Selasa, 27 Disember 2011

Mimpi

Serius cakap entry ini bukan untuk menunjukkan sikap rasis dalam diri aku cuma mahu berkongsi sahaja. Lagipun aku bukan panglima perang yang boleh suka suka tampar ludah muka orang. Aku citizen Malaysia yang dilahirkan dalam acuan yang cukup teratur dan beradab. HEHE

Pagi Ahad lepas, selepas aku menyambung semula lena yang tergendala seketika, aku telah didatangi mimpi. Tapi ini bukan mimpi idaman setiap lelaki. Cuma mimpi ulangan yang pernah datang pada aku dahulu. Aku tak tahu kenapa perlu mimpi ini diulangtayangkan sebanyak dua kali. Lagi sekali aku tekankan ini bukan entry rasis cuma mimpi yang berkait pula dengan isu rasis. Jangan tangkap dan letakkan saya dalam akta yang lebih teruk berbanding ISA. Kekadang perlu lebih faham makna sesebuah perkataan dengan betul sebagai contoh perkataan mansuh.

Lena aku diganggu pada hari itu oleh kekacauan bunyi sebuah jentera penyembur ubat nyamuk. Geram betul bila memikirkan jawapan bagi soalan kenapa perlu jentera itu bekerja pada waktu-waktu pagi begini. Jam baru segan segan ke pukul 7.20 pagi. Lebih mendebarkan jentera itu disertai dengan bunyi siren darurat macam dalam filem filem perang. Cibai! Mungkin mahu menghantar mesej perang kepada Persekutuan Nyamuk-Nyamuk Kampung Baru. Setelah tempoh darurat berakhir aku pun kembali melepaskan roh berjalan jalan.

dalam perjalanan tidur tu aku telah bermimpi sesuatu yang sangat menakutkan. Dalam mimpi tu, Malaysia telah diisytiharkan darurat. Hal ini kerana negara India telah menyerarang Malaysia dan dibantu oleh kaum-kaum india disini. Sepanjang peristiwa itu kami dipaksa berpindah ke satu tempat persembunyian. Oleh kerana sayang untuk meninggalkan rumah kami secara sembunyi sembunyi tinggal juga di rumah masing masing. Semasa sedang bersembunyi rumah kami dihujani tembakan peluru di sekeliling rumah. Cemas. Gementar. Takut. Marah. Semuanya bercampur baur. Tiba-tiba ada bunyi bayi ketawa. mungkin bayi tu tak faham dengan situasi ini. Dia ingat kita tengah seronok-seronok. Bunyi ketawa tak henti henti diselang seli dengan gegaran di telinga aku. Putus. Aku sedar aku masih terbaring atas tilam yang aku rebahkan badan pagi tadi. Kemudian panggilan masuk dengan tertulis nama Mother. Suara bayi ketawa tadi adalah nada dering telefon bimbit aku.

*rilek dulu cerita tak habis. Ambil nafas panjang-panjang. Jom sambung

Malam tu aku balik pukul 12 malam selepas bermain empat frame snooker di pusat snuker steven Danau Kota. Telinga aku tertangkap gabungan suara yang sayup-sayup terdengar. Semakin lama semakin kuat. Aku hanya membiarkan sahaja. Kemudian aku keluar sekejap untuk melepaskan rindu pada sebatang wisnston merah. Disitu terdapat juga adik serta dua abang sedara aku. Kemudian kami seperti tertanya tanya apa bunyi bising bising kat belakang rumah? Mulalah abang sedara aku ni ceritakan semasa dia lalu di depan kuil di hospital kuarters dia tengok kat situ ramai dengan penganut hindhu. Siap dibinanya patung-patung. Boleh jadi bunyi bising tu datang dari sana. Dorang tengah wel wel agaknya. Memang kuat betul suara mereka sampai ke rumah boleh dengar. Malam tu juga angin bertiup lebih kencang dari biasa. Terus aku teringat mimpi yang aku dapat pagi tadi. Sambil memori sejarah 13Mei turut sama menumpang persoalan minda aku sekarang. Dahulu sebelum mulanya peristiwa berdarah tersebut ada suatu upacara keagamaan oleh kaum cina bagi mengaburi penglihatan pihak mata-mata. Katanya mahu berarak sekitar KL untuk menyempurnakan mayat seseorang tapi rupa-rupanya disimpannya senjata dalam lori tersebut. Adakah sejarah lama tu akan berulang? Level ketakutan aku semakin meninggi. Terus aku mesej kawan yang tinggal di hospital kuarters tersebut. Dia kata takyah risau, orang india tengah buat upacara sembahyang derang. Tapi kenapa pukul 1 pagi eh? Kuat pula tu. Dah tu ada pulak mercun tengah-tengah malam. Apapun Alhamdulillah tak ada perkara yang bukan bukan berlaku. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menghormati setiap agama lain selagi tidak menganggu agama Islam kita.

*serius ini bukan entry rasis

Ahad, 25 Disember 2011

ABC

Nak bagitahu tadi aku pergi boco boco. Aku bukan ulat buku. aku datang nak bagi sokongan. Dalam hati aku cakap cakap macam nurul, memang perempuan kalau pergi event indie, ada jual buku-buku camni semua kene pakai jubah labuh tu ker? Mesti kene ker dress macam Amy Search datang AIM? Bezanya Amy pakai kulit, derang pakai cardigan labuh kat belakang depan potongan sampai perut. Mungkin tu trend sekarang kot. Tapi ramai jugak perempuan yang lawa-lawa antaranya budak bisnes. HAHA. Kalaulah event-event macam ni ada jual gadis sweet comel gila sanggup aku buat keje part time dua tiga tempat nak kumpul duit. Tadi masa kat boco boco aku sempat tengok magic jer. Amatur betul! HAHA. Nak tipu pawang macam aku. Selain tu ada persembahan band nyanyian. Mesti kawan aku suka duduk sana lama-lama sebab ramai lelaki hensem-hensem. Dahla pakai baju t-shirt dua kaler tu. Lengan kaler merah atau hijau atau hitam selebihnya putih.

Lepas bergurau senda kejap, aku pun bergerak dari sana. Aku hantar Ejam dulu yang rambut macam Ahmad Jais ke stesen bas dia nak balik Ipoh. Serius rambut dia dah macam arwah Ahmad Jais muda-muda. AKu dah pastikan sebab tadi aku tengok konsert khas mengenang Ahmad Jais kat tv1. Lepas tu aku pergi seksyen 2 makan ABC. Tu jelah modal aku nak ajak adik aku teman pergi Shah Alam. Sebelum ni dia berkali kali ajak pergi Shah Alam semata-mata nak makan ABC. Memang tak arh! Naseb baik kali ada beberapa sebab untuk Ke Shah Alam selain dari makan ABC je. Aku ajak sekali membe sekolah rendah aku lepa makan ABC. Kebetulan dia tengah cuti study week dan mahu pulang ke Gombak naik bas. Alang-alang, aku hantar dia balik sekali. Kali ni kitorang makan Abc bukan di kedai selalu. Membe aku yang arif betul dengan medan selera ini kerana dah bertahun dia bermustautin di KOlej Meranti mencadangkan kami makan di kedai ABC Frado. kat sini ABC nyer best. Aku rasa sama jer Abc kat situ. Sama je kaedah pembuatannya. Aku rasa nak sepak muka adik aku bila dia cakap ABC tu tak sedap sebab bukan kedai yang selalu tu. Dua alasan aku rasa demikian, pertama, rasa dia dan kaedahnya sama jer bagi aku. Kedua Frado ABC tu memang rasa ABC lah. Palin membabikan makanan yang diorder macam pukimak tak sedap! Membe aku cakap kalau nak makan belah depan tu yang sedap. Nasi goreng kampung macam nasi putih goreng dengan sos. nasi paprik, nasi sikit, paprik rendam minyak kosong jer. Beli berger pulak, buat cincai, roti atas tak ada beza dengan daging. Habis penyek. Untuk lepaskan geram aku bawak kereta laju-laju. Lepas hantar membe aku pun sampai rumah!
TAMMAT!

Isnin, 19 Disember 2011

Tutti Frutti

Khamis Malam
8.30 malam

Aku baru je keluar dari Ampang Park dengan adik aku. Di tangan dijinjit sebuah beg plastik berisi dakwat printer berbangsa Canon. Aku berada disini adalah semata-mata mahu membeli dakwat printer yang baru untuk digantikan dengan dakwat yang sudah kering di rumah. Dakwat baru ini bagi mencetak dokumen-dokumen serta memfotostet segala jenis-jenis barangan yang perlu dibawa untuk temu duga. Selain itu untuk kegunaan di masa akan datang.

Semasa di luar aku ternampak signboard Tutti Frutti di luar. Terus fikiran aku teringat kepada seorang penyanyi genit yang semakin popular. Dia hanya bermodalkan gitar, sopan santun dan akaun youtube untuk menjadi siapa dirinya sekarang. orang yang aku maksudkan adalah Najwa latif. Song played yang berada dalam persoalan minda aku adalah lagu cinta muka buku. Kekadang video klip offisial lagu ini yang beredar dalam minda berlaga-laga dengan satu lagi video klip dari peminat yang menjalani penggambaran di sekitar puncak perdana.

Aku terus berkata kepada adik aku, "tidakkah kau teringin untuk merasai pengalaman bertutti frutti. Aku tak pernah rasa. Sedangkan najwa latif pun dah bercinta dalam kedai tu." malang bagi kami berdua. Sebabkan ini kali pertama untuk mencuba, kedua-duanya memberi alasan tidak reti untuk membelinya. Aku mencadangkan kami duduk berhampiran dengan kedai itu bagi memerhatikan cara orang ramai membelinya bagaimana. Dari jauh kelihatan seolah-olah tiga mesin ATM sedang berada di dalam kedai itu. Kami menjadi hairan, tapi kagum kerana tak pernah kedai menyediakan mesin ATM untuk pelanggannya. Ini mungkin satu strategi yang baik. Bila dah berada betul2 depan kedai itu, mesin ATM yang kami sangkakan tadi rupanya bukan. Tapi sekali lagi kami hairan, kenapa mesin air slurpee Seven E ada dalam ni? Aku nak beli tutti frutti bukannya air slurpee. Baik aku pergi Seven E jer.

Kemudian kami terus menunggu ada sesiapa yang menunjukkan cara membeli tutti frutti. Tapi malang tiada seorangpun yang menggunakan mesin tersebut. Yang peliknya mereka berkumpul di satu sudut kedai tersebut. Rupa-rupanya mereka sedang mengambil gambar bersama dengan artis yang sentiasa panas iaitu Azwan Ali. Takdelah diva sangat, berseluar pendek je dia. Naseb baik Ifa Radziah dengan Didi Alias takde kat situ.

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk bertanya dengan rakan-rakan. Aku mesej Aima tanya bagaimana mahu mendapatkan Tutti Frutti? Kenapa ada mesin ATM dalam ni? Dia reply cakap aku sahaja je buat tak tahu dan mahu menunjuk nunjuk yang aku ke Tutti Frutti. Tak ada niat pun Aima aku nak buat camtu. Apa lah awak ni! Kemudian aku kol Yani, sebab aku tahu dia ni pandai buat pastri. Lagipun dia nak jadi cikgu mestilah dia tahu semuanya kan.Yang paling penting dia pernah kerja di Seven Eleven. Aku pun tanyalah kenapa ada mesin air slurpee, bagaimana mahu mendapatkannya. Dan bagaimana mahu membuatnya. Jadi dialah yang memberitahu segala kod rahsia Tutti Frutti kepada aku. aku pun yakin mahu membelinya tapi sebelum tu aku mahu bertanyakan harga dahulu sebab di poket duit tak banyak. Yani pun memberitahu hari tu dia ambil sikit je pun dah RM12.

aku terus memecut laju motor aku. pulang ke rumah tanpa mencipta sebarang rekod. Entah apa jadahnya tiba-tiba ada roadblock di jalan dalam kampung. Polis-polis ini seakan-akan mahu mengejek kekecewaan aku tidak dapat merasai Tutti Frutti. Damn!

P/S : memaksa diri menulis sebab tak mahu biarkan blog ni bersawang dengan sesawang spiderman! One more, ada sesiapa nak ajak aku pergi tutti frutti tak? HAHA

Ahad, 18 Disember 2011

MERPATI 2.0

aku lepaskan merpati terbang tinggi
yang dahulunya aku kurung dalam sangkar hati
biar kau bebas, lepas
agar kau kenal diri
dan tahu siapa aku padamu.

Selasa, 15 November 2011

Inspirasi Yuna

Di setiap gambar ada lagu
di setiap lagu ada gambar
di setiap kedua-duanya ada cerita.

*harap aku bukan lagi penakut untuk menempuh kembara

p/s: dulu pakai phone je ambil gambar pastu update kat London tapi sekarang dah pakai DSLR. HIHI

Khamis, 3 November 2011

Love at #FirstTimeJumpa

Minggu pertama aku di universiti aku telah jatuh hati kepada seorang gadis ni. Aku join mms hari-hari pun semata-mata nak jumpa dia. Sampaikan aku mesej membe aku "wei first time aku suka pompan bukan nak tetek atau nak memenuhi kehendak seks aku, dia cantik doe". HAHA. Tak pernah-pernah aku mesej dia camtu. Membe aku selamba reply "haha, apa lagi pegilah try!". Dia cakap senang. Apa dia ingat aku hensem cam remy ishak ke senang-senang nak pergi try. Tapi sampai sekarang aku simpan diam-diam perkara ni sorang-sorang. Haa. Memang tak arr aku nak pegi luahkan. Kene sedar diri sedar ruang. Huhu.

p/s: hahahahahhaha

Sabtu, 29 Oktober 2011

Review Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011

Setiap tahun kejohanan Piala Malaysia merupakan satu kejohanan yang cukup penting dalam sukan bola sepak tanah air. Bagi tahun ini pula dua gergasi dari pantai timur dan selatan negara berentap bagi menjuarai Piala idaman seluruh negara ini iaitu Terengganu si sang penyu bertemu Negeri Sembilan si rusa. Negeri Sembilan bukanlah asing dalam kancah Piala Malaysia. Mereka berada di perlawanan akhir tiga tahun berturut-turut. Mereka memenanginya pada tahun 2009 kemudian tewas kepada juara baru Kelantan pada 2010 dan kembali menjuarainya tahun ini. Negeri Sembilan yang dibimbing oleh Azrai Khor yang juga pernah membawa Kedah memenangi piala ini terlebih dahulu sebelum ini. Manakala Terengganu pula kali terakhir memenangi Piala Malaysia ialah pada tahun 2001 yang ketika itu dibimbing oleh Mat Zan Mat Aris. Setelah kemarau dengan piala, tahun ini Terengganu telah memenangi Piala FA menewaskan Kelantan. Terengganu yang kini dibimbing Irfan Bakti telah menunjukkan peningkatan yang besar setelah Irfan Bakti mengambil alih sebagai jurulatih.

Walaupun sebelum perlawanan akhir ini telah dicemari dengan kontroversi mengenai harga tiket RM50 yang tidak masuk akal oleh FAM ianya sedikit tidak mematahkan semangat kedua-dua penyokong pasukan. Kerajaan kedua-dua negeri juga mengambil inisiatif dengan memberikan subsidi kepada penyokong masing-masing dengan Terengganu mendapat subsidi 50% manakala Negeri Sembilan mendapat 25%. Pemilihan stadium juga terpaksa dianjurkan di Stadium Shah Alam yang kondisi padangnya yang kurang memuaskan ekoran penutupan Stadium Nasional untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Terengganu melangkah ke final sebagai juara Piala FA manakala Negeri Sembilan semestinya mahu merawat luka ditumpaskan Kelantan tahun lepas. Kedua-dua pasukan mempunyai corak permainan yang tersendiri. Terengganu mempunyai tektikal permainan serangan yang cukup baik manakala Negeri Sembilan mempunyai pemain-pemain berpengalaman dan corak permainan yang baik. Mereka mampu merubah keputusan perlawanan dalam minit-minit akhir seperti yang dilakukan semasa menentang Felda United.

Perlawanan dimulakan dengan kedua dua pasukan meletakkan kesebelasan utama terbaik. Trio serangan Terengganu iaitu Manaf Mamat, Ashari Shamsudin dan Hadi Yahya berupaya untuk menggegarkan pertahanan lawan manakala Negeri Sembilan mempunyai Hairudin Omar atau Hai-O yang memiliki teknik timing yang cukup baik ketika bola berada di udara, ditambah dengan hantaran-hantaran lintang oleh S. Kunalan dan Shahurain memberi ancaman untuk gawang Terengganu.

Negeri Sembilan mengawal permainan dengan cukup baik malam ini. Dari wisel permulaan ditiupkan anak didik Azrai Khor ini telah memegang posesi perlawanan. Pertahanan Terengganu yang diketuai kapten pasukan Marzuki juga nampak goyah. banyak kesilapan-kesilapan mudah yang dilakukan mereka. Manakala tektikal serangan Terengganu serba tak menjadi. Terengganu mudah melepaskan bola kepada pihak lawan. Serangan-serangan pantas yang dilakukan mereka mudah dipatahkan oleh pertahanan Negeri Sembilan. Separuh masa pertama berakhir dengan seri.

Masuk babak kedua pertukaran dilakukan oleh Irfan Bakti dengan membawa masuk Helmy Remli menggantikan Mazlizam yang cedera di kepala. Negeri Sembilan terus mengawal permaianan. Namun pada minit ke 60 hasil serangan kilat Manaf menggelecek beberapa pemain pertahanan lawan sebelum melorongkan bola kepada Ashari dan Ashari atau digelar Saha berjaya menewaskan penjaga gol dan meletakkan Terengganu di hadapan 1-0. Terengganu mula merampas kekuasaan permainan selepas itu. Namun hasil kesilapan penjaga gol Sharbinee Alawi yang gagal menangkap kemas hantaran bola S Kunalan pada minit ke 79 telah meletakkan Negeri Sembilan sama level dengan Terengganu 1-1. Pemain-pemain Terengganu yang tidak dapat menerima kesalahan keeper mereka mula menunjukkan prestasi yang tidak memuaskan. Hasilnya ayam tambatan Negeri Sembilan yang juga boleh dikatakan tuah dalam Piala Malaysia merembat bola hasil hantaran Shahurain menggegarkan gawang Terengganu pada minit Ke 84. Kedua-dua gol lewat ini telah menjulang Negeri Sembilan sebagai Juara Piala Malaysia mengalahkan Terengganu dengan keputusan 2-1.

Keseluruhannya perlawanan malam ini memuaskan. Membuktikan mutu pemain-pemain tempatan berada di tahap yang membanggakan. Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan mengawal permainan yang cukup. Perlawanan ini juga tidak dicemari dengan insiden-insiden yang tidak diingini. Cuma seperti biasa dentuman-dentuman mercun masih lagi kedengaran dan pancaran-pancaran laser kepada pemain. Selain dari itu, perlawanan ini berlangsung dengan cukup baik. Malam ini, semuanya tidak menjadi buat pasukan Terengganu. Barisan serangan mereka dikawal dengan ketat oleh pertahanan Negeri Sembilan. Negeri Sembilan berjaya mengawal permainan walaupun gawang dibolosi pada awalnya. Kesilapan Sharbinee Alawi memang sesuatu yang tidak boleh diterima. Namun semua kesalahan tidak boleh diletakkan di bahunya seorang. Kesilapan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Apa yang menarik perhatian ialah kelihat Hairudin Omar atau Hai-O di pentas Piala Malaysia. Beliau merupakan seorang pemain yang membawa tuah buat pasukannya. Edisi dua tahun lalu beliau bersama Negeri Sembilan memenangi Piala Malaysia kemudian berhijrah ke Kelantan tahun lepas dan membawa pula Kelantan menjuarainya mengalahkan Negeri Sembilan. Sekali lagi tahun ini bersama negeri Sembilan beliau berjaya menjaringkan gol kemenangan dan seterusnya menjadikan Negeri Sembilan juara Piala Malaysia. Faktor umur tidak menghalang beliau beraksi dengan stamina yang cukup tinggi selain memiliki teknik tandukan dan timing yang cukup baik di udara. Beliau juga membuktikan yang beliau boleh diharapkan pada waktu yang paling diperlukan.
Akhir sekali, tahniah diucapkan untuk Negeri Sembilan dan untuk pasukan Terengganu jangan bersedih, kerana anda juga adalah pasukan yang bagus cuma nasib tidak menyebelahi. "Majulah sukan untuk negara"!

p/s: bagi sesiapa yang mahu mendapatkan khidmat saya sebagai penulis ulasan bolehlah emel saya. Tidak kira apa topiknya. Saya masih menganggur. Gaji boleh dirunding. HAHA

Jumaat, 14 Oktober 2011

Tanpa Noktah!

Berlari macam orang gila dapat hadiah dari orang kaya gembira dan tak pernah rasa begini bila kali terakhir pun tak tahu tetapi dalam hati pernah rasa seronok apabila dapat basikal buat kali pertama masa umur belum pandai melancap lagi ataupun melihat setiap dada perempuan yang lalu lalang di depan mata sambil mendepankan dada seolah-olah sedang membuat pertunjukkan di depan pereka dan peminat-peminat fesyen seluruh dunia untuk menarik minat mereka mengukur dada dan membuat ukuran baju yang kurang dari ukuran sebenar untuk menampakkan keseksian dan mengikut fesyen terkini dan berbalik pada cerita aku yang mula-mula aku tulis tadi pasal aku gembira sangat kerana aku dapat hadiah dari seseorang iaitu hadiah berbentuk hati yang masih berdegup dan aku akhiri cerita ini terima kasih kerana melayan aku merepek sebab aku tak boleh tido!

Isnin, 10 Oktober 2011

Confession

Hai. Saya Muhammad Farhan bin Ramli ingin membuat confession. Oleh kerana saya Islam maka tidak perlulah saya pergi ke gereja berjumpa dengan Paderi untuk membuat confession. Kerana Allah lagi maha Pengampun dan Penyanyang. Saya nak buat confession tentang bagaimana saya merokok.

PERINGKAT AWAL
-mula-mula saya mahu mencuba. bak kata pepatah tak cuba tak tahu tak kenal tak cinta. Saya sebagai Melayu sejati mengenggam erat pepatah itu. Saya mencuba merokok melalui kawan sebaya atau yang atas baya. Saya mencubanya seperti kebanyakan remaja yang mencuba duduk di dalam bilik air berjam-jam sambil membawa handfon yang boleh memainkan video 3gp.

PERINGKAT KEDUA
-selepas mencuba dijadikan alasan untuk merokok, kemudian saya menghisap rokok sekadar mahu mencapap(cari+publisiti). Konon-konon nak menjadi dewasa cepat. Alangkah bangganya kalau saya menghisap rokok di kawasan terbuka dan dilihat kawan-kawan lain. "Gila arr!!! ko hisap rokok doe!". Time ni harapkan sponsorship rokok dari membe-membe.

PERINGKAT KETIGA
-merokok menjadi ketagih bukan lagi untuk menunjuk-nunjuk. tak kisahlah hisap rokok di dalam jamban asalkan mendapat. Awalnya tong-tong duit dengan kawan untuk membeli sekotak rokok yang pada ketika itu lebih murah. Berbagai-bagai percubaan jenis rokok dilakukan pada waktu ini. Makin teruk apabila tak pernah rasa cukup dengan jumlah batang yang diperolehi. Mula membeli sekotak rokok sendiri.

PERINGKAT KEEMPAT
-mendapat batuk yang amat sakit. kong kong bunyik dia, tapi takde kahak. Sejarah keluarga ada batuk kering membuatkan diri berasa amat takut. Ditambah dengan gamba-gamba mengerikan di kotak rokok. Paling menakutkan saya ialah gamba barah tekak kerana pada waktu itu, gamba inilah yang paling berkaitan dengan saya. Lagipun saya belum kahwin. Berhenti merokok walaupun sangat tidak selesa. Rasa diri macam orang bodoh penangannya.

PERINGKAT KELIMA
-berjaya berhenti selama dua tahun. tak sentuh dah rokok. Namun segalanya berubah di universiti. Dengan tekanan belajar dan berjauhan dengan keluarga mengembalikan semula saya kepada rokok. Kehidupan sendiri yang berjauhan dengan keluarga memberi ruang yang amat luas untuk saya merokok sesuka hati. Mula setia dengan sejenis rokok kerana ada rokok yang tidak sesuai. Tapi kalau dah sangap sangat kretek pun boleh. Merokok bukan lagi hobi tetapi kerjaya.

PERINGKAT TERKINI
-perokok tegar. hampir setiap masa mesti merokok. Namun ada certain-certain waktu saya tidak merokok. Kalau di rumah boleh saja tidak merokok dalam masa tidak lebih seminggu. Tapi tetap ketagihan merokok. Sebenarnya takut untuk berhenti merokok tiba-tiba takut kalau-kalau ginjal tidak berfungsi secara tiba-tiba. Pernah seorang kawan berhenti merokok secara tiba-tiba dia demam yang teruk sampai tak larat bangun seminggu masuk hospital. Kemudian kembali merokok. Mungkin saya akan berhenti tapi buat masa ni LEK LU SAP KO LU!

P/S : Jangan mula hisap rokok nanti menyesal. Rokok merosakkan kesihatan. Hanya perokok saja yang paling bagus memberi nasihat sebab hanya perokok saja yang mengalaminya dan memahaminya.

"Eh lupa, ada lagi satu nak confess. I'm still single and I'm live with my parents. So what!"

Sabtu, 8 Oktober 2011

Kerjaya

Hai nama saya Farhan. Nak cerita sikit ni. Pasal sebuah rumah batu tak berapa besar. Dulu rumah batu ini ramai yang tinggal. Tapi tempohnya sekejap je. Dulu rumah ini meriah dengan gelak tawa gelak sakan. Halaman rumahnya diseronokkan dengan permainan tradisional setiap hari. Tapi sekarang waktunya dah sampai. Masing-masing harus tinggalkan rumah batu ini untuk meneruskan kehidupan. Tinggallah seorang tua yang masih ligat, keseorangan membelek-belek kontrak penyambungan pengajarannya. Walaupun tua tapi masih sihat walafiat. Manakan tidak, dalam usianya sebegitu masih mampu tergelak-gelak sambil merangkak bawah meja. HAHA. Bila semua dah keluar ni, macam-macam yang saya dengar dari khabaran angin tentang mereka. Dengar cerita masing-masing dah mula memilih karier yang mahu dipilih. Antara karier-karier yang saya dengar khabarkan ialah:

-menjadi tester tilam. jangka masa panjang memiliki syarikat tilam sendiri jenama Bonok
-menjadi juruwang di Petronas. Jangka masa panjang memiliki syarikat petroleum tersendiri.
-bekerja di bawah pengarah terkenal Erma Fatima. Ramai yang cakap dia dan Erma Fatima look alike.
-membuka kelas tuisyen masakan. jangka masa panjang memiliki restoran
-mewakili negara dalam sukan sepak takraw
-bekerja sepenuh masa di syarikat YES sambil mewakili Malaysia dalam sukan Silat Olahraga ke Sukan Sea
-bekerja dengan seven eleven. jangka masa panjang memiliki kedai serbaguna eight twelve
-membuat komik sepenuh masa. beberapa tahun akan datang akan mencipta application untuk bermain dram secara imaginasi. (invisible drum)
-menyertai akademi polis. Dengan harapan satu hari nanti akan menjadi ketua polis wanita pertama.
-membikin novel-novel cinta. Impian mahu sentiasa bergelumang dengan keindahaan cinta bersama insan tercinta.
-menjadi pelakon teater dan penyanyi terkenal.
-menjadi penulis sepenuh masa dan orang paling cool dlm dunia
-menjadi terkenal sebagai pemuzik dan pencover lagu2 melalui channelnya di utube.
-menjadi pemain skate terkemuka dunia.
-mengambil kursus psaikologi untuk menjadi pensyarah psaikologi
-menolong ibu di restoran dan dijangka mengambil alih restoran tersebut
-mencari lelaki kaya dan menjadi surirumah sepenuh masa
-mencari janda kaya dan menjadi suami sepenuh masa
-menjadi perombak kertas soalan peperiksaan
-menjadi ahli politik di dewan undangan negeri Pulau Pinang
-menjadi bendahari Majlis kewangan syarikat terkemuka
-menjadi manusia yang boleh berpijak atas kaki sendiri.

p/s: haa sape kata belajar penulisan tak boleh carik makan. HAHA



Jumaat, 7 Oktober 2011

Perasan

Hari aku putus cinta dimana aku gelak sorang-sorang memikirkan aku tak pernah dicintai pun. HAHA

Jumaat, 30 September 2011

Ceramah Cinta

sepasang kekasih sedang duduk di kerusi. di depan mereka penuh dengan kehijauan saujana memandang. Taman Tasik Titiwangasa itu memang gemar dijadikan tempat menghormati percintaan mereka. Lelaki itu beberapa kali cuba memegang tangan kekasihnya tetapi perempuan pula seringkali melepaskan genggaman lelaki tersebut.
Lelaki : kenapa dengan awak ni? tak salah kan kita bercinta? Allah tak pernah melarang hambanya untuk bercinta kerana dia jugalah yang mengurniakan hati dan perasaan.
Perempuan : memang. tapi Allah murka dengan hambanya yang tidak menggunakan akal fikiran yang Dia anugerahkan.
p/s : tak salah bercinta tapi cukup salah berzina.

Khamis, 22 September 2011

Seloka Rumah Kita

Seloka Rumah Kita

Naikkan tiang bina rumah

Empat serinya tiang tersergam

Pacak satu-satu dalam dalam

Supaya rumah tak bergoyang

Dalamnya dihias berseri-seri

Langsirnya berwarna warni

Serba cantik serba indah

Rumah yang kita bina bersama

Berkat ilmu yang cikgu beri

Rumah siap indah sekali

Belas-belas jumlah penghuni

Masing-masing perangai sendiri

Halaman rumah kita serikan

Sukan rakyat kita meriahkan

Riuh tawa gelak sakan

Hati senang tawa riang

Ribut petir taufan pula datang

Rumah bergoyang dari dalam

Puting beliung keliling rumah

Penghuninya lari berkeliaran

Syukur Tuhan rumah tak runtuh

Angin yang kuat dapat bertahan

Tiang seri masih berdiri

Rumah masih boleh diduduki

Tapi sayang seribu sayang

Penghuninya keluar tak mahu kembali

Kata bukan tempatnya lagi

Masing-masing membawa diri

Kalau ada rindu dalam hati

Pulanglah, rumah ini sentiasa menanti.

Jumaat, 9 September 2011

Melayu dan Esainmen

orang Melayu perlu bersatu
wujudkan satu software/perisian pantun berkait
secara otomatik pantun yang dibuat akan berkait.

orang Melayu mesti bersatu
hidupkan puisi terus terusan
supaya puisi tak terkuburkan/terkuburan.

"umat Melayu harus selamanya bersatu. umat Melayu jangan sembah sesiapa melainkan Tuhan."

Khamis, 25 Ogos 2011

K.I.T.A

kita sudah banyak usaha untuk membina rumah bagi semua
kita hiaskan depan rumah dengan bunga-bunga mekar
kita meriahkan halaman dengan riang tawa sukan tradisi
kita bahagiakan penghuninya dengan kasih sayang tak terhingga
kita imarahkan dengan bacaan-bacaan puisi bersama kawan
kita lirikkan lagu buat teman.

gua harap ribut kencang yang melanda ketika ini tidak meruntuhkan rumah ini. sayang tengok rumah ni tumbang sebelum berpindah. PEACE YAW!!!


Khamis, 18 Ogos 2011

Zombie Mimpi Merpati

Malam semalam seekor zombie telah bermimpikan merpati putih yang dia telah lama lepaskan dahulu. Dia jadi zombie pun sebab merpati putih tinggalkan dia.

Khamis, 4 Ogos 2011

LUKA

Sakitnya hati bila kita ingat orang tu dah sayangkan kita dan kita pulak dah sayangkan dia jugak tapi hakikatnya cinta itu hanyalah cinta mainan.

*hanya imaginasi liar penulis, takde kene mengena. Tetibe rasa nak beli toy soldier. Nak main masa kelas music dan society. HAHA

Khamis, 30 Jun 2011

Draft

Tulis sebuah karangan bermula dengan ayat 'Suatu hari, dalam perjalanan pulang dari sekolah, tiba-tiba.......'.

Suatu hari, dalam perjalanan pulang dari sekolah, tiba-tiba, cuaca yang sebelum ini cerah mula bertukar mendung. Awan hitam mula berarak atas kepala gua mengejar satu sama lain. Guruh yang menderum seperti ngauman raja hutan mula berbunyi-bunyi. Gua yang masih budak sekolah tidak dapat menyembunyikan perasaan takut. Pundi kencing gua bekerja keras menahan paip dari bocor. Gua tak nak terkencing takut malu bila membe-membe lain dapat tahu. Gua anak lelaki. Anak jantan. Tapi gua juga manusia ada rasa takut. "Fakkk!!! Tadi takde kabus kat depan nie." jerit gua dalam hati. Entah secara tiba-tiba lorong depan gua diselubungi kabus macam kat Fraser Hills lepas hujan. Langsung gua tak nampak jalan. Gua beranikan diri melalui jalan buta itu, sebab yang gua tahu gua mahu sampai rumah cepat. Bila sampai di depan, entah macam mana gua tiba-tiba berada di tempat lain. Gua tak cam langsung tempat tue. "Mana rumah Mak Itam sebelah jalan ni"?tanya gua sendiri. Kepala lutut gua dah mula tak stabil kedudukannya. Asyik menggigil dari tadi. Gua tetap memaksa lutut gua bekerjasama dengan kaki dan meneruskan perjalanan. Dalam langkah berhati-hati itu dengan tak semena-mena...............???????

*nak tahu lebih lanjut? dapatkan dalam keluaran terbaru Nokss dari 9BELAS zine.

Sabtu, 25 Jun 2011

Entah

Cuba kau buka tong sampah.
Wajah aku yang kau buang dulu dah takde.
Aku dah kutip semula,
walaupun perit, malu.
Tapi aku harus hadapi kenyataan.

Rabu, 22 Jun 2011

Laporan

Laporan perubahan dua minggu tiada rumah

Adik gua dah ada hala tuju. dah masuk belajar KLMU. Sekarang nie senang arr dia nak menempuh hidup sebab dunia dalam genggaman. Mungkin nanti gua boleh tuliskan lirik untuk kolej ni. Macam dah takde idea asek genggaman kita genggaman ku ulang-ulang. lupa nak bagitahu adek gua amek kulinari. Nak buat camne dia minat nak jadi chef. Lantak kau lah dek. Aku tahu lepas ni ko masakkan untuk aku. Selain itu, di depan halaman rumah terdapat sudah satu kolam ikan keli yang dalam ada 100 lebih benih ikan keli. Tapi info terbaru tujuh sudah mati. Umur tak panjang. Ini juga kerja adek gua. Dia berusaha sama dengan pakcik gua. Gabung dua-dua nama jadi Perindustrian Pembekal Benih Ikan Keli Mal & Wan. Tak sangga dua minggu tak balik macam-macam perubahan berlaku. Adek gua dah ada perancangan masa depan. Tapi gua? Kalau tanya gua ada apa, gua jawab gua ada sajak, cerpen dan skrip. Amacam?
Sekian.

*walaupun penulis demam dia tetap menulis. HAHA

Khamis, 26 Mei 2011

FENTAW

mesti ramai yg nak taw kan apa result aku. maklumlah follower ramai. ada lah dlm 36. ramai tu!!!
apa yang aku nak cakap result aku terok. sem ni aku bawah 3 dan kalau ibu taw memang kene bebel smbl mengimbau kesusahan orang lain tapi berjaya dalam pelajaran, membandingkan aku dengan anak-anak kawan-kawannya dan tidak terkecuali membuat perbandingan antara aku dengan sedara-sedara lain yang lebih berjaya walaupun ibu tak amek subjek ayah agi yang kene buat perbandingan.

aku bersyukur sebab Prof Said bagi aku c+. masa exam aku buat cam cilake. prof sol memang tak suka aku. masa presentation aku dapat c. lepas tu aku tungkus lumus buat esei. last2 result dye cuma tambah simbol + je kat blakang. mungkin dia buat camtu sebab aku tolak nak bersalam dengan dia dalam kelas. dia kecil hati aku tolak cinta dia. HAHAHA. Pak Agi memang takkan bagi aku A kot. Walaupun lagu aku berjaya meruntun jiwa gadis2 dengan belaian lirik2 mengasyikkan tapi tetap tak A. (perasan itu percuma). yang lain-lain tu cam bese2 je. kali ni aku tak berjaya menambat hati memmey walaupun aku baik hati menjadi klasrep untuk latesubmitters. dloo wat last minit dapat A, ni aku buat awal dua tiga hari tak dapat A. hurmmm. cikgu diarhea selalu tak masuk klas tu dye bg B. tapi dia yang tak masuk kelas siap sms aku lagi tapi kenapa aku pulak dapat b patutnya dia yang dapat c. ETR aku kira okey arr...nak mintak lebey2 mmg mintak penampar. PALING AKU HEPPY PSYCHO AKU DAPAT A, TERIMA KASIH SEBAB BUAT GRUP KAT FB. HAHA. CIKGU ENSEM PANDAI MENARI!!! aku tak gay.

