mersing, Pontian, Kundasang dan Merlimau. Laksa JDT dia memang sedap dan kenyang apabila dimakan.
Bukan itu sahaja, sekarang saya terpaksa menunggu sehingga ibu balik dari tempat kerja pada pukul 5 nanti. Suasana kerja disini agak tenang. Walaupun kadang-kadang kaunter berbunyi loceng berkali-kali tapi tiada orang sebab semua tengah makan. HAHA. Kejaplah tak Nampak ke orang tengah makan ni. Overall okay biasa-biasa je. Teringat pulak kat Aimi. Haa kalau nak tahu persekitaran tempat kerja di boleh masuk sini. Haha gurau jer. siapa yang tekan mesti kecewa kan. Sebenarnya aimi ada ajar dulu camne nak buat link camtu tapi reti time tu jelah. Sekarang dah lupa. Haha. Bye jendul.

1 ulasan: