Jumaat, 5 November 2010

KEMBALI SEBELUM MATI

Alang sedang duduk di kerusi panjang batu di dalam sel penjara. Datang seorang lelaki berkopiah putih dan berbaju Melayu.

USTAZ AZMI
Assalamualaikum!

ALANG
(melihat wajah ustaz)

USTAZ AZMI
Saya Azmi. Saya ditugaskan untuk membimbing kamu.

ALANG
Untuk apa? Ustaz datang sini hanya buang masa. Aku dah terlambat.

USTAZ AZMI
Takkan pernah terlambat untuk bertaubat. Allah Maha Pengampun. Sedara masih punya masa. Berubahlah sementara ada peluang sebelum mati.

ALANG
Aku ini hamba yang dilaknat. Aku membunuh. Aku mengambil tugasNya dengan menamatkan nyawa Hana.

USTAZ AZMI
Manusia tidak sempurna. Allah tahu segalanya. Allah yang menentukannya.

ALANG
Aku takut ustaz. Aku takut mati. Aku tak sanggup berjumpa dengannya.

USTAZ AZMI
Bagus mempunyai rasa takut kepada Allah. Ianya akan mendekatkan lagi sedara denganNya. Sempat lagi untuk berubah.

ALANG
(tersekat-sekat)
Ustaz....bantu aku....aku takut ustaz. Tak lama lagi aku akan digantung. Aku takut...Allah terima ke aku? Aku tak kuat ustaz nak menempuh mati.

USTAZ AZMI
Mati adalah pasti cuma bila yang kita tidak ketahui. Tapi kamu sudah tahu akan mendatang mati. Kamu bertuah. Kamu punya masa untuk berubah. Taubat kamu hanya Allah yang tahu dan hanya Dia yang berhak menolak atau menerima taubat dari hambaNya.

ALANG
(menagis teresak-esak)
Bantu aku ustaz. Aku benar-benar takut. Aku bodoh. Aku lupakan Dia. Aku bertindak mengikut perasaan. Aku terlalu mahukan kekasih sejati dan mengecap kebahagian yang pada dasarnya hanya bersifat sementara.

USTAZ AZMI
Kunci kepada kebahagiaan adalah Allah. Sedara terlalu mengejar kekasih di dunia sehingga sedara lupakan kekasih sebenar, kekasih awal dan akhir, kekasih azali dan sebenar-benarnya. Tapi sedara, Allah tak sesekali melupakan kita. Dia sentiasa ada untuk kita. Dia sentiasa menerima kita semula. Pulanglah kepada Allah, nescaya sedara akan merasai kebahagiaan dunia akhirat.

ALANG
Bawa aku pulang kepadaNya ustaz.

USTAZ AZMI
InsyaAllah. Saya akan bantu tapi akhirnya sedara yang perlu berubah sendiri.

ALANG
(menangis smbl memeluk ustaz)

insert montaj:
Ustaz mengajar Alang mengaji
Alang bersolat bersama Ustaz dan berimamkan Ustaz
Alang sedang mengaji keseorangan.

superimpose; 6 bulan selepas itu

Alang sedang melakukan solat dan diikuti solat-solat sunat. Hari ini hari dia akan digantung. Selepas selesai bersolat-solat dia menadah tangan dan merafaqkan doa.

ALANG
(menangis teresak-esak)
Bismillahhirahmanhiraahim. Ya Allah aku mohon keampunan darimu ya Allah. Aku insan hina yang terlupa kepadamu. Aku lalai yaAllah. Aku tak kuat untuk bertarung dengan dugaan dunia. Aku lemah dan mudah terjelepuk sehingga aku tinggalkan Kau. Kaulah kekasih sebenar aku tapi aku biar, kaulah kekasih sejati aku tapi ku tak peduli, kaulah kekasih awal dan akhir tapi selalu aku pinggir. Tapi aku tahu kau selalu ada untuk aku. Aku pohon dengan rasa penuh hina terhadap diri sendiri, moga kau terima kepulangan aku. Hanya kau tempat yang terbaik aku boleh dapatkan. Kaulah segala-galanya buatku. Selama ini aku selalu mencari kebahagian sehingga aku lupa Kaulah kunci kepada kebahagiaan. Ampuni aku Tuhan, maafkan dosa-dosa aku ya Allah. Kau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku ya Allah walaupun aku tak pernah berjumpa mereka tapi merekalah syurgaku. Kau ampuni dosa-dosa mereka dan juga dosa-dosa nenek serta tempatkanlah nenek di kalangan kekasih-kekasihmu...........

pintu sel penjara dibuka. bunyi pintu dibuka telah mengejutkan Alang.

ALANG
(muka terkejut dan bibir terketar-ketar)
Aaaa......minnnn.. Allah huAkbar.

Alang dibangunkan oleh pegawai-pegawai penjara. Ustaz Azmi turut berada disitu dan selalu mengingatkan Alang supaya sentiasa menyebut Allah dan mengingatNya. Alang dipinpim oleh dua polis menuju ke tempat gantung. Semakin lama langkah Alang semakin perlahan, dan akhirnya kakinya seperti mati kerana tak boleh melangkah langsung sehingga polis terpaksa memeluk Alang dan mengheretnya. Kakinya terkaku dan terseret di lantai. Badannya menggigil semakin kuat. Sehingga berada di depan pintu bilik hukuman, kepala Alang ditutup dengan karung hitam dan terus dibawa masuk kedalam bilik. Segala persiapan untuk menjalankan hukuman telah tersedia. Alang dibawa mendekati tali gantung.

FLASHBACK; KETIKA ALANG KECIL
Alang berkata kepada neneknya
ALANG
Nek, Alang janji nanti besar Alang nak jadi orang baik. Alang nak jadi orang berjaya. Alang takkan sesekali lupakan Allah nek. Alang akan selalu mintak kat Allah biar kita jadi orang senang, dan Alang boleh berjaya, boleh tolong nenek.
NENEK
Baiklah cu....

~ TAMMAT ~



2 ulasan:

  1. hebat la kau!!
    semoga mnjadi penulis yang hebat satu hari nnt :)

    BalasPadam
  2. mana ada hebat....
    btw thanks, kau jugak! hehe

    BalasPadam