Apa2pun Alhamdulillah Syukur dengan apa yang aku dapat dan terima kasih cikgu2 sem lepas. dan aku takkan sesekali salahkan sukan rakyat sebagai punca kemerosotan result. HAHA

p/s: fentaw= fening + dapat taw

Isnin, 23 Mei 2011

single

topap kredit

kredit habis tempoh

topap balik

tamat tempoh

tapi kredit tak abes-abes

orang single kan sape nak mesej-mesej
orang single nak kol siapa

Selasa, 17 Mei 2011

Nur Dalam Kasih

Untuk kau,

Wei, maafkan aku. Tak mungkin aku dapat terus dengan kau. Aku mahu berubah. Aku dah taknak hidup macam ini. Ya aku tak nafikan kau telah buka hati aku. Kau buat bunga hatiku berkembang. Warna pelangi memenuhi ruang dadaku. Detik walau sesaat bersama kau sangatlah bermakna pada aku. Setiap saat berjalan, bila bersama kau tidak aku rasakan. Dunia seolah berhenti mengalah dengan cinta kita. Pada aku, kau memang menyeronokkan. Dan aku sangat seronok dengan kau. Tapi...tak mungkin aku dapat teruskan bersama kau. Maafkan aku sayang. Masa itu semua sudah berlalu. Sekarang aku lebih kenal diri aku. Aku punya Tuhan dan aku telah lama lupakan Dia. Selama bersama kau setiap saat hatiku menyebut namamu melalui mulut sedangkan tidak sesaat aku menyebut Allah. Kali ini aku sedar waktu untuk berseronok sudah tamat. Kau memang menyeronokkan dan menggembirakan, tapi langsung tidak membawa aku kepada kegembiraan hakiki, keseronokkan rohani. Sungguhnya, sekarang aku telah mula sedar, Allah sahaja kegembiraan aku, menyembahnya sahaja keseronokanku. Tapi Allah menciptakan manusia berpasangan. Kalau kau jodoh ku, aku terima. Tapi sayang, mari kita bersama-sama berubah. Allah itu maha penyanyang dan pintu maafnya sentiasa terbuka untuk hamba-hambanya seperti kita. Jom kita bercinta kerana Allah!

Rabu, 11 Mei 2011

Subjektif


Kecantikan itu subjektif. Bukan boleh diungkap dengan pilihan A B C D

Tapi kita tahu berapa ramai yang suka menjawab soalan yang mempunyai pilihan jawapan.

Orang yang menggunakan mata sahaja akan mudah mengatakan sesuatu itu cantik atau buruk tetapi orang yang menggunakan sekali mata hati takkan sesekali mudah untuk mengatakan sesuatu itu buruk. Di sebalik keburukan pasti terletak kecantikan. Kita bukan sempurna kan.

Rasai kecantikan dengan rasa yang paling jauh dalam lubuk hati.

Isnin, 2 Mei 2011

Tak Bisa

Pernah dulu
kau hadir
kongsi cinta
bersama

Kenangan
yang tinggal
kau beredar
aku kembali seorang

Maafkanlah
aku tak bisa
jadi yang lain
seperti kamu minta

Maafkanlah
aku tak bisa
jadi sempurna
untuk cinta kita

Tak bisa
untuk aku
lupa cinta
yang pernah kita
kongsi bersama

Sabtu, 30 April 2011

Cinta Pertama

Pertama kalinya
aku rasa bahagia cinta
bila kau hadirkan diri

Hadir nama hawa
mengukir dinding hati
memenuhi ruang dada
membelai jiwa

Kerana kau
aku punya alasan
untuk membiarkan diri
bercinta pertama kali

Sempurnakan jiwa lelakiku
buatku teguh berdiri
langkahku kini berani
bunga hatiku berwarna pelangi

Kini
aku bisikkan doa
dalam kalimah cinta
hanya pada satu nama
berbahgia selamanya

Rabu, 27 April 2011

Perasaan vs. Perasan

Aku cuba buka seluas-luasnya pintu gerbang hati kecil aku ini untuk dia. Tapi tiba-tiba aku seolah-olah terasa dinding hatiku diselaputi huruf-huruf p.e.r.a.s.a.n. Helaian-helaian huruf ini seakan tidak membenarkan aku membuka satu-satunya pintu hati aku. Hatiku penuh semak. Aku cuba cantikkan dengan bunga dan sekali lagi perkataan itu menghantui dan mencemarkan taman-taman dalam hati aku. Aku mengaku jiwa aku tidak kuat. Perkataan perasan tue lagi kuat dari aku. Langsung membuatkan perkataan perasaan tidak mempunyai makna apa-apa dalam kamus jauhari aku. Sekarang aku hanya bertuankan perkataan p.e.r.a.s.a.n itu. Aku biarkan sahaja perasaan aku sendirian. Aku sembunyikan dalam-dalam. Sebab aku hanya seorang lelaki perasan yang mengemis secebis cinta dari seorang perempuan.

*hahahaha...bapak geli syial. tak sangka gua boleh tulis camnie. pffft!

Ahad, 17 April 2011

L O S E R

naseb baik gua takde banyak kekasih-kekasih. kalau tak mesti sekrang gua tengah dihantui oleh hantu-hantu kekasih-kekasih lama gua. rasa berapa banyak hujan tangisan yang gua kecewakan dan lihat berapa banyak tisu yang digunakan untuk mengesat air mata yang mengalir dari mereka. Tapi gua naseb baik sebab gua takde awek. Gua tak ada kekasih. L O S E R kan gua? yeah!

*terpengaruh dengan filem Ghosts of Girlfrens Past. gua suka dengan Matthew McConaughey. Tapi gua bukan gay. gua rasa Matt ni ngan Shia Labeouf macam adik beradik. Lebey kurang sama lakonan pun serupa kurang. Sape setuju sila buat status di FB(siapkan diri utk kruk kruk kruk)

Ahad, 13 Mac 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Tengah hari tadi saya berkesempatan untuk menonton filem epik Hikayat Merong Mahawangsa. Kegusaran mendapatkan tempat kerana tayangan akan bermula pukul 12.45 tapi kelewatan beberapa minit hanyalah sandiwara. Bilangan penonton kali ni tidak seramai dan seGah masa saya menonton hantu kak limah di pawagam yang sama. Pawagam tidak penuh bahkan banyak lagi kerusi yang terbiar kosong.

Secara keseluruhan, untuk filem epik pertama Malaysia, filem Hikayat Merong Mahawangsa ini bolehlah dibanggakan. Yusry bijak mengarah filem ini sehingga mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan. Filem ini tidaklah membosankan perjalanan ceritanya. Namun terdapat beberapa kekurangan yang boleh diperbaiki. Penggunaan cgi sangat berkesan untuk filem ni walaupun terdapat beberapa kekurangan. Ini bukan Hollywood yang kita boleh harapkan lebih dari apa yang Yusry buat. Cgi yang kurang menarik ialah semasa awal-awal babak pertempuran semasa Puak Geruda menyerang kawasan persinggahan Rom dan China. Babak-babak seperti kapal terbakar, kapal karam dan lain2, sedikit kurang menarik dan tidak sempurna. Namun harus dipuji. Walaupun begitu aksi-aksi pertempuran samada berlawan menggunakan pedang atau tenaga semata sangat berkesan. Saya suka dengan koreografi pertempuran dan aksi-aksi yang ditunjukkan dalam babak-babak pergaduhan. Tetapi satu yang saya kurang suka ialah pengakhiran bagi babak-babak pergaduhan yang kurang sempurna dan terlalu mudah. Bayangkan lanun Geruda yang masih ramai semasa cuba mendapatkan Merong di atas menara kayu, mereka menjatuhkan menara itu dan secara tiba-tiba semuanya rebah ke bumi. Selain itu, babak-babak pergaduhan memang sangat berkesan.

Penggunaan pemuzik-pemuzik professional dari Philharmonic Orchestra Malaysia sangat memberi kesan kepada filem ini. Skor muziknya menarik dan mempunyai jiwa yang selari dengan setiap babak yang dilakonkan. Yusry berjaya mensynchornisekan muzik dengan setiap babak dengan berkesan. Begitu juga dengan sound efek ataupun kesan bunyi.

Pelakon-pelakon dalam Filem ini juga sangat menjiwai watak. PEmilihan-pemilihan pelakon sangat bersesuaian dengan watak yang diberikan. dialog-dialog yang diucapkan juga menarik dan berbunga-bunga. Saya rasa lebih baik memasarkan filem tersebut dalam skala bahasa Melayu yang dipasarkan di negara kita daripada memasarkan dalam bahasa inggeris. Ada satu scene yang mata saya dapat menangkap dengan baik ialah semasa Puteri China sedang mandi dalam kolah. Fuhyoo nampak kot. HAHA.

Konklusinya, filem ini boleh dibanggakan. Saya cadangkan siapa yang belum tengok, harus menontonnya di pawagam. Daripada 10 bintang saya bagi 8 bintang. Gudjob Yusry dan angkatan-angkatan krewnya. TAHNIAH!

Zine

SURAT TAK RASMI ni aku tulis
khas buat kau GADIS BERTOPANG.
Maafkan, kali pertama aku lihat kau aku terbuat DOSA-DOSA GRATIS.

Selasa, 8 Mac 2011

NYONYA

Hari ni gua singgah ke kedai runcit cina sebelah kedai runcit india. Petang tadi gua masuk jap kedai runcit India tu nak beli bola tennis. "Main roundres ha?" tanya ane tu. " Ha'ah, u pun ada main jugak"? jawab gua sambil melontarkan soklan. " Doloo kicik-kicik saya ada main juga". jawabnya. Gua pun tinggalkan 80sen yang selebihnya Diah yang bayar. RM2.80sen semuanya.

Malam ni gua makan kedai kayu yang gua lepak ngan dak kelas petang tadi. Gua tak makan. Minum kopi tarik je. Kaw cam lancaw. Tengok sorang kawan kelas gua makan nasi goreng tomyam buat gua teringin. Makan malam tadi gua melempiaskan nafsu teringin gua untuk makan nasi tu. Memang sedap. Lepas dah makan dan mengurangkan tempoh sisa hidup gua dengan menghisap asap maut, gua menuju ke kedai runcit cina tu yang jarang sekali gua singgah. Kedai runcit india tu mengatasi populariti.

Gua nak bayar duit keropok buatan Kelantan tapi nyonya tu suh tunggu kejap. Ingat nak habiskan urusan jual beli dengan Idham. Kemudian dia capai jugak gua punya RM2. Masa gua nak ambik baki 40sen dia suh kejap lagi. Tiba-tiba dia letak newspaper atas meja sambil tunjuk muka seseorang. Gua hanya nampak gamba orang dengan tulisan mandarin. Nyonya tu diam. Mungkin dia nampak muka gua macam pakwe Cina hensem dia muda-muda dulu. Gua dengan Idham hanya terpaku melihat newspaper tu. Mata kami terdiam. Akhirnya Nyonya tu menerangkan kepada kami alkisah dalam newspaper tu. " Dloo dia ni gemok! Skang haa dia jumpa doktor ni dia sudah kurus. Dia Melayu maa!" terang nyonya tu satu-satu kepada kami. " Dia masukkan ni bende dalam perot dengan air garam, nanti lagi satu tahun dia bukak sudah boleh potong berat badan. Ni laki May tahun lepas dia taruk sikalang dia bukak sudah hilang 40kg woah!" terang Nyonya tu lagi. Gua hanya boleh mengangguk. Gua cuba carik alasan supaya Nyonya tu berhenti. " Lu tengok sikalang dia sudah kurus. Dloo dia 135 kg. Sikalang sudah kurus, manyak ensem," nyonya tu berusaha menyakinkan gua. " Okeylah auntie, nanti gua cuba. Terima kasih." tutup gua dalam perbualan tu. Lepas tu gua ngan Idham pun beredar dari kedai tu. Jauh sikit dari kedai tu kitorang gelak lekek-lekek. Gua janji nak post hal ni dalam blog. Gua tunaikan janji.

*Nyonya! Terima kasih concern kat gua.

Ahad, 6 Mac 2011

Menanti Siang

Malam,
ku menyelusuri denai-denai angan
menciptakan imaginasi sendiri
untuk bekalan di hari esok.

Malam,
ku lihat bulan ku sudah ingatkan matahari
ku lihat bintang telah ku kenangkan awan
esok penentu hari seterus ku.

Malam,
untuk ku menggeledah seluruh almari mimpi

Siang,
aku mahu merencana segenap usaha.

Apa yang boleh ku harapkan, moga di hujung siang nanti akan ada pelangi.

Jumaat, 4 Mac 2011

DRAMA DARJAH LIMA

Pian yang berbadan besar ni memang lah sangat tak betul perangainya. Dapat-dapat pulak jika dia bersama tiga rakan pengawasnya yang lain ditambah rakan-rakan laki sekelas yang lain. HAri ini merupakan hari jamuan kelas bagi kelas 5S. Kelas 5S merupakan kelas pertama di sekolah rendahnya yang motonya 'Usaha Tangga Kejayaan.' Dia masuk ke kelas ini bukan sebab dia pandai tetapi atas sebab dia pandai membuat muka comel sehingga cikgu ingat dia pandai. Seperti biasa bila sahaja ada jamuan, setiap orang akan menyumbang walaupun tak banyak tapi sikit-sikit tetap ada. Walaupun hanya menyumbangkan nama dalam kehadiran dalam jamuan kelas tersebut. Pian selalu sahaja menyusahkan maknya meminta untuk memasak sesuatu untuk dibawa ke kelas.

Sebelum mulanya jamuan, penuh satu meja makanan yang dibawa oleh semua. Klishenya seperti KFC dan selalunya KFC disponsor oleh rakan Pian yang digelar oleh Pian sebagai Kak Pah. Dalam sekelip mata, sebab Pian punya mata masuk habuk kejap kebil kejap kelip, makanan diselubung rakan-rakan termasuk Pian seperti seramaian lalat menghurung taik. Masa berlalu pantas dan jamuan pun seolah-olah akan berakhir. Lelaki hanya boleh diharap untuk makan tapi bila sampai part mengemas memang payah. Bukan apa sebab lelaki mempunyai ego dan menjaga komitmen sebagai seorang lelaki sejati. Kemas mengemas ni kerja pompuan.

Tapi kalau soal bab membuat sepah itu boleh diterima pakai. Mulanya hanya Pian dan dua tiga rakannya yang lain sahaja yang mula membuat kerja merapu. Habis dicampurnya lebihan-lebihan sos yang mak Pian bekalkan untuk dicicah dengan cucur udang tadi dengan sisa-sisa air berkarbonat botol besar. Dengan tetibe lebey ramai lagi budak-budak laki yang mula join kerja merapu tu hingga ada sampai yang minum air campuran Jamu Mak JAnda tu. Bukan itu sahaja, malah mereka turut menjadi macam monyet yang sedang menyepahkan segala sisa makanan yang ada diatas meja. Main baling-baling kulit kacang cap tangan, ada juga cap Ngan Yin.

Kerja-kerja monyet mereka tadi tidak disenangi oleh gadis-gadis kelas pandai yang bukan semuanya boleh bergurau. Gadis-gadis tu mula memarahi mereka terutama kepada Pian kerana dialah kepala kepada monyet-monyet yang lain. Tapi Pian hanya buat cool beruk dia. Nak dijadikan cerita ada seorang gadis ni namanya Asma yang betul-betul marah dengan budak-budak lelaki monyet tu. Maybe sebab dia lah in charge dalam bab2 cleaning kelas ni. dia betul-betul marah tapi Pian still cool cuma ada seorang budak laki ni yang tetibe terasa dan naik hangin dengan Asma. Nama dia Futra, dia dan Asma sebenarnya rapat. Tapi semasa sedang Asma memarahi budak-budak laki tu semua, Futra juga ada di kalangan budak-budak laki. Futra sedikit terguris dan tidak sangka rakan rapatnya Asma meninggikan suara kepada dia. Futra mula menangis dan semasa sekolah rendah budak lelaki menangis adalah perkara biasa. Bukan apa mengikut Sains, lelaki lebih lambat matang dari perempuan tetapi mengikut teori Pian perempuan banyak menangis dari lelaki.

Terjadilah scene kejar mengejar diantara Asma dan Futra tetapi bukan di dalam hujan renyai-renyai tetapi di dalam tangisan hujan air mata kedua-dua belah pihak. Asma cuba memujuk Futra yang merajuk sambil menangis sehinggakan Asma turut serta menangis. Tapi Pian still cool dan setitik pun air mata dia tidak jatuh melihat keadaan itu melainkan titik air liur sebab cuba menahan gelak sampai tersembur sembur. Keadaan seolah-olah tidak terkawal time tu. Semua boleh nampak yang Futra memang betul-betul makan hati. Asma langsung tak dapat berbuat apa-apa walaupun sama-sama menitiskan air mata. " Maafkan aku Futra, aku tak sengaja. Janganlah macam ni." rayu Asma. " HUH! Balik ni aku nak BUNUH DIRI! Kau takkan jumpa aku esok!" ugut Futra. Selepas itu sesi persekolahan tamat. Masing-masing menatap muka Futra yang berjalan keluar dari kelas, manalah tahu mungkin itu kali terakhir akan menatap wajah Futra. Sementara itu, Asma terus-terussan menangis dan dipujuk oleh rakan-rakan gadis yang lain. Pian terus membuat muka cool dan perlahan-lahan meninggalkan kelas untuk pulang takut nanti dia diminta tunggu untuk mengemas kelas.

Keesokan pagi. Pian dan rakan-rakan lain sangat risau dengan Futra. Futra punya bayang langsung tak nampak. JAm sudah hampir menyuruh sesi persekolahan bermula. Paling risau diantara mereka semestinya Asma. Hampir saja loceng berbunyi, kelibat Futra kelihatan sedang terkejar-kejar kerana sedar dirinya lewat. Muka lega jelas terpancar di muka Asma dan rakan-rakan yang lain. Mereka pun berbaris di balkoni kelas untuk menyanyikan lagu Negaraku.

~ SEKIAN ~

*setakat makan panadol dengan air coke takkan bawak mati der. FYI, Futra tu sampai sekarang masih bernyawa dan sihat walafiat.

Jumaat, 25 Februari 2011

Telemovie Clishe (MAP)

Watak-watak
Pian
Idham
Dzia
Aima
Mandy

HAri ini mereka berlima bercadang mahu ke MAP di Solaris untuk melihat tayangan-tayangan filem pendek dan sebagai pelajar filem yang menuju ke arah prolifik kegiatan ini amat perlu. Tapi yang membingungkan Pian selalunya dia mengambil kakak sedaranya pulang dari kerja dia selalunya akan lalu di Solaris Soho KL dan dia yakin tempatnya disitu tetapi bila diteliti rupanya MAP tu kat Solaris Dutamas. AHH! Sudah! KAt mana pulak tu? Dengan pengalaman mengambil kajian tempatan sebagai salah satu subjek pelajaran sekolah rendah masing-masing mulalah mengoggle map.

(sebelum itu) "Wei kita akan pergi ke MAP tu pukul 6.45," pesan Pian kepada rakan-rakannya.

pukul 6.45 petang Pian dengan Idham terpacak dah dekat depan pintu. Selang beberapa minit kemudian datang pulak Aima dengan Dzia. Tinggal seorang saja lagi yang belum sampai. Orang itu adalah Mandy. KEempat-empat tadi pun tunggulah punya tunggu tanpa sedar diri yang mereka tu Melayu, lupa kepada konsep JAnji Melayu. Walaupun Mandy nama seperti omputih dia sedar yang dirinya Melayu dan konsep janji Melayu tu memang dia pegang. Setengah jam lepas tu baru Mandy sampai dan mereka bertolak. Pian merendahkan keegoan dia dengan menyuruh Mandy bawak kereta.

Alhamdulillah, perjalanan mereka dirahmati dan diberkati Allah. Walaupun takut-takut untuk mengambil simpang dan ada dua tiga kali terpaksa buat U-turn akhirnya mereka sampai kesana. " Fuhh, naseb baik sampai, aku dari tadi asek main point je jalan pakai suh masuk je," bisik Pian dalam hati.

Sedikit masalah timbul apabila tempat yang mereka parking dengan tempat MAP tu tak sama. Ianya bertentangan.

" Do u know where is Solaris? we want to go to Map" tanya Mandy kepada seorang pekerja restoran negro di situ.
" Eh, muka dia cam Akon, ahh tetibe blank kepala otak aku ni lagu Akon pe." bisik Pian lagi.

Negro tadi hanya cakap yang Pian sendiri tak dengar. Dia hanya berurusan dengan Mandy. Negro tadi suruh Mandy tanya manager dia yang kemungkinan meletakkan semangat raggae sebagai pedoman hidup sebab dia pakai topi bob marley. Secara tiba-tiba terpancul dari mulut Pian, " Smack that I want to flow....smack that u give some more...." sambil mengoyang-ngoyangkan kepala botak dan tobek kat belakang dia. Idham, Dzia tergelak-gelak sementara Aima bergelak berkinja-kinja dan Mandy serius bertanyakan arah.

Selepas mendapat arah mereka pun meneruskan perjalanan. Memang payah rupanya mahu ke sana. Terpaksa menyelusuri basement bangunan dan meredah bangunan tak siap. Walaupun perit jerih keringat akhirnya mereka sampai dan ketika itu tayangan telah bermula. Naseb mereka baik, kerana mereka orang yang ada-ada dalam industri filem, mereka telah disediakan tempat duduk v.i.p yang dekat dengan skrin. Setelah beberapa filem pendek ditayangkan, majlis berehat sebentar. Mereka pun keluar untuk meneguk air kopi mahal dan ada yang ke tandas. Pian sedikit terkejut semasa keluar dari bilik air sebab tetiba ada dua perempuan mengilai ketawa dan rupanya baru dia perasan mereka tu Dzia dan Aima.

Selepas selesai mereka kembali semula ke dalam bilik tayangan. Dalam perjalanan tadi Idham ada menyebut beberapa nama-nama yang popular kepada Pian. Tapi Pian hanya mengangguk saja sebab bukannya dia kenal rapat sangat. " Wei Pian tu ang taw sapa? Tu lah Fungus, kalau Aima nampak mesti dia suka." antara contoh dari Idham. Sebenarnya banyak lagi nama Idham sebut tetapi Pian dah lupa. Mereka pun menyambung usaha untuk menjadi prolifik dengan melihat baki filem-filem pendek.

Hampir pukul 11 malam majlis pun berakhir dan semuanya mahu bersurai. Semasa di luar Idham mengatakan sesuatu kepada Aima. " Wei Aima, ang tengok tu, Fungus wei." " Ha'ah, ha'ah, jawabnya teruja sambil terkinja-kinja. Aima memang minat sangat kat Fungus tapi bagi Pian dia tak kisah sebab dia tak kenal pun. Kalau kenal pun mereka mungkin rakan sepermainan dulu. Pian sedikit risau dengan keblushingan Aima takut-takut tetibe dia pitam. Memang obvious nampak perubahan muka pada wajah Aima yang betul-betul teruja. Nasib baik dia kenal lagi diri dan rakan-rakan dia siapa. Kemudian Aima membeli buku dan di sign sendiri oleh penulisnya Amir Muhammad yang merupakan kenalan lama kepada Pian.

Masalah sekali lagi timbul apabila mahu pulang semula ke parking kereta. Jam telah masuk pukul 11 lebey malam. Semasa mereka menuju ke satu bangunan ini untuk turun ke bawah melalui eskalator, di depan sekali adalah Mandy diikuti Dzia, Aima, Pian dan Idham. secara tiba-tiba lampu di bangunan itu tertutup dengan sendirinya. Ketika itu dapat dilihat masing-masing pernah mewakili rumah sukan sekolah masing-masing dalam acara lumba lari kecuali Pian yang hanya ambil acara lontar peluru di sekolah dulu. Ketakutan nampak di wajah mereka. Setelah itu mereka jumpa dengan pakgad yang mulanya menakutkan Pian sebab kaki dia tak cecah lantai walaupun Pian tak cuba melihat dari kangkangnya. Rupanya pakgad tu duduk di atas tombok sambil kakinya terjuntai. Dia yang bagi arah kemana harus mereka tuju dan masuk semula ke dalam basement.

Di basement susana nya terang benderang tapi tak ada orang hanya mereka berlima. Cuma kekadang ada seorang lelaki yang mungkin asal dari Terengganu berbasikal mengelilingi basement, mungkin dia sedang menjalani latihan menjelang Jelajah Malaysia. Masalah sekali lagi timbul sebab bila dah ada kat basement mereka tak tahu pulak bagaimana mahu ke atas.

" wei kita kena keluar dari sini," dialog ini diulang banyak kali oleh mereka dan pemilik asal dialog ini pun Pian tak tahu.

Mereka terjumpa lif dan muka masing-masing konfiden melalu lif ni mereka akan terus ke parkir kereta. Lif tu agak menakutkan. Semasa baru bukak, lampu lif tu berkelip-kelip dan Pian ada mempunyai fobia berada di tempat sempit. Seboleh-bolehnya lepas saja pintu lif terbuka dia mahu keluar terus. bila sampai di tingkat yang mereka mahu, pintu buka sahaja Pian terus mahu meluru keluar dari lif. " AHHHHHHHHHHH!" Semuanya terkejut. Seekor lembaga putih berambut panjang sedang menunggu di depan pintu lif. Opp, stop. Pian cuba bergurau dengan pembaca semua. Sebenarnya tingkat itu belum siap dan keadaannya sangat gelap, di depan pintu itu hanya ada papan kayu menghalang jalan dan tergantung seluar jeans di atasnya. Situasi ketika itu memang menakutkan, dan Pian pun goyang sebenarnya. mereka pun terus tekan lif dan turun semula ke basement. Masing-masing memang betul-terkejut dengan peristiwa tadi. " Cilaka punya Amir Muhd takde tempat lain ke nak buat," rungut Pian dalam hati.

" Wei kita kena keluar dari tempat ini," dialog yang sama diulang.

Mereka pun teruskan berjalan sambil mengingat balik perkara-perkara atau benda-benda yang mereka boleh ingat semasa mereka datang tadi. Akhirnya mereka terjumpa lif dan Mandy menekan lif tersebut. Mandy sedikit berani daripada rakan-rakannya yang lain mungkin kerana umur dia yang lebih setahun dari yang lain menyebabkan semangat kepimpinan itu ada padanya. Sementara yang lain hanya tunggu jauh dari lif, takut-takut kalau lif terbukak ada benda lain yang muncul. Tapi semangat Mandy tak kukuh, hampir saja lif mahu terbukak bila rakan-rakan yang lain tak ada di sisi dia pun mula mengundur sambil lari-lari anak untuk lebih rapat dengan rakan-rakan kerana dia pun takut menanti apa yang bakal ditemuinya bila pintu terbukak. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang keluar dari lif itu. Mereka pun masuk lif dan lif itu memang lif yang tepat dan mereka berjaya sampai ke parkir kereta.

Semasa dalam perjalanan ke kereta mereka sekali lagi terjumpa dengan Akon pekerja restoran negro tadi. Mereka saling bersapa-sapa sementara Pian menyanyikan lagu Smack that dan hanya perkataan itu sahaja diulang-ulang sebab tak hafal. Lastnya mereka pun pulang, sebelum sampai mereka singgah di restoran Rafi untuk mengalas perut sebelum tidur.

*kisah ni adalah dari perspektif Pian. Cerita ini diceritakan semula kepada penulis oleh Pian. Watak-watak di dalam ini adalah rekaan semata-mata tak ada kena mengena dengan sesiapa.

Jumaat, 18 Februari 2011

Berlari ke Langit

si polan ni Hafiz
si polan tu Jaja
Hafiz mahu bersama Jaja berlari ke langit
tapi Jaja "kau gila"!
Hafiz cuba yakinkan Jaja
"kau memang Superman nak bawak aku naik langit",jawab Jaja sinis.
"kau tengok pada pelangi" kata HAfiz
"untuk apa"? tanya Jaja kebingungan
"kita akan naik ikut situ. sama-sama kita berlari mula dari kaki pelangi sampai ke pintu awan. kau jangan takut, aku akan pegang tangan kau dari mula hingga sampai." terang Hafiz
"tapi kalau kita jatuh," jawab Jaja.
"kalau sampai kita sama-sama dan kalau jatuh juga kita sama-sama".
"kau tak cukup menyakinkan aku". jerkah Jaja
Hafiz terdiam*
Semangat tadi yang nuklear, mula hilang peratus demi peratus.
Hatinya yang beroket tadi mula lesu. Pacuan dadanya mula penat kesungguhan dia mula letih. "Bagaimana harus aku buat bagi menyakinkan dia yang aku benar-benar mahu bersama dia menjaga cinta sama-sama", soalnya dalam hati.

Rabu, 2 Februari 2011

Kord Cinta

Roy mencapai gitar yang terletak di sudut dinding yang di atasnya tergantung ayat Al-Quran. Sambil mengesat jari tangan yang basah selepas makan epal merah tadi, dia mula memetik-metik gitar. Kalau sebelum ini, dapat saja gitar, Roy mesti akan memetik gitar dengan kord-kord rock atau pacak sambil petikan tangannya yang laju dan bunyi string yang sedikit bingit tapi kali ini dia kelihatan lebih tenang dan jarinya digerakkan satu-satu sambil tiga tali dibawah dimainnya sekali sekali dan berulang-ulang. Dia berhenti seketika. Jauh di depannya ada sebuah buku kecil dengan pensel di sebelahnya. Dia bingkas bangun sambil mengambil buku dan pensel tersebut sebelum duduk semula di tempat dia tadi. Dia terdiam sekali lagi.

Dia mengajak pandangannya ke arah jendela yang ada di depannya. Jendela kaca tersebut tertutup. Di luarnya Roy membayangkan gadis tersebut, Erin berada di sebalik jendela kaca tersebut. Bayang-bayang Erin jelas dalam imaginasi Roy di balik jendela itu. Namun tiada apa yang dapat dilakukan Roy kerana Erin berada di balik jendela kaca yang terkunci. Wajah indahnya hanya dapat dilihat dari jauh. Ingin saja Roy meluru ke jendela dan membuka kunci jendela dan memeluk bayang-bayang Erin tapi dia khuatir jika berbuat begitu, bayang-bayang Erin akan hilang dan takkan muncul lagi. Hanya duduk bersila di lantai dalam biliknya yang bersepah, Roy hanya memandang dari jauh bayang-bayang Erin sambil memetik secara plucking gitar kapok kesayangannya mencari kord-kord dan sementara itu pensil di tangannya mula menulis luahan hati Roy di kertas.

Selasa, 1 Februari 2011

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Keutamaan kelab adalah lebih penting berbanding keutamaan individu ~ Kenny Daglish

Itulah kata-kata dari pengurus sementara Liverpool. Melalui ayat itulah dia bersetuju untuk menjual Fernando Torres kepada Chelsial dengan harga 50million kalau tak silap menjadi rekod termahal yuran perpindahan dalam sejarah liga perdana Inggeris. Berat hati dan sakit hati bila fikirkan perkara nie. tapi nak buat camne, dah mamat sepanyol ni nak blah dari Liverpool. Harap apa yang Liverpool buat ni berbaloi dan mintak-mintak pengganti Torres akan membawa lebih kejayaan buat Liverpool. Suarez dan Carrol kami berharap pada anda.


saat gemilang bersama Liverpool lawan Chelsial

baju yang dijangka akan dipakai Torres di Chelsial

Tak kira dilanda badai dilibas taufan Liverpool tetap di hati. Liverp00l Da beSt!!!
'YOU'LL NEVER WALK ALONE'!!!

Ahad, 30 Januari 2011

W@cana Identiti

"tips paling senang untuk kita pasarkan filem kita di luar ialah buat filem yang boleh relate dengan mereka". Inilah kata-kata dari seorang pengarah yang sangat "hebat" dalam dunia perfilemaan. Memang aku kagum dengan kehebatannya menghasilkan filem yang melangkaui filem-filem tempatan lain dari faktor teknologi dan sinematografi tapi takkan kita mahu sogokkan dunia luar dengan filem-filem yang bukan beridentitikan Malaysia. Kalau kita mahu buat filem yang seakan-akan atau sekaitan dengan mereka sedangkan mereka telah disuap dengan banyak lagi filem sedemikian dengan hasil mereka yang lebih baik, jadi dimana kelainan filem-filem Malaysia . Masalah identiti ini bukan di Malaysia sahaja yang bermasalah bahkan dimana jua di dunia ini. Malah Hollywood juga ada masalah ini namun mereka mempunyai kelebihan yang lebar dalam teknologi yang membolehkan filem mereka kelihatan hebat di layar. Jika kita ke Australia, filem Malaysia yang tunggalnya mereka ingat adalah KEMBARA SENIMAN JALANAN arahan Nasir Jani diterajui M. Nasir. Tapi itu puluh tahun lalu dan sekarang boleh dikatakan tiada lagi filem Malaysia yang setanding atau sebagus itu.

Identiti dalam filem di sini membawa makna landskap yang diletak dalam sesebuah filem. Dengan budayanya, pemikirannya, pergaulannya, persekitaran, kemasyarakatan dan pelbagai lagi yang menjadi kebiasaan di negara tersebut. Landskap dalam sesebuah filem amat penting untuk mencerminkan identiti sesebuah filem. "Bagaimana kita mahu membuat filem beridentitikan Malaysia sedangkan kita tidak membaca sastera-sastera serta novel-novel karya sasterawan negara." kata Wahab Hamzah. Kita lebih suka menelaah karya-karya agung Shakespeare daripada karya-karya Usman Awang, A Samad Said dan lain-lain. (seperti kelas hari Isnin aku) Pengarah membuat filem daripada apa yang ditontonnya. Tidak mustahil jika terlalu banyak terpengaruh dengan filem-filem luar akan membuatkan pengarah mengeluarkan filem yang seakan-akan filem luar. Kuch-Kuch Hota Hey ada dalam versi filem Melayu. Cuba anda cari. Pengarah dia selalu juga buat filem-filem yang sama seperti filem lain seolah-olah adaptasi cuma tukar je watak dan nama kemudian letakkan sepenuhnya itu adalah idea asal.

Kalau aku nak cakap banyak pun aku bukan orang industri. Tak pernah buat filem pun. Tapi sahaja je nak luahkan perasaan dan bosan-bosan dudok rumah ini, menulis jadi hobi. Identiti Malaysia bagaimana? Melayu ke, Cina ke India ke Sabah Sarawak ke atau orang pribumi ke? Fikir-fikirkanlah. YANG PENTING NANTI KELUAR BUAT FILEM!!!!

Khamis, 20 Januari 2011

Bakal

Korang pernah tengok Filem Gila2 Remaja yang barader Faizal Hussein berlakon tu. Tak lama lagi gua nak jadi Roy dalam filem tu yang hati dia keras. Dia sanggup buat apa2 untuk dapatkan Suzy yang sangat dia cinta. Tapi sayang, gua bakal ada motor ni tapi gua sampai sekarang takde Suzy. Sapelah nak gua kan. Tapi takpe janji gua dapat berasmara dengan bakal motor gua ni tak lama lagi. Yeah!!! InsyaAllah kalau ada rezeki.


nak join geng2 Kamen Riders arr...gua nak jadik adek paling bongsu



sebab dia klasik gua suka

Sekarang gua kene biasakan diri untuk digelakkan orang. Maklumlah gua tak mampu nak berYamaha berHonda atau berKawasaki kan. Yang gua dapat berNimota, brand Msia je der. Tapi pegi MAM!!!! Gua yang nak pakai. Hehehe. Jangan lak nanti gua tak jadik pakai motor ni korang pertikaikan pulak. Gua cakap insyaAllah, gua tak cakap konfom. Kalau ada, ada lah kalau takde buat jelah cam entry ni tak pernah ada. haha

p/s: Ada sesiapa nak jadi Suzy gua? hehe

Sabtu, 8 Januari 2011

Belum

Lelaki: Kenapa awak tak nak terima cinta saya?
wanita: Kerana saya belum bersedia
Lelaki: Tetapi sampai bila?
Wanita: Kalau awak benar-benar cintakan saya, awak akan tunggu saya.
Lelaki: Saya sanggup tunggu
Wanita: Saya belum siap untuk menerima dan memberi cinta kepada awak, kerana saya belum puas. Saya belum puas mencintai Allah. Kalau Allah jodohkan kita, nanti kita tetap akan bersama.

*Ya Allah kurniakan aku seorang isteri yang mempunyai ciri-ciri di atas. Amin